Saturday, April 17, 2010

Surah al-Ghafir: Ingkar masuk neraka

Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung lagi tafsir ayat-ayat Surah al-Ghafir (atau, al-Mukmin) seterusnya. Ayat-ayat ke-2 dan ke-3 menyebut tentang sifat-sifat Allah (a.w) itu. Disebutkan bahawa:
1. Allah (a.w) sahaja yg berkuasa mengampunkan dosa orang yg berdosa, tiada kuasa lain;
2. Allah (a.w) sahaja yg berkuasa menerima taubat orang yg bertaubat dari dosa-dosanya, tiada kuasa lain yg boleh menerima taubat;
3. Siksaan atau hukuman Allah (a.w) itu amat berat dan keras, akan mengenai sesiapa yg berdosa, iaitu mereka yg tidak mahu beriman dan yg Islam tetapi ingkar;
4 Allah (a.w) itu memiliki hazanah kurniaan yg teramat banyak dan Dia (Allah (a.w) zat yg kurniawan terhadap hamba-hambaNya yg mengerjakan amal soleh.
Firman Allah (a.w): 'Tiada siapa yg mendebatkan (i.e. mempersoalkan) tentang ayat-ayat (i.e. tanda kebesaran dan kekuasaan) Allah (a.w) kecuali orang-orang yg ingkar (i.e. kafir dan kufur), maka janganlah kamu (Muhammad (s.a.w)) tertipu dengan beberapa kejayaan mereka di dalam beberapa negeri (4) Telahpun mendustakan sebelum mereka itu kaum-kaum Nabi Nuh (a.s) dan golongan akhzab dari sesudah mereka; dan berniat setiap umat dengan (ie. terhadap) rasul-rasul mereka supaya menangkap mereka dan membunuh mereka dengan (tujuan supaya) yg batil melenyapkan dengannya yg hak, maka Aku (Allah (a.w)) mengazab mereka (i.e. memusnahkan mereka); maka bagaimanakah ada hukumanKu terhadap mereka? (5).' [Ayat 4 & 5, Surah al-Ghafir]
Manusia itu sentiasalah tidak mahu menerima bahawa Allah (a.w) itu wujud dan Dialah tuhan mereka. Orang yg dilahirkan tidak dalam keluarga Islam akan dipengaruhi oleh masyarakat mereka dan percaya dengan keyakinan nenek moyang mereka. Mereka tatp kufur dan kafir, kecualilah beberapa orang yg mencari kebenaran, dan akhirnya yakin dengan Islam dan syariatnya. Malah orang yg lahir dalam keluarga Islampun ramai yg kurang yakin dengan kewujudan Allah (a.w) dan dipengaruhi oleh nenek moyang mereka juga, mereka akan beramal dan beribadah mengikut acuan bentuk-bentuk amalan, kaedah serta cara nenek moyang mereka beramal dan beribadah.
Mungkin sekarang ini orang-orang ingkar tersebut tidak lagi dapat membunh nabi kerana tiada nabi selepas Rasulallah (s.a.w), namun mereka tetap akan membuat pelbagai angkara serta hujjah bagi menegakkan kebatilan supaya mengatasi atau menghapuskan yg hak. Inilah yg berlaku apabila para ulama' dan ilmuwan tidak lagi mengutamakan ilmu yg wajib dipelajari dan dihebahkan demi menghapuskan kejahilan masyarakat Islam. Contoh kebatilan adalah hujjah tentang wujudnya bid'ah hasanah. Kerana Rasulallah (s.a.w) secara terang-trang melarang umat Islam membuat dan mengamalkan bid'ah. Tapi, ramai para ulama' yg berhujjah sebaliknya, walhal mereka telahpun menemui hadith mengenai larangan Rasulallah (s.a.w). Tapi, mereka tidak faham atau tidak terima hadith tersebut, kerana konvensyen telah menjadikan amalan-amalan sedemikian itu sudah menjadi akar umbi budaya Islam Melayu.
Allah (a.w) peringatkan dalam ayat ke-5 di atas itu, bahawa mereka akan menerima azab kelak di akhirat kerana mengada-adakan sesuatu yg tiada, menolak ketetapan as-Sunnah, menegakkan yg batil dan meninggalkan yg hak. Bagi mereka yg belajar al-Quran dan as-Sunnah dari awal hingga ke akhr ilmu yg terkandung dalam al-Quran dan kiatab-kitab hadith (Kuttubul Sittah) akan tahu bahawa begitu banyak serta berbagainya kebatilan dalam bentuk-bentuk amalan dan ibadah serta kaedah serta cara beribadah dalam masyarakat Islam arus perdana sekarang ini. Oleh kerana diamalkan oleh golongan majoriti maka amalan-amalan serta perkara-perakara tersebut seolah-olah yg hak bukan batil. Bagi pengikut orang yg jahil yg tiada ilmunya, mereka bertaklid dan mengikut sahaja orang yg menonjolkan diri mereka berilmu walaupun dalam konteks ilmu al-Quran dan as-Sunnah, mereka jahil! Yg memimpin sesat dan yg dipimpinpun sama-sama sesat. Di akhirat kelak mereka akan berbalah. Yg memimpin menyalahkan yg dipimpin, kerana tidak memperingatkan kesesatan mereka. Dan, yg dipimpin menyalahkan yg memimpin, kerana menyesatkan mereka dengan ilmu yg batil. Kerana semua amalan dan ibadah yg dikerjakan di dunia, kelihatan hak tetapi batil, maka tidak diterima Allah (a.w) dan sia-sia sahaja.
Oleh itu berwaspadalah sebelum terlambat. Maka dengan itulah Allah (a.w) memberitahu kita bahawa kita hendaklah lakukan atau amalkan dan ibadahkan sesuatu amalan dan ibadah itu setelah kita tahu ilmu mengenainya, jangan jadi pak turut (Ayat 36, Surah al-Isra': '... wala taqfu ma laisa bihi ilmun ...' (maksud: dan janganlah kamu lakukan sesuatu tanpa kamu tahu ilmu mengenainya terlebih dahulu). Maksudnya, jangan jadi pak turut. Jangan ikut membuta tuli atau membabi buta seseorang dalam Islam). Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu: Menuntut (i.e. belajar) ilmu itu wajib bagi setiap orang Islam. Kerana dengan ilmu sahaja kita faham. Kejahilan kita tentang Islam dan syariatnya akan hilang. Kita akan beramal dan beribadah dengan pasti.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment