Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lihat ketetapan Allah (a.w) dalam Surah as-Sof mengenai tajuk ini dalam post sebelum ini. Kini kita lihat pula firman Allah (a.w) dalam Surah at-Taubah.
Firman Allah (a.w): 'Wahai orang-orang yg beriman! Apakah bagi kamu ketika dikatakan kepada kamu sekelian berperanglah di dalam fi sabilillah (i.e. pada jalan Allah (a.w)) merasa berat kamu sekelian kepada bumi (i.e. enggan kamu kerana takutkan meninggalkan dunia); (kerana) rida (suka sangat) kamu sekelian dengan kehidupan di dunia mengatasi akhirat (i.e. mengutamakan dunia), maka tidakkah kesenangan di dunia itu berbandin dengan (kesenangan) di akhirat itu hanyalah amat sedikit?' [Ayat 38, Surah at-Taubah]
Allah (a.w) mencemuh orang yg beriman apabila disuruh berjihad dalam jalan Allah (a.w) (i.e. membela Islam dan umatnya) enggan atau mencari pelbagai helah semata-mata kerana terlalu cintakan dunia dan tidak yakin dengan akhirat, walhal, firman Allah (a.w) kesenangan dan kemewahan serta keseronokan di dunia itu apabila dibandingkan dengan kesenangan dan kemewahan di akhirat itu amat sedikit! Kalaulah kita berkeyakinan dengan janji-janji Allah (a.w) dan RasulNya. Malangnya, jika iman kita rapuh dan sedikit, kita tidak yakin. Ramain yg utamakan dunia kerana kesenangan, kemewahan dan keseronokannya boleh dilihat dan dirasai sekarang dan, pada kebanyakan orang-orang yg kaya raya dan hidup senang lenang, mereka telah raskanpun dalam kehidupan sekarang. Lihatlah: 'istana' dan 'mahligai yg besar' tersergam indah, kenderaan yg mewah dan berbagi, emas perak yg berbungkal, wang banyak untuk melancung dan melihat dunia, menikmati kesedapan dunia di tempat lain selain negara sendiri, dan sebagainya. Walhal, kata mereka yg di akhirat hanya bayangan yg belum pasti kata mereka!
Islam memberitahu kita, kalaulah kita berilmu dan yakin, bahawa tiada yg boleh menyamai atau mengatasi apa yg disedikan di syurga itu. Di sana kita akan temui yg tidak pernah termimpi atau terbayang kepada otak kita, terlihat oleh mata kita, terdegar oleh telinga kita, terhidu oleh hidung kita. Di bawah syurga itu mengalir 4 jenis sungai: iaitu sungai air tawar, sungai air madu, sungai air susu dan sungai air arak. Kalau tidak diminum arak ketika di dunia, di akhirat sambil berenangpun kita boleh minum arak. Maka dengan itulah Allah (a.w) tetapkan bahawa sesiapa yg minum arak di dunia tidak akan dapat minum arak di akhirat (i.e. masuk neraka). Siapa yg memakai sutera di dunmia tidak akan memakai sutera di akhirat. Kerana sutera adalah pakaian ahli syurga (i.e. masuk neraka).
Islam memberitahu kita bahawa manusia termiskin di syurga (i.e. akhirat) kelak adalah memiliki harta kekayaan 10 kali dunia dan isinya! Dia diberi bidadari syurga seramai 72 orang sebagai isterinya! Diberitahu bahawa sesiapa yg memperuntukkan sedikit masanya sepagi atau sepetang mempelajari ilmu mengenai al-Quran dan as-Sunnah (i.e. al-Hadith) mendapat ganjaran lebih baik dari dunia dan isinya! Fikirkanlah, betapa kayanya seseorang yg melapangkan masanya untuk belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah setiap hari atau setiap minggu atau setiap bulan? Namun ... kita perlukan keyakinan, maka kita akan faham firman Allah (a.w) dan ketetapan Raulallah (s.a.w). Orang yg tidak yakin tentang janji-janji Allah (a.w) dan RasulNya belum dikira orang yg beriman. Kalau mereka yakin, sudah pastilah mereka mencari peluang berjihad fi sabilillah dengan dirinya dan hartanya.
Firman Allah (a.w): 'Kecuali berangkat (kamu), Allah (a.w) akan menyiksa kamu sekelian dengan beberapa azab yg pedih dan (Allah (a.w)) menggantikan kamu dengan kaum-kaum selain kamu dan tidaklah (perbuatan kamu itu) memudaratkan sedkitpun kepada Allah (a.w); dan Allah (a.w) itu adalah atas segala sesuatu Zat yg Maha Berkuasa.' [Ayat 39, Surah at-Taubah]
Dalam zaman Rasulallah (s.a.w) masyarakat Islam sentiasalah perlu berdepan dengan masyarakat jahiliah serta orang-orang munafiq serta kaum-kaum musyrik. Maka dengan itu mereka perlu berperang demi menegakkan dan menyemarakkan syiar Islam. Maka orang Islam yg iman perlu berjihad berperang dengan diri (i.e. nyawa) mereka dan dengan harta kekayaan mereka. Segolongan mereka yg kecil dan rapuh imannya tidak suka dikerah untuk berperang. Mereka cintakan kehidupan dunia. Mereka takut mati.
Demikianlah juga dewasa ini. Apabila disuruh berjihad dalam konteks menyumbang tenaga dan harta demi memakmurkan Islam dan demi membela umat Islam yg dhaif, tidak ramai yg mampu tampil. Kalau mereka tanmpilpun mereka inginkan publisiti supaya diketahui umum bahawa mereka pejuang Islam, mereka dermawan dalam membantu orang Islam melalui 'infaq fi sabilillah' mereka. [Nota: Infaq = membelanajakan sebahagian dari kekayaan dan harta untuk membela ugama Islam dan umat Islam]. Tanpa publisiti mereka tidak mahu berjihad dengan harta mereka. Justeru itu, sejajar dengan peringatan ayat di atas itu, jika mereka yg mampu dan berkuasa menyumbang dalam fi sabilillah tidak melakukannya, Allah (a.w) tidak hairan, kerana akan dihidupkan pula masyarakat lain yg rela dan bersedia. Mereka yg enggan itu akan mati, dan apabila mati mereka akan dihisab secara terperinnci dan disoal mengapakah mereka enggan walhal mereka mampu?
Saudara, di dalam Islam mereka yg kaya, mewah, berada, berkuasa dn berpengaruh adalah mereka yg paling utama berjihad ke jalan Allah (a.w) dengan diri mereka dan harta mereka. Amat buruk kesudahan mereka kelak di akhirat jika mereka abaikan tanggung jawab tersebut. Kekayaan di dunia ini adalah milik Allah (a.w) semuanya dan kita, yg kaya dan berkuasa, diberi amanah oleh Allah (a.w) untuk melakukan sesuartu terhadap Islam dan umatnya. Maka dengan itulah juga kita diberitahu bahawa kebanyakan ahli syurga itu adalah lelaki yg faqir dan miskin, dan kebanyak ahli neraka itu adalah lelaki yg kaya dan mewah! Apabila kita mewah kita kufur nikmat, kita cintakan dunia, kita lupakan akhirat, kita remehkan tanggungjawab kita terhadap Allah (a.w) - lupa atau sengaja lambatkan solat, keluarkan zakat tanpa ikhlas atau kita minimakan, kita tidak menginfaq (walhal infaq itu adalah untuk dilaksanakan oleh orang yg kaya dan mewah, selain zakat), boros berbelanja membazir, berbelanja dengan batil (seumpama barang-barang mewah, pakaian berjenama dan seumpamnya) atau menyalahgunakan kemewahan dan sebagainya.
Mudah-mudahanh, kita tidaklah tergolong dari golongan orang yg dibenci Allah (a.w) kerana enggan berjihad, kalaulah kita berpeluang menjadi orang yg kaya, berharta dan mewah serta senang hidup serta ternama dan berkuasa serta berpengaruh tetapi kufur nikmat.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment