Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan lagi perbincangan kita tentang wanita dalam syariat Islam. Kita telahpun tahu bahawa dalam sebuah keluarga itu, suami adalah bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anaknya - menyediakan tempat tinggal, memberi nafkah, menanggung makan minum dan pakaian, dan terutamanya mendidik isteri dan anak supaya utamakan ugama dan menjadi orang yg iman dan bertaqwa. Si isteri itu, apabila dia taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasullah dan taatkan suaminya, dan suaminya ridha dengannya ketika matinya, maka si isteri itu mendapat syurga. Suami mendapat syurga apabila dia taatkan Allah (a.w), taatkan Rasulallah (s.a.w), taatkan Imamnya dan dia dalam segala sesuatu itu berada dalam jema'ahnya.
Suami itu mempunyai hak terhadap isterinya setiap masa. dalam hadith berikut disebutkan satu lagi hak suami terhadap isterinya:
Diriwayatkan hadith dari abi Hazim hadith dari abi Hurairah (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: 'Ketika memanggil si lelaki (i.e. suami) isterinya ke tempat tidurnya, maka enggan (atau menolak isterinya) (yakni, ingkar dia) mendatangi atau pergi ke tempat tidur suaminya, nescaya dilaknat atasnya oleh beberapa malaikat (rahmat) sehingga sampai pagi.' [Hadith Bukhari, Kitab Nikah]
Hadith ini menjelaskan bahawa setiap kali si suami itu perlukan isterinya untuk bercengkerama, hendaklah dia tunaikan kemahuan suaminya. Malah dalam sepotong hadith lain, yg telahpun kita lihat sebelum ini, jika suaminya perlukan dia, dan dai sedang memasakpun di dapur, dia hendaklah tunaikan permintaan suaminya. Jkalah dia letih dan tidak berdaya, mithalnya, bolehlah dia berbincang dgn suaminya penyelesaian terbaik. Namun, yg pnting dia tunaikan panggilan suaminya untuk menghampirinya apabila dipanggil oleh suaminya.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment