Monday, October 25, 2010

Jema'ah: Ketetapan al-Quran dan as-Sunnah (samb)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun mulakan perbincangan kita tentang kewajipan berjema'ah dalam Islam. Ada beberapa perkara yg kita sbagai umat Islam yg inginkan kejayaan akhirat mendapat syurga, wajib ingatkan diri kita; iaitu:
1. Allah (a.w) perintahkan manusia Islam supaya anuti ugama Islam berjemaah atau dengan berjemaah atau secara berjema'ah;
2. Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa Allah (a.w) perintahkan beliau supaya beliau pimpin umatnya supaya anuti Islam secara berjema'ah atau dengan berjema'ah;
3. Omar (a.s) menyimpulkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, bahawa kita belum diakui Islam jika kita tidak anuti Islam secara berjema'ah; dan
4. Rasulallah (s.a.w) mengingatkan kita bahawa tidak hala hidup kita sebagai orang Islam seandainya kita tidak berjema'ah dan tidak mengangkat seorang sebagai Imam (yakni, pemimpin) jema'ah kita.
Insya Allah, kita akan teliti lagi nas dan dalil hadith tentang kewajipan berjema'ah ini. 'Berjema'ah' dalam Islam bukanlah setakat bersolat jema'ah. Sememangnya umat Islam wajib menjema'ahkan solat-solat fardu. Tapi 'berjema'ah' lebih menyeluruh, melakukan segala sesuatu sebagai umat yg berjema'ah. Ada Jema'ah ada pemimpin jema'ah (yakni, imam), ada perjanjian diantara rukyah (anggota jema'ah) dgn Imam, ada syarat mutlak bahawa anggota ema'ah 'dengar nasihat imam dan taati perintah imam sekuat mampu mereka'.
Kita lihat dahulu beberapa lagi perintah Rasulallah (s.a.w) tentang berjema'ah ini.
Diriwayatkan hadith daripada Suhailin hadith dari bapanya hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Innallaha yarda lakum thalatha wa-yakrahu lakum thalathan fayarda lakum an ta’buduhu wala tusyriku bihi syaian waan ta’tasimu bihablillahi jami’an wala tafarraqu wa-yakrahu lakum qila wa-qala wa-kathiratas-suali wa-ida’atal-mali.' [Maksud: Sesungguhnya Allah (a.w) rida bagi kamu sekelian tiga perkara dan benci Allah (a.w) atas kamu tiga perkara; maka rida Allah (a.w) bagi kamu bahawa (pertama) kamu sembah hanya Dia (Allah) (sebagai Tuhan) dan tidak syirik (menyekutukan) kepadaNya dengan sesuatupun, dan (kedua) bahawasanya kamu berpegang teguh dengan tali Allah (a.w) (yakni, ugama Islam) dengan berjemaah dan (ketiga) jangan kamu berfirqah-firqah (berkumpulan dan berpecah belah); dan benci Allah (a.w) atas kamu tiga perkara, (pertama) kata-kata itu dan kata-kata ini (yakni, ikuti cakap-cakap orang begitu dan begini tanpa sandaran nas dan dalil dari al-Quran dan as-Sunnah), dan (kedua) memperbanyakkan soal (pertanyaan dalam ugama kerana dipengaruhi oleh hasutan syaitan dan kata-kata sianu sianu), dan (ketiga) mensia-siakan harta (yakni, membazirkan harta kerana tidak dimanfaatkan demi Islam dan bekalan kebajikan akhiratnya)] [Hadith Muslim]
Di dalam potongan hadith di atas itu Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita, umatnya, bahawa Allah (a.w) rida tiga perkara apabila hambanya yang Muslim dan Mukmin lakukan:
(a) Pertama, manusia itu menyembah hanya Allah (a.w) sebagai Tuhannya yang Esa dan tidak syirik terhadap Allah (a.w), yakni tidak menyekutukan atau ambil sesuatu yang lain sebagai mempunyai sifat-sifat atau kuasa-kusa ketuhanan;
(b) Kedua, bahawa setiap Muslim dan Mukmin itu hendaklah mengamalkan Islamnya secara berjemaah, maksudnya Islam hendaklah dianuti secara berjemaah bukan bersendirian; dan
(c) Ketiga, orang Muslim dan Mukmin itu jangan atau tidak berfirqah atau berpecah belah menubuhkan pelbagai perkumpulan yang berasingan sehingga terdapat perbezaan antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain.
Apabila umat Islam taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti ketetapan al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah), maka Allah (a.w) rida maka mereka yang mematuhi tiga ketetapan ini dijamin mendapat kerahmatan Allah (a.w), dan apabila mendapat kerahmatan Allah (a.w), kita mendapat syurga.
[Nota: Oleh yang demikian soalannya: Apakah mengamalkan Islam secara bermazhab atau mengikuti fahaman mazhab dalam menganuti Islam itu tergolong dalam kategori berfirqah? Majoriti umat Islam, termasuklah majority para ulama’ di Nusantara ini berpandangan bahawa pengikut empat mazhab yang popular itu tidak menyalahi ketetapan Islam, malah pengikut empat mazhab itu tergolong dalam golongan ‘Ahlus sunnah wal-jamaah’. Tetapi, mereka pertikaikan pula pengikut aliran al-Wahhabi seolah-olah kumpulan tersebut menyeleweng dalam akidah dan tidak tergolong dalam golongan ‘Ahlus sunnah wal-jamaah’.] Saudara, yg pasti itu umat Islam wajib amalkan Islam dalam jema'ah atau secara berjema'ah. maka dgn itulah Allah (a.w) perintahkan orang islam dalam Ayat 59, Surah an-Nisa': umat Islam wajib taatkan tiga pihak; iaitu, pertama Allah (a.w); kedua, Rasulallah (s.a.w) dan ketiga, 'ulil amri', yakni pemimpin mereka, orang yg diangkat mereka sebagai Imam dan mereka yang melaksanakan tugas keimaman tersebut. [Nota: Bezanya, ketaatan kpd Imam atau ulil amri itu hendaklah dibatasi oleh ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w). Imam tidak boleh memerintahkan sesuatu yg bercanggahan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.Inilah ketetapan pada bahagian kedua Ayat 59, Surah an-Nisa' tersebut.]

