Friday, October 22, 2010

Mati Syahid ...

Assalamualaikum,
Saudara, agaknya ada diantara kita yg inginkan mati syahid berbanding dgn keinginan mati membunuh diri. Kerana, hari ini aqidah orang Melayu yg kononnya Islam semenjak lahir di dunia sudah begitu berkecamuk! Kini terkadang sering kita baca dalam akhbar bahawa ada orang Melayu yg 'commit suicide' i.e. membunuh diri. Memang ramai pula orang Melayu yg meniru gayahidup orang Barat dan orang yg bukan Islam (yakni, orang kafir). Ramai artis atau pelakun Melayu yg tidak hiraukan aurat, malah berpelukan dan bercium pula dalam beberapa adegan filem. Ramai yg sering ke kelab malam atau kelab eksklusif memboroskan wang selain berfoya-foya. Itu tidak hairan, kerana majoriti mereka itu kurang didikan, malah kuarng panduan ugama.
Hari ini kita lihat apa kata Islam tentang beberapa perkara. yg utama tentang situasi-situasi seseorang itu dikira mati syahid. Seseorang Islam yg mati syahid mendapat balasan syurga.
Menceritakan hadith dari Abdullah b Hasan berkata: 'Menceritakan hadith kepadanya dari PakCiknya, Ibrahim b Muhammad b Talhah hadith dari Abdullah b 'Amrin hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa berkehendakkan harta untuknya tanpa haq (yakni, diperolehi secara benar), maka memerangi orang yg memiiki harta tersebut, dan mati dia dalam situasi sedemikian, maka dia mati syahid.' [Hadith Abu Daud, Kitab Sunnah]
Hadith di atas menyebutkan dua perkara: iaitu, pertama, seseorang yang mengambil harta orang lain yg bukan miliknya, maka pastilah, mengikut ketetapan hadith lain dan juga ayat al-Quran, bahawa orang yg mengambil harta orang lain tanpa haq dengan cara mencuri atau tipuan atau rompakan atau perasugut dan seumpamanya, jelaslah memiliki harta yg haram. Maka darah daging yg dihasilkan dari memakan atau meminum dari harta yg didapati secara haram itu, pasti akan dimamah oleh api neraka di akhirat kelak. Kedua, jika orang yg kita rampas atau ambil hartanya itu boleh mempertahankan hartanya dari terlepas darinya dan didapati oleh kita. Maka jika kita bunuh dia atau terbunuh dia ketika mempertahankan haknya, ie. hartanya, dia mati syahid. Pasti masuk syurga.
Jelasnya, orang yg mencuri atau mendapatkan harta secara batil pasti masuk neraka. manakala orang yg hartanya diambil atau dicuri atau didapatkan oleh orang lain, yg bukan haknya, dan dia mempetahankan hartanya, maka jika terbubuh dia dalam proses mempertahankan harta miliknya itu, maka dia mati syahid. Untung dia.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment