Assalamualaikum,
Saudara, ada satu perkara menarik semalam dan hari ini, berikutan dgn Perhimpunan Agung UMNO yg ke- 61 di PWTC? Tak tau. Tapi yg pasti isteri PM, Rosmah, adalah penaung kpd 'Festival Fesyen Islam'. Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri persoalkan dan membuat komen bahawa FFI itu sebenarnya mencemar islam dan bertentangan dgn Islam dan syariatnya. Ada komen yg lebih detail dalam blog beliau dan bloh 'hamba al-Quran'.
Kalau penulis nak komenpun takda gunanya. Kerana umat islam hari ini, termasuk para ulama' dan ilmuwan Islam di Malaysia yg kononnya berilmu, sudah lama mandul. Atau, mereka utamakan dunia, dan ketepikan atau langsung tinggalkan akhirat mereka. Kerana begitu banyaknya kemungkaran dan kemaksiatan, mereka berdiam diri. Ada banyak penyelewengan di kalangan pengamal, terutama di kalangan kepimpinan Islam dalam tafsiran atau tanggapan mereka tentang Islam, ulama' mendiam diri. Tak ubah seperti burung unta atau Ostrich apabila berdepan dgn musuh atau ancaman, dibenamnya kepalanya dalam tanah atau pasir. Begitu juga para ulama' dan ilmuwan kita. Mereka takut maisya atau periok nasi mereka terlangkup. Mereka takut kpd manusia, tapi mereka tidak takut kpd Allah (a.w)!
Apakah ada fesyen Islam? Apabila menyebut tentang fesyen pastilah merujuk kpd pakaian wanita Islam. Kerana, pakaian lelaki Islam tidak begitu utama sebagaimana di Barat fesyen yg diberi perhatian adalah fesyen untuk wanita. Wanita tak minat tengok fesyen lelaki, tapi lelaki amat minat tengok fesyen perempuan! Itulah lumrah dunia. Itulah kehendak syaitan, supaya wanita itu terus menjadi tarikan kpd lelaki, dan terus menjadi musuh utama lelaki dalam mengkufuri Allah (a.w).
Apakah bentuk fesyen wanita Islam? Dalam Islam seluruh tubuh wanita itu adalah aurat kecuali muka dan kedua telaak tangannya. Kemudian, Rasulallah (s.a.w) memberitahu apabila keluar seorang wanita dari rumahnya, maka syaitan akan menghias-hiasi dirinya supaya kelihatan sangat menarik, dan mendorong lelaki ingin bersama dgnnya. kalau wanita tanpa fesyenun sudah menjadi minat kaum lelaki, apakah dgn fesyen, dia akan lebih diminati? Apakah Islam membolehkan wanita menonjolkan 'assets' semula jadinya - seperti bentuk ponggongnya, bentuk perutnya, bentuk buah dadanya, bentuk bibirnya? Wanita Islam tidak dibenarkan mendeedahkan rambutnya untuk dilihat oleh lelaki selain suaminya. Tapi, Rosmah dan Hasmah, contohnya, sentiasalah memakai selendang yg tidak menutup rambutnya. Apakah itu fesyen Islam moden? Bolehkah manusia Islam itu mengubah ketetapan Allah (a.w)?
Memang para ulama' dan ilmuwan Islam sudah banyak membuat perubahan kpd Islam dan syariatnya. Malah orang yg tetap dgn berpandukan kpd Islam dan syariatnya yg asli lagi murni, kini sudah tiada, dan hampir pupus. Yg semakin banyak adalah umat Islam moden, termasuklah mereka yg menjadi pereka fesyen, pencipta fesyen, model-model yg mempamirkan 'fesyen Islam' tersebut. Tidak hairan. Kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa daripada sejumlah 1,000 orang yg dikira 'Islam' ketika berlakukan kiamat dan berkumpul di padang makhsyar nanti, 999 orang akan dihalau masuk neraka, hanya seorang saja yg berjaya dapat syurga. Siapa yg berjaya masuk syurga dari 1,000 tersebut? saudara fikirlah sendiri.
Aurat dalam Islam adalah amat fundamental. hari ini kita lihat wanita memakai pakaian yg menutup tubuhnya dan menampakkan hanya muka dan kedua telapak tangannya. Tapi, pakaiannya lebih mempamirkan susuk badanya, spt pnggongnya, betisnya, lengannya dan buah dadanya? Kenapa? Mereka berpakaian tetapi sebenarnya bogel dalam Islam. Sebab? Ada seluar tapi jelas bentuk ponggongnya dan malah ternampak betisnya kalau berjalan. Ada baju, tapi nuipis, jelas kelihatan kulit perutnya (yg pula ditindik dan disubangkan). Ada baju tapi ketegangan buah dadanya jelas. Jadi, hakikatnya wanita hari ini menurut tubuhnya dgn kain, tapi tidak menutup auratnya.
Mungkin mereka tak tahu apakah akibatnya kelak, ketika bertemu dgn Allah (a.w)? Tanyalah para ulama' dan ilmuwan yg sama-sama menyaksikan fesyen wanita Islam itu...
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment