Assalamualaikum,
Saudara, sebelum terlupa atau terlepas pandang elok penulis turunkan semua satu agi amaln yg mendatangkan banyak pahala kpd kita apabila dikerjakan dalam bulan Ramadhan. Mungkin sudah dituliskan dalam blog ini sebelum ini. Jika begitu, anggaplah sebagai tazkirah ulanagn. kalau belum jadikan panduan, walaupn mungkin tidak sempat dikerjakan tahun ini. Insya, jika dipanjangkan umur oleh Allah (a.w), kita berekesempatan mengerjakannya, iaitu berpuasa sebulan di Mekah.
Diriwayatkan hadith dari Abdul Rahim b Zaid al-'Amiyi, hadith dari bapanya, hadith dari Said b Jubairin hadith dari ibnu Abbas (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Barangsiapa menjumpai bulan Ramadhan di Mekah maka berpuasa dia dan berdiri dia (yakni, mengerjakan solat-solat sunat dalam bulan Ramadhan, iaitu Terawih, Tahajjud dan Witir) pada malamnya apa-apa yg mudah baginya (yakni, dikerjakan) selain tempat, dan ditulis Allah (a.w) baginya 100,000 bulan Ramadhan berbanding selain tempat, dan ditulis Allah (a.w) baginya dengan setiap malam memerdekakan seorang hamba dan bagi setiap malam memerdekakan seorang hamba, dan bagi setiap harinya (ditulis Allah (a.w) baginya seumpama) dia menyerahkan seekor unta untuk fi sabilillah dan bagi setiap kebaikan yg dilakukannya (ditulis Allah (a.w) baginya) setiap hari satu kebaikan dan bagi setiap malamnya kebaikan (yakni, kebaikan beramal dalam masjidil haram, iaitu gandaan pahala kebaikan 100,000 kali gandaan).' [Hadith ibnu Majah, Kitab Manasik]
Hadith ini menyebutkan kefadhalan yg besar bagi seseorangyg berkesempatan berpuasa sebulan ramadhan di Mekah dan kemudian mengerjakan malan solat - fardu dan sunat - di dalam Masjidil Haram. Ada empat keuntungan yg diperolehinya; iaitu:
1. Allah (a.w) berikan pahala seumpam dia berpuasa 100,000 Ramadhan (yakni, berpuasa Ramadhan penuh selama 100,000 bulan, atau 100,000/12 = 8,333 tahun, kira-kira umur nabi Adam (a.s);
2. Dia memerdekakan dua orang hamba - seorang siang hari dan seorang malam hari setiap hari (yakni, 60 orang hamba dimerdekakannya);
3. Dia menginfaqkan atau menyumbang untuk peperangan fi sabilillah seekor kudasetiap hari (yakni, 30 ekor kuda untuk fi sabilillah); dan
4. DIa mendapat pahala bagi setiap kebaikan yg dilakukannya pula setiap siang dan malam gandaan pahala seumpama beramal di dalam Masjidil Haram, iaitu 100,000 gandaan pahala.
Apakah kita tidak mahu mengerjakannya demi kebajikan akhirat kita? Itulah antara pelaburan akhirat terbaik yg menjamin ganjaran pahala yg tidak mungkin diperoleh dalam mengerjakan apa-apa amalan lain. Kita diberitahu sesiapa yg menemui lailatul-Qadr dalam 10 malam terakhir Ramadhan, apabila beriktikaf dan mengerjakan pelbagai amalan setiap malam yg 10 terakhir tersebut, dia mendapat pahala seumpama beramal dan beribadah selama 1,000 bulan (atau 1,000/12 bukan = 83.3 tahun).
Ganjaran pahala yg diperolehi dengan mengerjakan Puasa ramadhan sebulan di Mekah adalah lebih dari itu. Insya Allah semoga kita berkesempatan mengerjakannya sekali seumur hidup kita, jikapun tidak berpeluang setiap tahun,insya Allah. Mudah-mudahan saudara, setelah tahu ilmunya, akan mencuba kerjakan bulan Ramadhan tahun depan (H 1433/M 2011), insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment