Assalamualaikum,
Saudara kelanjuran meneliti risalah Yayasan Ta'lim, yg satu salinan disampaikan kpd penulis dua hari lalu (Risalah Ta'lim bertarikh 16 April 2010), penulis inguiin komen sedikit tentang isi kandungannya (menyambung yg telah dikomen kelmarin). Syabas kerana membuat sesuatu yg baik untuk menyampaikan maklumat kpd umat Islam tentang Islam.
Secara amnya penulis bersetuju dengan 16 perkara yg disebutkan oleh penulis Risalah tersebut tentang 'perkara-perkara yg merosakkan amal' (katanya). Kalau kita perhatikan perkara-perkara tersebut bukanlah merosakkan amal tetapi jika berlaku menjadikan kita kafir atau terkeluar dari Islam sebenarnya. Cuba kita teliti.
Perkara 1 - kufur dan syirik menjadikan seseorang itu terkeluar Islam secara otomatis. Orang iman tidak kufur (i.e. istilah yg bermaksud ingkar akan Allah (a.w) dan RasulNya). Di dalam al-Quran disebutkan Allah (a.w) tidak menerima apa jua bentuk amalan dan ibadah orang yg syirik dan kafir, tetapi, orang kafir yg masuk Islam, segala amalan kebaikan yg dilakukannya sebelum Islam diterima dan diberi pahala apabila dia Islam dan segala dosanya semasa kafir dihapuskan. Maka dengan itu orang kafir yg masuk Islam mendapat dua keuntungan.
Perkara ke-2 - riak. Orang yg riak itu tidak masuk syurga kerana sesiapa yg ada sifat kesombongan, ujub diri dan bangga diri, tidak masuk syurga yakni, setaraf dengan orang kafir);
Perkara ke-3 -Mengungkit kebaikan orang membatalkan pahala amalan, i.e. rosak amalan tersebut.
Perkara ke-4 - tidak meyakini takdir atau qada' dan qadar adalah membatalkan keimanan seseorang.
Perkara ke-5 - Meninggalkan satu solat fardu, tak kira Asarke atau Isya' ke, jatuh kafir. Bukan semata-mata meninggalkan Solat Asar.
Perkara ke-6 -bersumpah bohong atas nama Allah (a.w) melakukan dosa besar seumpama mendustakan Allah (a.w).
Perkara ke-7 - menentang Rasul terkeluar dari Islam kerana orang Islam dan iman itu akur dan wajib mentaati Rasulallah (s.a.w) dan wajib akur dengan ketetapan al-Quran, bahawa sesiapa yg mentaati Rasulallah (s.a.w) bererti dia mentaati Allah (a.w) (Ayat 80 Surah an-Nisa') dan menetapi perintah dalam Ayat 13, Surah an-Nisa'.
Perkara ke-8 -sesiapa yg membuat serta mengamal dan menyebarkan 'perkara baru (bak kata risalah itu), i.e. bid'ah terkeluar dari Islam (hadith ibnu Majah), bukan setakad merosakkan amalan!
Perkara ke-9 - melanggar larangan Allah (a.w) melebur kebaikan? tiada komen.
Perkara ke-10 - merasa senang dgn pembunuhan orang mukmin masuk neraka? tiada komen.
Perkara ke-11 - meyakini dukun dan ahli nujum dan pawang menjadi syirik, i.e. terkeluar dari Islam menjadi musyrik dan kafir.
Perkara ke-12 - Derhaka kpd kedua orang tua, bererti derhaka kpd Allah (a.w) kerana Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa keridaan Allah (a.w) itu terletak atas keridaan kedua ibubapa terhadap anak-anaknya. Tak rida mereka tak rida Allah (a.w).
Perkara ke-13 - minum (dan juga makan) apa-apa yg memabukkan, masuk neraka kecualilah bertaubat dan taubatnya diterima Allah (a.w), bukan setakat merosakkan amalan.
Perkara ke-14 -berdusta,beramal dgnnya tidak diterima Allah (a.w) puasanya? tiada komen.
Perkara ke-15 - tiada komen (Nota: membela anjing menghapuskan satu qirat pahala setiap hari, menjadikan seseorang itu muflis, kecuali untuk memburu atau menjaga ternakan. Tambahan pula, malaikat rahmat tidak masuk rumah orang yg membela anjing di pekarangan rumahnya).
Perkara ke-16 - tiada komen (Nota: Wanita mendapat syurga hanya dengan rida suaminya.]
Demikianlah apa yg dirumuskan oleh penulis Risalah dan apa sebenarnya ketetapan Islam mengikut al-Quran dan as-Sunnah. Saudara y ingin tahu lebih jelas dan terperinci ketetapan al-Quran dan as-Sunnah tentang beberapa perkara, bolehlah terus ikuti posts dalam blog ini. Insya Allah saudara yg lebih faham tentang Islam dan syariatnya. Umat Islam tersesat apakala mereka berpandukan panduan cakap-cakap ulama' dan ilmuwan yg memberi ketetapan dalam kejahilan tentang al-Quran dan as-Sunnah. Mereka mungkin disebut ulama' atau ilmuwan, tetapi mereka tidak faham al-Quran dan as-Sunnah, lebih-lebih lagi as-Sunnah, yg memberi kita ilmu tentang bagaimana melaksanakan ketetapan dan perintah Allah (a.w) dari segi praktiknya.[Nota: Ulama' yg membaca hadith yg melarang membuat dan beramal dgn bid'ah setiap kali dia memulakan kuliah Subuh atau Maghribnya, tetapi kekal mengamalkan yg bid'ah adalah orang yg tidak faham hadith itu atau tidak faham as-Sunnah! Hadith seumpama: 'Seburuk-buruk perbuatan adalah membuat pembaharuan kpd perkara ugama, setiap pembaharuan adalah bid'ah, dan setiap bid'ah adalah kesesatan, dan setiap kesesatan tempatnya dalam neraka']
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment