Assalamualaikum,
Puasa Sunat Tiga Hari Sebulan
Kita sambung lagi perbincangan kita tentang syariat puasa sunat. Segala amalan sunat adalah manifestasi seorang hamba membuktikan perhambaannya atau pengabdiannya terhadap Allah (a.w), kerana itu adalah tambahan kepad pengibadatan seorang hamba terhadap Allah (a.w), penciptanya. Di akhirat kelak ketika dihisab segala amalan kita, yg utama adlah ibadah wajib. Yg paling utama ibadah solat fardu, kemudian ibadah wajib selainnya. Lompang dalam keciciran amalan fardu adalah diisi oleh amalan sunat. Maka dengan itu lompang dalam ibadah pusasa fardu (i.e. Ramadhan) diisikan leh ibadah puasa sunat.
Kita telah teliti puasa sunat setiap Isni dan Khamis, yg jika kita puasakan seumpama kita mendapat pahala puasa setahun. Sekarang kita lihat ula puasa sunat tiga hari sebulan, terutamanya dikerjakan pada 13, 14 dan 15 haribulan Hijriah (disebut sebagai 'Puasa Putih', kerana ketika itulah bulan mengambang).
Diriwayatkan hadith daripada Abi Rabi’, hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Meminta janji kepadaku oleh Nabi (s.a.w) (yakni, menggesa lakukan) tiga (perkara): (pertama) bahawasanya tidak aku tidur kecuali atas witir (yakni, tidur setelah mengerjakan solat Witir), (kedua) dan berpuasa tiga hari di dalam tiap-tiap bulan, (dan ketiga) dan bahawasanya aku Solat Duha (sekurang-kurangnya 4 dan sebaik-baiknya 12 rakaat pada waktu duha.’ [Hadith sahih at-Termidzi, Kitab Saum]
Hadith ini menjelaskan bahawa Abu Hurairah (r.a) dinasihatkan oleh Rasulallah (s.a.w) supaya dijadikan amalan lazimnya setiap hari tiga perkara, iaitu:
1. Ketika malam hendaklah dia mengerjakan Solat Witir. (Solat Witir itu minimum adalah satu rakaat, lazimnya 3 rakaat dan boleh dibuat 5 atau 7 rakaat. Solat Witir hendaklah ganjil. Biasanya kita digesa supaya bangun malam buat Solat Tahajjud. Solat Tahajjud itu adalah dua-dua rakaat disudahi dengan 'salam'. Kita boleh solatkan beberapa banyak set yg kita mampu terpulang kepada keimananan kita terhadap Allah (a.w)));
2. Bahawa dia berpuasa sunat tiga hari sebulan setiap bulan. Hadith ini tidak menyebutkan hari-harinya. tapi, Dalam hadith berikutnya disebutkan pada 13, 14 dan 15 haribulan Hijriah; dan
3. Dia mengerjakan Solat Duha. Solat Duha itu dibuat empat-empat rakaat disudahi dengan satu 'Salam' atau dua-dua rakaat disudahi dengan satu 'salam'. Minimum adalah 4 rakaat dan maksimumnya 12 rakaat, pada waktu Duha (kira-kira matahari sudah naik satu galah di langit, kira-kira jam 8.30 pagi hinggalah 11.30 pagi).
Dalam hadith di bawah ini juga memberikan nas dan dalil tentang tarikh khusus puasa tiga hari sebulan itu, iaitu pada 13, 14 dan 15 setiap bulan-bulan Islam (Hijrah):
Diriwayatkan hadith daripada Musa bin Talhah berkata dia mendengar hadith Abi Zarr (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Wahai Aba Zarr (r.a)! Apabila engkau berpuasa daripada (setiap) bulan tiga hari, maka puasalah (pada) 13, dan 14 dan 15 (haribulan) (bulan qamariah).’ [Hadith hasan at-Termidzi, Kitab Saum]
Apakah ganjaran pahala puasa sunat, seumpama puasa tiga hari sebulan itu? Disebutkan di dalam beberapa hadith dan dalam al-Quran, diberikan ganjaran pahala oleh Allah (a.w) 10 kebaikan sehingga digandakan oleh Allah (a.w) menjadi 700 kebaikan (tertakluk kepada keikhlasan orang yg mengerjakannya):
Diriwayatkan hadith daripada Aba Zarr (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa puasa daripada tiap-tiap bulan tiga hari, maka demikian itu puasa setahun. Maka diturunkan Allah (a.w) Yang Maha Luhur dan Maha Agung ayat membenarkan (yakni, sahkan) demikian itu di dalam Kitab (yakni, al-Quran) ‘Man ja-a bil-hasanati falahu ‘asrun amthaliha’ [Ayat 160, Surah al-Anam] [Maksud: ‘Barangsiapa mendatangkan dengan satu kebaikan maka baginya sepuluh kebaikan umpamanya ( yakni, satu kebaikan dapat sepuluh kebaikan)’]. [Hadith hasan sahih at-Termidzi].
Hadith ini memberitahu kita bahawa Rasulallah (s.a.w) ada juga mencontohkan amalan uasa tiga hari sebulan ini. Namun, kita harus ingat bahawa Rasulallah (s.a.w) adalah 'uswatun hasanah', bererti beliau mencontohkan untuk panduan kita segala bentuk ibadah dan amalan dalam syariat Islam. Maka dengan itu, ada ketikanya dia berpuasa tiga hari dan ada kalanya dia berpuasa setiap Isnin dan Khamis, dan dia berpuasa tanpa sebarang persediaan, kerana segala-galanya di tolong oleh Allah (a.w) sebagai RasulNya.
Menceritakan hadith daripada Syu’bah hadith daripada Yazid ar-Raski berkara dia mendengar Muhazah (r.ah) berkata: ‘Berkata aku kepada Aisyah (r.ah): ‘Adakah Rasulallah (s.a.w) berpuasa tiga hari dari tiap-tiap bulan?’ Berkata Aisyah (r.ah): ‘Ya.’ Berkata aku: ‘Dari bila ada dia berpuasa?’ Berkata Aisyah (r.a): ‘Ada dia berpuasa tidak henti-henti dari harinya berpuasa.’ [Hadith at-Temidzi, Kitab Saum].
Hadith di atas menjelaskan bahawa Rasulallah (s.a.w) itu sentiasa mengerjakan puasa tiga hari sebulan itu tidak pernah ditinggalkannya. Puasa tiga hari sebulan ini juga seolah-olah berpuasa setahun. Dengan merujuk kepada firman Allah (a.w) di atas itu dan berpandukan ganjaran pahala minima, maka dapat dikira seperti berikut: 3 x 12 = 36 x 10 = 360 ganjaran pahala atau setahun dalam tahun Islam 360 hari].
Bagi saudara yg dan saudari yg inginkan supaya kesihatannya terjaga dan berat badan serta bentuk badan tidak menyenangkan, maka 'slimming programme' yg paling berkesan dalam Islam adalah mengerjakan puasa sunat. Insya Allah, kita berjaya menguruskan dan melangsingkan badan. Malah amalan itu lebih baik, kerana kita juga mendapat pahala yg tidsak sedikit mengamalkannya. Semoga kita diberi kelapangan serta kemampuan untuk mengamalkannya demi dunia dan akhirat kita, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment