Monday, April 5, 2010

Puasa Sunat (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post bulan lepas kita telah mulakan perbincangan kita tentang ibadah puasa sunat dalam Islam. Setiap ibadah wajib itu ada ibadah sunat baginya. Ibadah wajib adalah syariat yg diwajibkan - hendaklah dikerjakan tidak boleh tidak terutama solat. Ibadah dan amalan sunat itu adalah ibadah atau amalan tambahan yg membuktikan apakah kita benar-benar ikhlas kepada Allah (a.w) dan kita betul-betul ingin mendapat kerahmatan serta keridaan Allah (a.w). Kerana, hanya dengan keridaan dan kerahmatan Allah (a.w) kita dapat syurga, bukan amalan kita.
Antara puasa sunat dalam ibadah puasa itu telahpun kita rumuskan seperti berikut:
1. Puasa setiap Isnin dan Khamis
2. Puasa tiga hari setiap bulan dalam bulan Islam (i.e. Hijriah);'
3. Puasa Arafah (iaitu pada 9 Zulhijjah);
4. Puasa Hari Asyura (iaitu 9 dan/10 Muharram);
5. Puasa Enam hari bulan Shawal; dan
6. Puasa Nabi Daud (a.s).
Dari senarai di atas itu jelas bahawa tiada sandaran nas al-Quran mahupun as-Sunnah, wujudnya puasa tiga bulan berturut-turut yg diamalkan oleh sesetengah wargamas Melayu, iaitu puasa sebulan penuh bulan Rejab dan Sya'ban, kemudian disambung dengan puasa fardu Ramadhan, menjadikan jumlahnya 3 bulan.

Puasa Sunat Isnin dan Khamis

Kita lihat hadith di bawah ini tentang puasa dua hari setiap minggu, iaitu Isnin dan Khamis setiap bulan.
Diriwayatkan hadith daripada Rabi’ah al-Jurasyi daripada Aisyah (r.a) berkata: ‘Adalah Nabi (s.a.w) bersungguh-sungguh (yakni, mempersungguh) dia puasa hari Isnin dan Khamis.’ [Hadith hasan gharib at-Termidzi]

Diriwayatkan hadith daripada Suhaili bin Abi Salleh, hadith daripada bapanya, hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Didatangkan beberapa amalan pada hari Isnin dan Khamis maka senang (yakni, suka) aku apabila dibentangkan amalan aku dan aku sedang berpuasa.’ [Hadith at-Termidzi, Kitab Saum]

Hadith pertama menjelaskan bahawa Rasulallah (s.a.w) berpuasa sunat dua hari itu, iaitu Isnin dan Khamis. [Nota: Sewajarnyalah, kerana Rasulallah (s.a.w) menunjukkan serta mendemokan islam dan syariatnya kepada kita - sebagai 'uswatun hasanah']. Oleh kerana setiap amalan baik diberi ganjaran pahala 10 gandaan, maka kita mendapat 10 pahala sehari x dua hari x 4 minggu sebulan, maka kita dapat 10 x 2 x 4 x 11 (bulan) = 800 ganjaran pahala setahun.

Hadith kedua menjelaskan bahawa apakala dibentang amalannya di depan Allah (a.w) kelak, dia amt gembira melihat amalan puasa Isnin dan Khamisnya dibentangkan. Makasudnya, amalan berpuasa dua hari itu amat disukai oleh Rasulallah (s.a.w) umatnya kerjakan.

Semoga kita diberikan kekuatan serta iltizam untuk berpuasa isni dan Khamis ini sebagai bukti kesyukuran kita terhadap Allah (a.w) yg memberi kita peluang hidup dan menikmati diniaNya. Amin


Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment