Sunday, October 17, 2010

Ibadah Haji - Antara Kefadhalan Masjidil Haram

Assalamualaikum,
Saudara, tidak lama lagi bakal haji akan berlepas ke Arab Saudi untuk menunaikan fardu haji. Ibadah haji itu diwajibkan atas seseorang yg Islam itu sekali dan begitu jugalah umrah. Dan, umrah itu dikerjakan sebagai gandingan haji ketika mengerjakan haji. Haji itu lebih utama dari umrah, kerana menunaikannya mencukupkan syarat Rukun Islam bagi setiap orang Islam.
Dalam blog ini kita telahpun tahu beberapa perkara mengenai ibadah haji ini. Antaranya adalah ketetapan Islam berikut:

1. Seseorang yg mampu untuk pergi haji itu hendaklah dia mengegerakan mengerjakan ibadah haji;
2. Seseorang yg dikira sudah mampu mengerjakan haji itu, jika tidak dikerjakannya dan ditakdirkan dia mati sebelum menunaikannya, maka matinya dihukum mati sebagai seorang Nesrani atau Yahudi, yakni kafir;
3. Ada 3 kategori haji: iaitu, Haji Tamattuk - iaitu mengerjakan umrah dahulu, rehat baru kerjakan haji; Haji Ifrad - iaitu mengerjakan haji dan umrah pada satu masa dgn meniatkan haji dan umrah semasa; dan Haji Qiran - iaitu mengerjakan haji dgn membawa hadiah seekor unta yg dibawah bersama ketika Tawaf dan kemudian setelah selesai haji, mengerjakan umrah.
4. Ketika berikhram (setelah berniat untuk umrah atau haji) mengadakan hubungan kelamin dgn isteri berat kifarahnya, batal hajinya, dipisahkan suami dan isteri selepas balik haji yg batal itu, mengerjakan haji tahun depan dgn membawa seekor unta seorang sebagai dam.
5. Orang yg mengerjakan umrah dan mengerjakan haji adalah tetamu Allah (a.w), maka doanya dimakbulkan Allah (a.w) ketika berdoa di belakang Makam Ibrahim selepas solat dua rakaat dan semasa berdoa di Arafah.
6. Segala amalan di dalam Masjidil Haram mendapat gandaan pahala 100,000 gandaan dan 1,000 gandaan pahala di Masjid Nabawi.
7. Allah (a.w) menurunkan sebanyak 120 kerahmatan kpd orang yg berada di Masjidil Haram pada siang hari dan pada malam harinya - 60 kerahmatan bagi mereka yg Tawaf, 40 kerahamatan bagi mereka yg solat dan 20 kerahmatan bagi mereka yg memandang ke Ka'bah sambil berdoa.
8. Seseorang jema'ah haji yg berjaya mengerjakan hajinya dgn penuh keimanan, kesabaran, ketakwaan serta keikhlasan, mendapat taraf haji mabrur yg menghapuskan segala dosanya dan kembali di kelak di akhirat menemui Allah (a.w) dalam keadaan fitrah.
9. Jema'ah Haji digesa ketika melawat Madinah berusaha mengerjakan solat di Masjid Quba kerana bersolat di masjid itu mendapat pahala seumpama mengerjakan satu umrah.
10. Ketika di Masjid Nabawi ziarahilah kubur Rasulallah (s.a.w) sambil berdoa. Sesiapa yg ziarahi makamnya samalah dia menziarahi beliau semasa hayatnya dan di akhirat kelak Rasulallah (s.a.w) menyaksikan keIslamannya dan mendapat syafaatnya.
11. Ketika di Masjid Nabawi usahakanlah bersolat di kawasan raudah kerana kawasan raudah itu adalah satu dari taman syurga dan raudah itu adalah di atas telaga al-Kathar di akhirat kelak.
12. Ketika berada di Masjidil Haram usahakanlah dgn mengerjakan sebanyak mungkin Tawaf Sunat, kerana jika dapat menyelesaikan 5o tawaf (bersekali dgn solat dua rakaat di belakang Makam Ibrahim), mendapat ganjaran pahala seumpama mengerjakan haji bersama-sama dgn Rasulallah (s.a.w).
13. Bagi mereka yg berada di Mekah dalam bulan Ramadhan, kerjakanlah umrah, kerana satu umrah dalam bulan Ramadhan mendapat ganjaran pahala seumpama mengerjakan haji bersama-sama dgn Rasulallah (s.a.w).
Saudara begitu banyaknya pahala yg boleh di dapati ketika berada di Mekah dan Madinah untuk umrah atau haji. Namun bersyarat, iaitu kita menepati ketetapan as-Sunnah dalam segala aspek ibadah umrah dan haji kita. Ramai orang Islam silap dalam mengamalkan syariat Islamnya, termasuklah mengerjakan haji dan umrah. Kesilapan yg utama adalah lafaz niat. Lafaz niat umrah/haji yg diajarkan atau yg dilakukan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah: 'Labbaika, Allahumma Umrata/hajjan', bukanlah 'Nawaitu umrata/hajjan, wa-ikhramtu biha/bihi ...' kerana sebutan/lafaz sedemikian tiada dalam as-Sunnah!
Saudara, ada banyak kesilapan-kesilapan yg lain. Maka gn itulah tidak mungkin kita mendapat haji mabrur atau umrah yg dimakbulkan Allah (a.w). Segala ibdah dan amalan kita hendaklah menepati ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr dan Ayat 80, Surah an-Nisa' - yakni kita wajib ikuti ketetapan as-Sunnah atau mencontohi perlakuan Rasulallah (s.a.w) to the letter. Islam dan syariatnya tidak boleh ditambah atau dikurangkan sebagaimana yg dicontohkan atau ditunjukkan oleh Rasullalah (s.a.w). Hendaklah kita belajar as-Sunnah tertama untuk mempastikan segala ibadah haji dan umrah, sebagaimana ibadah lain, menepati ketetapan as-Sunnah, barulah ibadah dan amalan kita diterima Allah (a.w).
Semoga, ibadah para jema'ah haji dan umrah tahun 1432 ini diterima Allah (a.w), insya Allah.

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Hajj is an annual religious pilgrimage to Mecca undertaken each year by 2-3 million people. The approximate dates for the 2017 Hajj are August 30 to September 4..
    If You are From Muslim Community of United Kingdom and wants to perform Hajj or Umrah then you can choose our
    Cheap Hajj & Umrah Packages 2017

    ReplyDelete