Assalamualaikum,
saudara, dalam hadith berikut kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa ketika dia Isra' dan Mikraj, beliau dinampakkan neraka dan syurga. Di dapati di dalam neraka itu kebanyakan penghuninya adalah kaum perempuan.
Diriwayatkan hadith dari Zaid b Aslam hadith dari 'Ata' b Yasar hadith dari ibni Abbas (r.a) berkata: 'Telah bersabda Nabi (s.a.w): 'Diperlihatkan kepadaku neraka, maka ketika itu (aku melihat) kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita.' (Bertanya sahabat): 'Adakah ingkar (i.e. kufur mereka (terhadap Allah (a.w))? Dikatakan (atau ditanya): Bersabda Nabi (s.a.w): 'Kufur (i.e. ingkar) mereka terhadap suaminya, dan kufur mereka dengan kebaikan suaminya (terhadapnya). Seandainya, suaminya berbuat baik kepada isteri-isterinya setahun, kemudian melihat dia (i.e. si isteri) dari engkau (suami) sesuatu (yg tidak disukainya atau satu satu keburukan padanya), berkata dia: 'Tidak melihat aku dari engkau kebaikan sedikitpun (atau sama sekali)!' [Hadith Bukhari]
Rasulallah (s.a.w) di dalam hadith di atas itu menyebutkan bahawa ketika dia diperlihatkan keadaan di neraka, Nabi (s.a.w) melihat kebanyakan penghuninya adalah perempuan. Mereka masuk neraka bukan kerana ingkarkan Perintah Allah (a.w) (seumpama tidak solat, tidak beerpuasa, atau tidak mengerjakan amalan-amalan tambahan/sunat dsbnya, tetapi kerana kufur nikmat yg diberikan kpdnya oleh suaminya. Walaupun suaminya baik sekian lama, tapi kerana suatu yg dia dapati tidak baik pada suaminya, dia mengatakan suaminya tak pernah buat baik kpdnya. Dia kufur pemberian suaminya - diberi tempat tinggal, pakaian dan makan minum dan sebagainya.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment