Wednesday, April 28, 2010

Mengapa kita wajib Islam? (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara kita sambung semula perbincangan kita tentang tajuk di atas. Kerana ada tiga pertimbangan: pertama, ada orang Islam atau orang Melayu yg dilahirkan Islam kemudian menjadi murtad, kata sesetengah penyelidik; kedua, ramai orang Melayu yg lahir Islam tetapi tidak mengerjakan perintah Allah (a.w) bahawa orang Islam itu wajib meyakini Rukun Iman yg enam, mereka wajib laksanakan Rukun Islam yg lima, iaitu selain syahadah, mengerjakan solat, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat (dan menginfaq sebahagian hartanya untuk fi sabilillah) dan menunaikan haji dan umrah di Mekah; ketiga, ada yg Islam tetapi mengamalkan sesuatu yg membatalkan keIslamannya, maka terkeluar ari islam tanpa mereka sedari.
Kita faham akibat keluar dari Islam. Kita juga sedar akibat tidak mengerjakan apa yg disuruh dan diperintahkan Allah (a.w), terutama tentang perbuatan tidak bersolat. Kita diberitahu, contohnya, Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa seseorang Islam yg meninggalkan satu waktu solat fardu dengan sengaja, jatuh kafir. Kita kurang sedar tentang dimensi ketiga iaitu kita Islam tetapi kita mengamalkan sesuatu yg membatalkan segala amalan kita, maka kita belum diktiraf benar-benar Islam. Kita Islam dari segi lahiriah tetapi sebenarnya atau hakikatnya kita tidak Islam. Dimensi ini yg paling sulit bagi kebanyakan orang islam, termasuk mereka yg dinobatkan sebagai ahli ugama atau ulama' atau ilmuwan islam, kerana mereka dipengaruhi atau tebal terpengarauh dengan kelaziman umat Islam. Mereka juga jahil kerana tidak mempelajari Islam dan syariatnya kerana tidak memahami ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah.
Sebahagian daripada sebab mengapa ini berlaku adalah kefahaman tentang apa sebenarnya yg dimaksudkan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu. Kejahilan ini timbul kerana umat Islam rata-rata tidak mendalami ilmu mengenai Islam - iaitu tidak memahami al-Quran dan as-Sunnah atau mereka jahil tentang as-Sunnah. Kerana majoriti umat Islam biasa membaca al-Quran, walaupun mereka tidak sepenuhnya memahami al-Quran. kenapa? Mereka belajar membaca. Mereka belajar menghafal supaya menjadi al-Hafiz. Tetapi, jarang sekali mereka mempelajari isi kandungan dan mesej al-Quran itu. Ini memerlukan bukan sahaja ilmu tafsir tetapi mempelajari ilmu tafsir dari guru yg fakih tentang tafsir al-Quran.
Yg lebih utama adalah umat islam tidak mengutamakan ilmu as-Sunnah. Rata-rata di Malaysia ini tidak ada IPTA ataupun IPTS ataupun pusat-pusat pengilmuwan yg mengutamakan pengajaran dan pengajian as-Sunnah. kalau adapun ulama' atau imuwan yg mempelajari as-Sunnah semasa mengambil ijazah pertama atau Sarja atau Kedoktoran sekalipun, mereka tidak mempelajari sepenuhnya as-Sunnah! maka dengan itu kalau adapun seorang ilmuwan yg mendapat ijazah Kedoktoran, umpamanya dalam ilmu as-Sunnah atau al-Hadith, belum tentu mereka menguasai sepenuhnya as-Sunnah! Tanyalah mereka - sama ada mereka mufti atau Pengerusi Majlis Ugama Islam negeri atau Ketua Pengarah jabatan ugama Islam negeri atau mereka adalah Profesor atau mahaguru di IPTA - adakah mereka khatam Kuttubul Sittah? Tentunya tidak. Jika begitu mereka belum boleh diiktiraf sebagai pakar as-Sunnah atau orang yg berilmu tentang as-Sunnah.
Atau, mungkinkah mereka tahu ketetapan as-Sunnah, tetapi kerana itu bukan Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) maka mereka tidak beri keutamaan. Walhal, dalam Islam kita wajib jadikan al-Quran dan as-Sunnah itu panduan beeamal dan beribadah serta panduan hidup Mukmin!
Orang iman yg sempurna ilmunya adalah mereka yg faham al-Quran (bacaannya, tafsirannya dan hafalannya (Nota: Hafalan itu kurang penting, kerana tidak semua orang boleh hafal 30 juz al-Quran, tetapi semua orang Islam wajib faham mesej al-Quran); dan mereka juga sepatutnya faham tuntutan as-Sunnah, walaupun mungkin mereka belum khatam Kuttubul Sittah tetapi mereka faham ketetapan as-Sunnah tentang amalan dan badah wajib, supaya mereka mengerjakannya menepati ketetapan Rasulallah (s.a.w).
Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Ilmu yg wajib dipelajari dan dikuasi oleh setiap orang iman itu adalah dua, iaitu al-Quran dan as-Sunnah', manakala lain-lain ilmu, termasuklah ilmu dunia itu berguna, tetapi tidak wajib, kerana ilmu dunia tidak boleh membimbing orang iman mendapatkan kerahmatan Allah (a.w) serta keridaan Allah (a.w), dan dengan keridaan dan kerahmatan itu, mereka boleh mendapat kejayaan Akhirat iaitu syurga. malangnya, hari ini, malah semenjak Islam menjadi ugama ikutan orang Melayu, tidak pernah ditekankan atau diutamakan pengajian atau pengajaran ilmu as-Sunnah. maka dengan itu adalah menjadi kelaziman orang melayu mengamalkan Islam secara ikut-ikutan bersandarkan apa yg diwariskan oleh nenek moyang mereka turun temurun tentang Islam! Mereka pula mengikut pandangan dan ajaran mahaguru yg juga tidak faqih tentang as-Sunnah. Akibatnya, ramailah di antara kita yg tergolong dalam golongan yg Islam tetapi jahil tentang Islam atau Islam tetapi tidak mengamalkan tuntutan Islam dalam banyak perkara, terutama dalam ibadah khusus spt solat, puasa dan sebagainya.
Insya Allah, kita akan sambung lagi perbincangan kita mengenai tajuk ini dala post yg akan datang.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment