Assalamualaikum,
saudara, dua hari dulu saya berkesempatan hadir dalam majlis pengkebumiaan seorang saudara Islam yg meninggal secara mengejut (katanya, heart attack, selepas sarapan pagi). Katanya usianya 70+ tahun. Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa umur umatnya hanyalah antara 60 hingga 70 tahun sahaja. Bila sampai ajal seseorang itu, matilah dia. Allah (a.w) berfirman dalam al-Quran, apabila sampai ajal seseorang itu, tidak akan dilambatkan atau didahulukan walaupun sesaat.
Setiap kita diambang maut setiap hari (i.e. setiap malam). Ketika malam roh kita akan diambil oleh malaikat dan dipegangnya. Jika ajal kita sampai, maka roh kita tidak akan dikembalikan kpd kita. Maka, tidak terjaga dari tidur keesokan harinya, maka matilah kita. Jika belum sampai ajal kita, maka roh kita akan dikembalikan ke dalam jasad kita, maka bangunlah kita keesokan harinya. Ajal kita belum sampai.
Yg utama kita wajar ingat adalah mati kita tanpa kita ketahui - bila, di mana dan bagaimana. Yg pasti adalah ramai antara kita yg mati ketika malam hari. Maka dengan itulah sebaik mungkin kita usahakan memohon keampunan Allah (a.w) sebelum tidur, dan membaca doa memohon keampuanan Allah (a.w) jikalah, sampai ajal kita malam itu.
Kita juga tahu bahawa bersama-sama kita setiap ketika dua malaikat – Malaikat Ratid dan Atid – yang membuat catatan segala perbuatan dan perlakuan kita semasa hidup. Tetapi, mungkin tidak ramai yang tahu bahawa setiap kita ada seorang lagi malaikat yang menjaga roh kita. Ini disebutkan dalam al-Quran bahawa Allah (a.w) yang menjaga kita – menghidup, mematikan kita – dan kemudian membangkitkan semua kita di akhirat untuk menerima Kitab atau Buku Catatan Amalan dan menerima balasan Allah (a.w).
Firman Allah (a.w): [Maksud: Dan Dialah (Allah (a.w)) yang mematikan kamu (yakni, menidurkan kita) di malam hari, dan mengetahui apa yang kamu lakukan siang hari. Kemudian Dia (Allah (a.w)) pula akan membangkitkan (membangunkan) kamu di siang hari itu, untuk menyempurnakan ajal (yakni, tempoh umur yang ditetapkan terhadap seseorang) yang telah ditentukan, kemudian kepadaNya kamu dikembalikan lalu memberitahukan kepada kamu semua yang telah kamu kerjakan.] [Ayat 60, Surah al-An’am] .
Firman Allah (a.w) menyebutkan bahawa Dialah yang memberikan kita nikmat tidur untuk berehat dan kemudian Dialah yang menetukan apakah kita bangun esoknya atau dimatikan, dan Dia mengetahui segala sesuatu. Tafsir ayat di atas itu diberikan oleh Rasulallah (s.a.w) di dalam hadith berikut, mengikut kata ibnu Abbas (r.a).
Diriwayatkan daripada ibnu Abbas (r.a) berkata Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Pada tiap-tiap orang ada malaikat, jika ia tidur maka malaikat itulah yang memegang rohnya, dan mengembalikannya jika bangun (yakni, jika belum sampai ajalnya), maka jika diizinkan oleh Allah (a.w) untuk mencabutnya langsung dicabutnya, jika tidak maka dikembalikannya (roh orang itu) padanya] [Hadith ibnu Mardawaih]
Saban hari kita tertakluk kepada takdir kita – kita tidur kemudian bangun kemudian, mungkin dapat tidur pula, begitulah sehingga sampai ajal kita. Nyawa kita dipegang oleh malaikat yang ditugaskan menjaga kita. Inilah yang diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) dalam sabdanya di ats. Kemudian, di dalam hadith berikut pula Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita apa yang terjadi ketika mati, dan menjalani kehidupan di alam barzah dan kemudian di alam akhirat pula. Dua kes disebutkan iaitu orang yang soleh dan orang yang kafir, kufur dan jahat (yakni, durhaka) semasa hidupnya.
Sebenarnya, kematian kita bukan semasa kita tidur saja. Apabila sampai ajal kita, maka kita akan mati. Berbagai-bagailah penyebab atau situasi kematian itu - ada yg berlanggar kereta atau dilanggar kereta atau melanggar kereta, ada yg mati lemas kerana mandi di laut bergelora atau tidak bergelorapun, namun lemas. Berbagai-bagai circumstances kematian itu. Suatu ketika dulu seorang rakan yg tinggal berseorangan di rumahnya, jauh dari isterinya, mati ketika duduk di kerusi seumpama seorang yg menonton TV di rumahnya. Kematian yg tidak diketahui keluarga atau rakan taulan. Ada yg mendapat stroke, kemudian menjadi seorang lumpuh sama ada seluruh badan atau sebahagian badan - tidak boleh bergerak, seolah-olah mati seluruh badannya, menjadi helpless dan bergantung pula pada orang lain untuk segala sesuatu.
Dalam kes yg melibatkan kelumpuhan kerana stroke itu, maka keluarga dan sanak saudara menghadapi suatu cubaan (i.e. istilah fitnah dalam Islam). Ibu bapa yg lumpuh akan ditinggalkan oleh anak dan isteri, atau dihantar ke rumah orang-orang tua untuk dijaga, atau dijaga oleh orang gaji dan seumpamanya. Dalam keadaan sedemikian fitnah atau cubaan yg menimpa anak lelaki orang yg lumpuh itu amat besar dan berat! Tapi, Islam menjanjikan pula, jikalah seorang anak lelaki itu begitu sabar menjaga dan menguruskan ibu atau bapanya yg uzur sedemikian, maka ganjaran pahala baginya amat besar yg membolehkan dia mendapat syurga. Jika sebalaiknya, dia akan dilaknat pula, kerana tidak mengasihi ibu/bapanya, malah tidak mendapat keridaan salah seornag keduanya kerana tindak tanduk mereka terhadp ibu/bapanya. Jika salah seorang ibu/bapanya tidak rida, maka gagallah dia mendapat syurga, walaupun mungkin begitu hebat amalan dan ibadahnya!
Jazakallahu khairh
No comments:
Post a Comment