Sunday, October 24, 2010

Mengubah Syariat Islam: Contoh

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini perkataan yg paling sensitif kpd ulama' dan ilmuwan Islam, terutama mereka dalam golongan arus perdana atau ulama' yg berpegang kuat kpd fahaman kemazhaban adalah 'bid'ah'. Kerana, mereka menerima dan meyokong kuat pendapat yg menyebut wujudnya 'bid'ah hasanah'. Dalam blog ini kita telah teliti dan halusi, sebagaimana mereka yg belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah, mereka akan menyatakan tiada sandaran nas dan dalil al-Quran wujudnya apa yg diwarwarkan oleh ulama' dan para ilmuwan arus perdana 'bid'ah hasanah'.
Penulis ingin memperingatkan kpd saudara bahawa mengamalkan bid'ah adalah suatu perbuatan yg amat dimarahi oleh Allah (a.w) dan RasulNya. Mereka yg beramal dan beribadah dgn sesuatu ibadah atau amalan yg dicemari dgn bid'ah, melakukan satu dosa yg besar, kerana mengubah kpd syariat Islam. Maka dgn itu Islam menghukum sesiapa yg membuat, mengamalkan dan menyebarluaskan sesuatu yg bersifat bid'ah, mendapat dia terkeluar dari Islam tanpa disedari, Allah (a.w) tidak akan menerima taubatnya, kalaulah dia bertaubat dari dosa-dosanya, dan segala amalan dan ibadahnya tidak diterima Allah (a.w). Begitu besarnya akibat mengamalkan yg bid'ah. Oleh itu, sebelum saudara terima sebarang pembaharuan dalam urusan amalan dan ibadah, wajiblah saudara belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah supaya kita benar-benar faham Islam dan syariatnya. Dgn pengetahuan sedemikian itu tidaklah kita terjebak dgn sesuatu yg maksiat (Nota: Maksiat dalam Islam adalah melakukan sesuatu yg tiada sandaran ketetapan al-Quran dan as-Sunnah).
Penulis yakin saudara pastilah inginkan peluang untuk mendapat syurga dan ingin bebas dari siksaan di neraka. Maka dgn itu saudara bersedia mengerjakan amaln dan ibadah secara istiqamah, supaya dgn amalan dan ibadah kita kita mengharapkan kerahmatan Allah (a.w), dan dgn itu mendapat syurga. Allah (a.w) peringatkan kita: 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun'[Maksud: Janganlah kamu kerjakan sesuatu (amalan atau ibadah atau apa jua perkara dalam Islam) tanpa terlebih dahulu faham ilmu mengenai perkara tersebut]. [Ayat 36, Surah al-Isra']. Dan, Allah (a.w) juga peringatkan kita bahawa hendaklah kita kerjakan amalan dan ibadah serta mentaati Allah (a.w) dan RasulNya hanya dgn satu tujuan iaitu firman Allah (a.w): ' ... wa-yarjuna rahmatahu wa-yahafuna 'azabahu '[Maksud: ... dan mengharapkan kerahmatan Allah (a.w) dan takutkan azab Allah (a.w). [Ayat 57, Surah al-Isra']. Segala-galanya ditentukan oleh dua ayat tersebut.
Segala amalan dan ibadah hendaklah dikerjakan hanya dgn ilmu yg haq. Tanpa mempelajari ilmu yg haq, kita beramal dan bribadah tanpa cara dan kaedah yg betul. Amalan dan ibadah itu tidak diterima Allah (a.w). Dan, jika amalan dan ibadah itu menepati ilmunya, yakni menepati apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), maka niat kita hanyalah mengharapkan kerahmatan Allah dan takutkan siksaanNya kerana tidak mengerjakannya. Tanpa mengerjakan amalan dan ibadah dgn sandaran ilmu, maka sudah pasti tidak mendapat kerahamatan Allah (a.w) [Rujuk Ayat 13, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr]. Kerahmatan datang dgn amalan yg diterima dan yg ditetapkan spesifikasinya oleh Rasulallah (s.a.w).
Oleh itu berwaspadalah. janganlah kita mengerjakan sesuatu amalan dan ibadah secara ikutikutan atau bertaklid - ada orang buat, kitapun buat, walaupun orang itu jahil tentang ilmunya dan kita juga jahil!
Hadith berikut menceritakan seorang pemimpin jema'ah Islam zaman selepas ketiadaan beliau membuat perubahan dalam kejahilan:
Diriwayatkan hadith dari Tariq b Syihab berkata: 'Orang yg terawal mendahulukan khutbah sebelum solat (yakni, Solat Aidil Fitri atau Aidil Adha) adalah Marwan. Maka bangun seorang lelaki dan berkata kpd Marwan: 'Telah menyelisihi engkau akan sunnah Rasulallah (s.a.w)!' Maka berkata Marwan: 'Wahai sifolan! Telah ditinggalkan apa-apa peraturan sedemikian di sana (yakni, sekarang peraturan sedemikian telah ditukarkan, dulu memang dipakai).' Maka berkata Abu Said al-Khudri: 'Adapun ini orang ('Ammar b Rabiyah, yg menegur tadi) sungguh-sungguh telah mendatangkan dia apa-apa yg wajib atasnya. Aku mendengar sabda Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa melihat kemungkaran (yakni, suatu kemaksiatan, iaitu suatu perbuatan atau amalan yg menyalahi ketetapan al-Quran dan as-Sunnah), maka hendaklah dia ingkar (ie. tolak) dgn tangannya, dan jika tidak mampu (atau berkuasa) dia, maka (menolak) dgn lisannya (yakni, bercakap atau menegur mengenai), dan kalau tak mampu (menolak dgn lisan), maka (menolak, yakni ingkar mengikutnya) dalam hatinya, dan demikian itu (yakni, menolak dalam hatinya) adalah selemah-lemahnya keimanan.' [Hadith at-Termidzi, Kitab Fitnah (Huruhara dalam ugama/Dunia)]
Dalam hadith ini Marwan adalah khalifah atau pemimpin jema'ah Islam zaman tersebut. Beliau cuba memulakan suatu amalan baru iaitu berkhutbah dahulu sebelum solat, ketika hendak mengerjakan Solat Aid. [Nota: Solat Aidil Fitri dan Aidil Adha, khutbahnya selepas solat]. Tujuan Marwan adalah untuk menyampaikan mesej pemerintahannya kpd jema'ah Islam sebelum solat supaya mereka mendegar dan tidaklah mereka bersurai lepas solat. Jika begitu tidak berkesan nasihat atau perintahnya. Maka ditegur oleh Ammar b Rabiah kerana perbuatan sedemikian adalah bertentangan dgn as-Sunnah. Marwan menjawab peraturan atau cara biasa itu sudah luput, ia hanya terpakai zaman Nabi (s.a.w), kini perlu diubahsuai mengikut zaman. Maka teguran Ammar itu diperkuatkan oleh Abu Said al-Khudri, iaitu seorang yg hidup zaman Rasulallah (s.a.w) dan sahabat, memberikan nas dan dalil as-Sunnah mengenai bid'ah yg hendak dibuat oleh Marwan.
hari ini, banyak ketetapan as-Sunnah yg telah kita ubah. Para ulama' dan ilmuwan yg ada mendiam diri, malah mencadangkan pula pelbagai pembaharuan dan berhujjah pula bahawa perubahan sedemikian itu boleh dialkukan zaman ini, mengambil kira peredaran zaman dan sebagainya. Samalah spt perbuatan Marwan itu ...

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment