Sunday, October 17, 2010

Jema'ah: Ketetapan al-Quran dan as-Sunnah

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita telah turunkan beberapa hadith dan firman Allah (a.w) tentang 'jema'ah' itu. Kita telah maklum bahawa dua ciri jema'ah umat Islam yg dikategorikan sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu adalah: pertama, ikuti as-sunnah, yg merangkumi sunnah Nabi (s.a.w) dan sunah sahabat (khalifah) yg empat selepas wafat beliau; dan kedua, anuti Islam secara berjema'ah atau dalam jema'ah. Orang Islam yg menepati dua ciri atau syarat itu, adalah golongan yg berjaya di akhirat kelak mendapat syurga. Dua lagi ciri tersebut kita telah maklumkan sambil lalu sahaja (kera belum dihuraikan dan diperjelaskan secara terperinci); iaitu: kepimpinan jema'ah (yg menguruskan jema'ah) umat Islam, iaitu Imam atau Amir; dan bai'at atau ikrar taat setia oleh anggota jema'ah terhadap kepimpinan jema'ah, yakni Imam atau Amir.
Kita telah maklum bahawa perintah anuti Islam secara berjema'ah itu adalah perintah mutlak dan wajib bagi semua umat Islam, mengikut ketetapan dalam Ayat 103, Surah ali-Imran. Sejajar dgn firman Allah (a.w) tersebut, Rasulallah (s.a.w) pula telah mengulangi ketetapan Allah (a.w) tersebut dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Suhailin hadith dari bapanya hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Innallaha yarda lakum thalatha wa-yakrahu lakum thalathan fayarda lakum an ta’buduhu wala tusyriku bihi syaian waan ta’tasimu bihablillahi jami’an wala tafarraqu wa-yakrahu lakum qila wa-qala wa-kathiratas-suali wa-ida’atal-mali.' [Maksud: Sesungguhnya Allah (a.w) rida bagi kamu sekelian tiga perkara dan benci Allah (a.w) atas kamu tiga perkara; maka rida Allah (a.w) bagi kamu bahawa (pertama) kamu sembah hanya Dia (Allah) (sebagai Tuhan) dan tidak syirik (menyekutukan) kepadaNya dengan sesuatupun, dan (kedua) bahawasanya kamu berpegang teguh dengan tali (ugama) Allah (a.w) dengan berjemaah dan (ketiga) jangan kamu berfirqah-firqah (berpecah belah); dan benci Allah (a.w) atas kamu tiga perkara, (pertama) kata-kata itu dan kata-kata ini (yakni, ikuti cakap-cakap orang begitu dan begini tanpa sandaran nas dan dalil dari al-Quran dan as-Sunnah), dan (kedua) memperbanyakkan soal (pertanyaan dalam ugama kerana dipengaruhi oleh hasutan syaitan dan kata-kata sianu sianu), dan (ketiga) mensia-siakan harta (yakni, membazirkan harta kerana tidak dimanfaatkan demi Islam (yakni, kebajikan akhiratnya))] [Hadith Muslim]
Rasulallah (s.a.w) memberi kta tahu bahawa Rasulallah (s.a.w) diperintahkan oleh Allah (a.w) empat perkara, dan satu daripadanya adalah berjema'ah. Ada 3 perkara yg diperintahkan oleh Allah (a.w) dalam hadith tersebut. Jika manusia akur dan ikuti, maka Allah (ridha) terhadap mereka. Dengan keridaan tersebut, dikurniakan Allah (a.w) kejayaan yg haq, iaitu masuk syurga.

1. Allah (a.w) ridha jika manusia itu menyembah sebagai tuhan mereka hanya Allah (a.w) yg Esa (i.e. tunggal);
2. Umat Islam itu berpegang teguh dengan tali Allah (a.w), yakni ugama Islam itu, dengan berjema'ah atau secara berjema'ah; dan
3. Allah (a.w) perintahkan manusia supaya jangan berfirqah atau bermazhab-mazhab.
Ketetapan 1 itu adalah ketetapan yg disebutkan dalam firman Allah (a.w) pada Ayat 56, Surah az-Zariat.
Ketetapan No 2 itu adalah sebagaimana perintah Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran.
Dan juga, ketetapan No 3 itu juga perintah Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran juga.
Dalam hadith tersebut juga manusia diperingatkan bahawa Allah (a.w) itu bencikan tiga perkara; iaitu: pertama, ikuti cakap-cakap orang tentang Islam dan syariatnya 'itu dan ini'. Maksudnya: janganlah kita dengar dan percayakan cakap-cakap orang atau bertaklid tanpa pengetahuan atau dalam kejahilan. Kedua, apabila diberitahu sesuatu yg haq sebagaimana terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah, dia ragu-ragu, dan mereka tidak yakin, malah meerka tidak patuhi! Dalam post ini kita telahpun lihat banyak perkara yg haq tapi diragui oleh manusia. Ketiga, mensia-siakan harta kerana dibelanjakan atas kebatilan semata-mata. Dalam Islam orang yg berharta atau kaya itu hendaklah lebih mensyukuri Allah, tak ada soal jawab mengenai ketetapannya. Orang kaya itu berpeluang mudah untuk menempah tiket akhirat untuk ke syurga.Selain zakat, mereka boleh menginfaqkan sebahagian harta mereka.

Diriwayatkan hadith daripada Abdullah b Dinar hadith dari ibnu Omar (r.a) berkata: ‘Berkhutbah Omar (ibni Khattab, ketika itu adalah Khalifah) di tanah Jahbiyah, maka berkata dia: ‘Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya aku sungguh-sungguh berdiri di kalangan kamu sebagaimana berdirinya Rasulallah (s.a.w) di kalangan kami (suatu masa) (di sini), maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘

Usikum biashabi thummal-lazina yalunahum thummal-lazi yalunahum thumma yafsyul-kazibu hatta yahlifar-rajulu wala yustahlafa wa-yasyhada as-syahidu wala yustasyhada ala la yakhluanna rajulun biamraratin illa kana thalithahuma as-syaitanu ‘alaikum bil-jama-ati wa-iyakum wal-firqata fains-syaitana ma’a wahidi wahua minal ithnaini ad’adu man arada buhbuhatal-jannati fal yalzamil- janma’ata man sarrathu hasanatuhu wa-saat-hu saiyiatuhu fazalikal-mukminu) [Maksud (sabda Rasulallah): Aku wasiatkan kepada kamu sekelian dengan (kehadiran) beberapa sahabatku (khalifah yang empat) kemudian orang-orang yang mendekati (yakni, yang mengikuti) mereka (yakni, para tabi’in) kemudian orang-orang yang mendekati (yakni, mengikuti) mereka (yakni, yang mengikuti at-tabi’in, iaitu para tabi’ahum), kemudian tersiarlah dusta atau pendustaan sehingga bersumpah seorang lelaki dan tidak diminta dia bersumpah, dan meminta menjadi saksi lelaki dan tidak (pula dia) diminta (atau disuruh) menjadi saksi; ingatlah tidak menyendiri (atau menyepi, yakni berkhalwat) seorang lelaki dengan seorang perempuan kecuali ada yang ketiga kepada mereka berdua itu syaitan; wajib atas kamu dengan berjemaah dan takutilah (yakni, jauhilah) kamu sekelian berfirqah (yakni, berpecah belah menubuhkan perkumpulan), maka sesungguhnya syaitan itu berserta dengan orang yang berseorangan dan dia (syaitan) itu orang kedua (padanya), lebih jauh, barangsiapa inginkan (berada) di tengah-tengah syurga maka hendaklah dia menetapi (ikuti) jamaah; barangsiapa menyenangkan (atau menggembirakan) seseorang Islam dan iman yang lain (maka) kebaikan baginya (di akhirat kelak); (barangsiapa) medatangkan keburukan (atau mempersulitkan) atas orang Islam dan iman yang lain, maka keburukan baginya (di akhirat kelak); demikian itu sifat-sifat orang yang beriman (yakni, ada yang buruk dan ada yang baik perangai).] [Hadith at-Termidzi, Kitab Fitan (fitnah)]

Hadith di atas itu mengulangi perintah wajib berjema'ah itu dan bahawa Allah (a.w) perintahkan umat Islam berjema'ah dalam menganuti ugama Islam. Dan, Allah (a.w) melarang umat Islam berfirqah. Diperjelaskan lagi bahawa jika seseorang inginkan syurga secara pasti, hendaklah dia menetapi atau mengikuti jema'ah. Dalam membuat kesimpulan tentang kewajipan berjema'ah serta menetapi syarat-syarat lain tentang jema'ah itu, Omar b Khattab (r.a) telah memberitahu umat Islam seperti berikut:

Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman b Maisarah hadith dari Tamim ad-Dariyi berkata: ‘Berlumba-lumba (atau bersaingan) manusia (yakni, para sahabat Muslimin) di dalam membina binaan atau bangunan (yang tinggi dan tersergam) dalam zaman Omar (r.a), maka berkata Omar (r.a): ‘Wahai masyarakat Arab! Dunia! Dunia! (maksudnya, janganlah dilekakan oleh kehidupan dunia) Sesungguhnya tidak atau bukan (dikatakan) Islam kecuali dengan berjemaah dan tidak (dikatakan) berjemaah kecuali dengan berimam (yakni, dangkat menjadi Imam seorang dari kalangan mereka jemaah Islam) dan tidak (dikatakan) berimam kecuali dengan ketaatan (rokyah atau rakyat kepada imam); maka barangsiapa memilih imam dari kalangan kaumnya yang faqih (yakni, kefahaman tentang Islam sedemikian) ada kehidupan (yakni, tenteram, selamat dan bahagia) bagi imam mereka dan ada kehidupan bagi mereka (kaumnya). Barangsiapa memilih imam mereka kerana pertimbangan selainnya kefaqihan (tentang Islam secara berjemaah) ada baginya (imamnya) kerosakan dan kerosakan bagi kaumnya.] [Hadith ad-Daramiyi]

Omar (r.a) menyebutkan ciri-ciri orang Islam yg sah atau betul Islam mereka adalah menepati syarat-syarat berikut:

1. Kita hanya dikira Islam jika kita berjema'ah, yakni anuti Islam itu secara berjema'ah;

2. Kita tidak dikira berjema'ah atau sudah berjema'ah tanpa wujudnya seorang pemimpin atau Imam;

3. Tidak dikatakan wujud kepimpinan atau keimaman atau Imam tanpa ketaatan oleh anggota jema'ah Islam terhadap Imam mereka;

4. (Dalam hadith lain dijelaskan bahawa ketaatan rukyah terhadap Imam itu adalah berdasarkan ikrar janji mereka (i.e. bai'at) terhadap Imam mereka.

Dalam hadith itu Omar (r.a) memberitahu pula kehidupan jema'ah Islam serta Imam jema'ah tersebut akan aman, tenteram, rukun dan bersepadu jika Imam itu dipilih dari kalangan orang yg faqih tentang Islam dan syariatnya, yakni faqih tentang ketetapan Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan faqih tentang peraturan Islam yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) (yakni, as-Sunnah). Jika Imam itu dipilih dari orang yg tidak memiliki ciri-ciri kefaqihan tersebut, atau dipilih Imam atas asas pertimbangan selain itu, maka jema'ah dan imam tidak tenteram, tidak aman, tidak selamat dan akan sentiasa diselubungi pegeseran dan hurhara.

Suatu masa dulu, JAIS dan Majlis Fatwa telah mempersoalkan hadith di atas itu. Pihak-pihak tersebut telah membuat fatwa bahawa kumpulan umat Islam yg berpandukan hadith itu adalah sesat kerana kononnya Islam tidak mensyaratkan sedemikian. Namun, kita akan teliti nanti ada banyak hadith Rasulallah (s.a.w) yg menyebutkan perkara yg sama. Antaranya Rasulallah (s.a.w) menyebut tidak hala bagi seorang Islam yg wujud di muka bumi Allah (a.w) kalau dia tidak berjema'ah.

Kekeliruan ini timbul kerana ramai umat Islam yg tidak mendalami ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah. Jiak mereka pelajari ilmu as-Sunnah, dan menyedari bahawa perintah Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr dan Ayat 80, Surah an-Nisa' itu adalah perintah yg haq lagi mutlak, sudah pasti mereka faham ketetapan Islam. Orang yg menolak hadith tidak sempurna Islamnya. malah batil Islamnya. Orang yg menolak ketetapan Omar (r.a) adalah menolak ketetapan Rasulallah (s.a.w). Oleh itu janganlah kita banyak soal (sebagaimana banyaknya solal kaum Yahudi terhadap Musa (a.s) dan para nabi zaman selepas Musa) apabila diberitahu sesuatu yg haq. Yg penting hendklah kta usahakan mengilmukan diri ita, kemudian mentaati apa yg telah disyariatkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w).

Semoga, saudara faham perkara yg disampaikan di dalam post ini dan renungkan sebvaik-baiknya. Ketetapan itu adalah haq, dan menolaknya kita tanggunglah sendiri akibatnya di akhirat kelak.


Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment