Assalamualaikum,
Saudara, mengikut Ayat 13, Surah an-Nisa' sesiapa yg taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti ketetapan al-Quran) dan (sesiapa yg) taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti ketetpan as-Sunnah atau al-Hadith), dimasukkan (oleh Allah) ke dalam syurga, maksudnya pasti dapat syurga. Dan, mengikut Ayat 80, Surah an-Nisa' juga sesiapa yg taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, akur dan ikuti ketetapan as-Sunnah) sungguh-sungguh telah taatkan Allah (a.w). Dan, Ayat 7, Surah al-Haysr pula Allah (a.w) perintahkan manusia, terutama yg Islam dan iman, ambil atau terima pakai dan akur dengan apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) dan tinggalkan apa-apa yg ditegah atau dilarangnya.
Maksudnya jelas. Orang Islam dan orang iman itu akur dgn perintah dan suruhan Rasulallah (s.a.w) dalam semua perkara. Rasulallah (s.a.w) adalah 'uswatun hasanah', contoh atau model orang iman yg terbaik. Umat Islam wajib jadikan Rasulallah (s.a.w) contoh atau model ikutan dalam semua perkara terutama dalam perkara amalan dan ibadah dan dalam cara serta kaedah beribadah dan beramal. Sehubungan itu, mereka yg berpegang kpd pendapat wujudnya 'bid'ah hasanah' sebenarnya telah melanggar ketetapan Allah (a.w) dalam perintah-perintah tersebut. Kerana dalam Islam tidak wujud 'bid'ah hasanah', kerana semua bid'ah adalah kesesatan atau perlakuan atau amalan yg sesat.
Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa tiada bid'ah yg benar, kesemuanya sesat dan menyesatkan. Kita rujuk hadith-hadith berikut:
Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): '... Dan, takutilah pembaharuan dalam perkara (atau urusan ugama), dan sesungguhnya tiap-tiap pembaharuan adalah bid’ah, dan tiap-tiap bid’ah adalah kesesatan. (dan, dalam hadith lain disebutkan ‘tiap-tiap kesesatan tempatnya di neraka’).’[Hadith Abu Daud dan juga at-Termidzi, hadith sahih]
Juga dalam hadith berikut dengan jelas kita diberitahu bahawa sesuatu amalan dan ibadah atau cara dan kaedah amalan dan ibadah atau bentuk-bentuk-bentuk amalan dan ibdah yg tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah bid'ah dan batil. Jika begitu, dari manakah para ulama' mendapat sandaran hukum bahawa wujudnya 'bid'ah hasanah'? Hadith berikut juga menyebutkan ketetapan yg sama:
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Man akhdatha fi amrina haza malaisa minni fahua raddu.' [Maksud: Barangsiapa mengadakan pembaharuan (yakni, bid’ah) dalam perkaraku (yakni, Islam dan syariat ugama Islam) yang ianya bukan daripadaku (yakni, didatangkan daripadaku, i.e dicontohkan oleh aku (Nabi (s.a.w))), maka dia (i.e. amalan atau ibadahnya) ditolak (i.e. tidak diterima Allah (a.w)).] [Hadith Bukhari].
Dalam sepotong hadith yang lain Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa setiap kesesatan itu tempat mereka yang mengajar, menganjurkan dan mengamalkannya dalam neraka.Hadith ini menidakkan apa yang dihujjahkan oleh para ulama’ dan ilmuwan arus perdana tentang ‘bid’ah hasanah’ itu. Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Man ‘amila ‘amalan laisa ‘alaihi amruna fahua raddu.' [Maksud: Barangsiapa beramal dengan sesuatu amalan yang tidak datangnya daripada perkara atau urusanku (yang didatangkan oleh aku i.e dicontohkan oleh aku (Nabi (s.a.w))), maka dia (i.e. amalan dan ibadahnya) ditolak (i.e. tidak diterima Allah (a.w)).] [Hadith Muslim].
Dan, kita wajib ingat ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut. janganlah kita bertaklid membuta tuli, kerana yg rugi kita. Dalam hadith-hadith lain, orang yg mengerjakan bid'ah amat dimurkai Allah (a.w) dan RasulNya. Semua amalan dan ibadah orang yg mengamalkan bid'ah tidak diterima Allah (a.w), dan taubatnya tidak diterima Allah (a.w) selagi dia mengerjakan bid'ah, dan yg paling menakutkan orang yg mengamalkan bid'ah keluar dari Islam tanpa mereka sedari. Maka lahiriah nampak Islam tapi hakikatnya dia kafir sebagaimana orang kafir lain. Tidakkah saudara risau?
Maka dgn itulah kita wajib anuti Islam dan buat amal dan ibadah dgn sandaran ilmu, iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah. janganlah belajar tentang Islam dan syariatnya melalui kitab dan buku karangan manusia, sebagai panduan. Berpandulah kpd al-Quran dan as-Sunnah, itu yg benar. Kita diperingatkan dalam hadith berikut nbahawa sesiap yg menolah as-Sunnah - kesemua atau sebahagian atau satu potong hadith - dikira orang yg menolak as-Sunnah.
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Semua umatku akan masuk syurga kecuali orang yang ‘aba’ (yakni, menolak) (ajaran Islam sebagaimana yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w).’ Sahabat yang mendengar bertanya: ‘Siapakah yang ‘aba’ (menolak), wahai Rasulallah (s.a.w)?’ Dijawab oleh Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa yang taat dan patuh kepadaku masuk syurga, dan yang melanggar dan menentang padaku maka dialah yang ‘aba’ (menolak).’ [Hadith Imam Ahmad dan Bukhari]
Oleh itu berwaspadalah. Kembalilah ke pangkal jalan setelah sekian lama sesat dalam Islam. Belajarlah Islam dengan mempelajari al-Quran dan as-Sunnah. Itu saja sumber yg hak.
Kalau saudara ingin belajar al-Quran dan as-Sunnah sila hubungi penulis melalui komen dalam blog ini. Insya Allah akan diaturkan program pengajian tersebut.
No comments:
Post a Comment