Kalau kita teliti kita yg Islam hari ini, kita sebenarnya tidak menepati syarat keIslaman yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya. Sebab: Kita tidak berjema'ah. Tiada umat Islam yg berjema'ah. Tiada Imam yg mentadbiruruskan jema'ah Islam. Tiada perjanjian tatat setia formal, yakni bai'at, sebagaimana ditetapkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w).Insya Allah kita akan teliti syariat Islam tentang kepimpinan, jema'ah, bai'at (ikrar taat setia) dan konsep 'mendengar dan taat' (sami'na wa-ato'na') ini dalam post-post yg akan datang.]

Mengapakah terjadi sedemikian? Kerana kita Islam tanpa ilmu. Islam menyuruh kita belajar ilmu - ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Kita tidak belajar. Para ulama dan ilmuwan tidak meneliti perkara ini, maka mereka juga kurang faham tentang Islam. kalau mereka fahampun, mereka tidak memberi kefahaman kpd kita yg jahil. Kita Islam kerana mengikuti jejak langkak dan panduan warisan turun temurun drpd nenek moyang kita. Siapa yg patut disalahkan? Pastilah orang yg berilmu tentang Islam, yakni para ulama' dan ilmuwan Islam. Kerana, apabila berilmu mereka wajib sampaikan atau ajarkan kita supaya kita tidaklah Islam secara ikut-ikutan dan supaya terhapuslah kejahilan kita.

Jika kita sedar yg kita jahil, wajib kita usahakan supaya terhapus kejahilan kita. maka dgn itulah kita wajib belajar ilmu. Kerana itulah perintah Allah (a.w): 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (Maksud: janganlah kita lakukan sesuatu tanpa terlebih dahulu kita tahu ilmu mengenainya]. Mungkin dapat dimaafkan kita tidak utamakan dimensi berjema'ah ini, kerana kejahilan kita. Rasulallah (s.a.w) perintahkan kita: 'Al-ilmu qabla amal' [Maksud: berilmulah dahulu sebelum beramal]. Tapi, kita tiada ilmu. namun, kita diperintahtuntut ilmu, kerana menuntut ilmu itu diwajibkan atas kita yg Islam. Tetap salah kita. Tetap salah para ulama' dan ilmuwan.

Apakah kita bersedia masuk neraka kerana kejahilan. Apakah kita boleh berdepan dgn Allah (a.w) di padang makhsyar dan berhujjah: 'Ya Allah, ulama' dan ilmuwan zaman hidupku tidak mengilmukan aku, maka aku jahil? Dan, kerana itu kita tidak dapat menjadi seorang Islam yg sempurna yg menepati ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya? Tidak ada excuse! Kita memiliki akal dan fikiran, kita bertanggung jawab terhadap segala sesuatu yg melbatkan kebajikan diri kita sendiri...

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment