Wednesday, October 13, 2010

Ilmu: Kemanfaatan belajar ilmu (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita telah lihat kegigihan seorang nenek yg berumur 64 tahun bersusah payah mencari kemuncah kejayaan dalam ilmu dunia, iaitu mendapat Ph D. Kita telah juga maklum bahawa pengembangan ilmu dunia itu baik, memanfaatkan dunia manusia yg diajarkan ilmu-ilmu tersebut. Tapi, tiada apa-apa ganjaran untuk akhirat.
Ilmu yg boleh menguntungkan umat Islam yg beriman ahanyalah dua sahaja: iaitu, ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah. Dua ilmu ini dapat menjadikan seseorang manusia yg Islam itu faham tentang ugamanya dan menjadi panduan hidupnya sebagai seorang Islam yg ilmunya itu mengeluarkannya dari kegelapan atau kejahilan tentang tanggungjawabnya sebagai hamba Allah (a.w), dapat mempastikan dia benarbenar mengabdikan diri melalui amal dan ibadah yg sah yg diterima Allah (a.w) kerana menepati ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Selain itu, dgn mempelajari dua ilmu tersebut terhindarlah dia dari memikul dosa setiap saat dan ketika setiap hari, kerana belajar ilmu mengenai Islam itu adalah wajib bagi setiap orang yg mengakui dirinya Islam dan beriman!
Ilmu yg diwajibkan atas manusia pelajari adalah dua iaitu al-Quran (i.e. kebolehan membaca, menghafal dan memahami mesejnya) dan as-Sunnah (i.e. kebolehan memahami tuntutan Islam tentang cara dan kaedah mengerjakan amal dan ibadah setiap hari serta bentuk-bentuk amalan dan ibadah yg disuruh seseorang yg Islam dan beriman itu kerjakan).
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin ‘Amru bin ‘Ass (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Al-ilmu thalathatun, wama siwa zalika fahua fadlun: Ayatun muhkamatun, au sunnatun qaimatun au faridatu ‘adilatun.' [Maksud: Bahawasanya ilmu yang wajib dipelajari itu adalah tiga, adapun di belakangnya (yakni, selepas ilmu yang tiga itu) maka ilmu sedemikian berguna juga: (Ilmu yang diwajibkan) iaitu (pertama) ayat-ayat yang menghukum (yakni, al-Quran), (kedua) as-Sunnah yang tegak (yakni, al-hadith atau as-Sunnah), dan (ketiga) hukum faraid yang adil][Hadith Abu Daud & ibnu Majah]
Seseorang yg akui dirinya Islam dan beriman itu belum benar-benar Islam jika dia tidak mempelajari dan memahami dua hazanah ilmu tersebut, kerana dia tidak akan terpandu dalam mengabdikan diri kepada Allah (a.w). Dalam beramal dan beribadah, seseorang yg Islam itu wajib memahami ilu as-Sunnah, kerana hanya dgn kefahamn sedemikian dia dapat mengabdikan diri menepati atau sejajar dgn perintah Allah (a.w).
Dua hazanah ilmu ini memnfaatkannya di dunia. Kerana, di dunialah manusia itu membuat persediaan untuk kehidupan akhiratnya. Segala amalan dan ibadah yg menjadi kriman pahala untuk bekalan akhirat manusia itu ditentukan oleh segala amalan dan ibadahnya semasa hidupnya. Jika amalan dan ibadah tersebut menepati ketetapan Allah (a.w) sebagaimana yg dicontohkan atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w), maka dia mengirim bekalan pahala. Bekalan pahala itulah yg menentukan sama ada dia terjerumus ke dalam neraka atau mendapat syurga. Apabila diajarkannya pulakpd orang lain dia mendapat pahala dan kiriman pahala. Jika ilmu yg diajarkannya itu diamalkan pula oleh anak muridnya, maka anak muridnya mengitrimkan pahala kpdnya. Jika, anak muridnya mengajarkan pula orang lain generasi ketiga, maka dia juga mendapat kiriman pahala. Demikian ad infinitu. Tanpa putus-putus.
Tapi, kalau dia mengajarkan ilmu yg batil, maka dia mendapat dosa. Jika ilmu yg batil itu diamalkan pulaoeh orang yg diajakannya, dia mendapat kiriman dosa Juga ad infinitum ...
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) katanya hadith daripada Rasulallah (s.a.w) sesungguhnya bersabda: ‘Barangsiapa yang mengajak (berdakwah) dengan suatu dakwah (ajakan) kepada kesesatan dan diikuti oleh mereka (yang didakwahkan), maka bahawasanya baginya seperti dosa (orang-orang) yang mengikutnya dan tidak mengurangi dosa dari dosa (orang) yang mengerjakannya sedikitpun. Dan (barangsiapa) mengajak (berdakwah) suatu dakwah (ajakan) kepada petunjuk (yakni, hidayah iaitu as-Sunnah), maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang-orang yang mengikutinya, dan tidak mengurangi dari pahala mereka (yang mengikutnya) sedikitpun’ [Hadith Ibnu Majah]
Sebaliknya, jikalah seseorang itu berusaha mempelajari ilmu yg dua itu kerana tujuan-tujuan selain untuk mempebaiki amalan dan ibadahnya dan untuk menghapuskan kejahilan orang Islam tetang Islam, maka dia tergolong dalam golongan yg disebutkan dalam hadith berikut:

Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a) berkata: ‘Seandainya bahawasanya ahli ilmu menjaga dan meletakkan ilmunya di sisi ahlinya (yakni, orang yang sewajarnya diberikan ilmu diberikan tempat-tempat yang sewajarnya mengikut ilmu-ilmu mereka, yakni kepakaran mereka) nescaya menjadi pemimpin-pemimpin mereka (yang berilmu) pada zaman mereka (demi kehidupan dunia dan akhiratnya). Dan akan tetapi mereka (yakni, pemimpin atau mereka yang berkuasa) meletakkan ilmu pada ahli dunia maka menghina dia dengan ilmu itu dari dunia mereka (yakni, mereka dihina semasa dalam dunia kerana menghinakan ugamanya demi kepentingan dunianya). Maka menghina atas mereka.

(Kemudian disambung Abdullah Mas’ud kata-katanya) Aku mendengar Nabi kamu bersabda: ‘Barangsiapa menjadikan cita-cita mereka pada cita-cita yang satu (iaitu ikhlas dia menuntut ilmu kerana Allah (a.w), yakni ugamanya dan supaya lebih mudah dia mendampingi diri kepada Allah (a.w) melalui amalan dan ibadatnya dan amalan dan ibadat orang lain yang diajarkannya), maka dicukupkan akan akhiratnya (oleh Allah (a.w), yakni mendapat balasan syurga), (dan) maka dicukupkan Allah (a.w) akan cita-cita dunianya (yakni, tidak sempit hidupnya, berkat rezkinya, tenang dan tenteram jiwanya, mudah puas dia akan apa yang ada padanya dan selamat dan berkat kehidupannya). Dan barangsiapa bercabang-bercabang (yakni, banyak ragam motif dan keinginan) dengan cita-citanya (apabila mencari dan mendapat ilmu itu) pada perkara dunia (yakni, semata-mata untuk pertimbangan-pertimbangan dan kepentingan-kepentingan duniawi), tidak dipedulikan oleh Allah (a.w) di dalam mana jurang dunianya rosak (yakni, dibiarkan oleh Allah (a.w) binasa dalam apa jua bidang yang dia ceburi atau minati semasa di dunia tetapi lebih-lebih lagi binasa di akhirat).’ [Hadith Ibnu Majah]

Mudah-mudahan, pemba faham. Bukanlah ilmu duniawi itu tidak berguna. Ilmu duniwai itu berguna untuk kehidupan dunia kita. namun, ilmu akhirat itu lebih berguna - untuk dunia dan untuk akhirat - selain menghapuskan dosa yg kita terima jika kita tidak mempelajarinya. Namun, jikalah ilmu al-Quran dan as-Sunnah dipelajari dan gunakan untuk tujuan yg batil atau mengutamakan kepentingan duniawi, maka bahaya bagi kita. Kita mungkin disanjung di dunia, tapi kita mengabaikan kebajikan akhirat kita. Oleh itu berwaspadalah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment