Sunday, October 24, 2010

Islam dan Wanita: Taatkan Suami (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita mendapat tahu ketetapan Islam terhadap isteri yg meninggalkan suaminya ketika hendak tidur, yakni dia berpindah katil, tidur di katil lain yg ditiduri oleh suaminya. Kita lihat pula satu lagi ketetapan Islam dalam hadith berikut yg menyebutkan bahawa apabila dipanggil si suami akan isterinya ke tempat tidur (atau katil tidurnya), si isteri enggan, apa hkumnya?
Diriwayatkan hadith dari Syu'bah hadith dari Sulaiman hadith dari abi Hazim hadith dari abi Hurairah (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: 'Ketika memanggil seorang lelaki (yakni, suami) perempuannya (yakni, isterinya) kepada tempat tidurnya, maka enggan dia (i.e. si isteri) dari mendatangi (tempat tidur suaminya), maka melaknat malaikat rahmat ke atasnya sehingga sampai waktu Subuh (yakni, siang hari).' [Hadith Bukhari, Kitab Nikah]
Demikianlah utamanya si isteri itu sentiasalah wajib baginya melayani kehendak suaminya. Sehingga dalam urusan tidurpun, si isteri wajib tidur bersama dgn suaminya dan tidak dibolehkan dia berpindah tempat tidur atau dia enggan melayani permintaan suaminya.
Saudara, orang perempuan itu lebih mudah tanggungjawabnya berbanding suaminya. Seorang isteri itu apabila dia taatkan perintah Allah (s.a.w) dan taatkan perintah Rasulallah (s.a.w) dan kemudian taatkan suaminya, maka dia mendapat syurga.Tugas isteri adalah untuk menjaga dan mendidik anak-anaknya tentang akhlak dan Islam. Kemudian dia melayani suaminya. Bagi lelaki melayani isterinya tidak memadai. Dia wajib mencari rezki supaya dapat dia menanggung nafkah untuk dirinya, isterinya dan anak-anaknya. Suami juga bertanggungjawab membimbing isterinya supaya menjadi isteri yg solehah dan orang yg sentiasa akur dgn ketetapan Islam.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment