Assalamualaikum
Tahukah saudara bahawa ugama Allah (a.w) itu adalah satu sahaja iaitu apa-apa yg diperintahkan Allah (a.w) agar manusia itu tunduk patuh mengabdikan diri mereka kepadaNya? Ugama Allah (a.w) itu bermula apabila Adam (a.s) dicipta Allah (a.w). Kemudian ugama itu diperincikan lagi. Dan, diutus Allah (a.w) para rasul dan para nabi untuk membimbing manusia supaya ikuti ugama Allah (a.w). Nabi Noh (a.s), Nabi Ibrahim (a.s), Nabi Musa (a.s), Nabi Isa (a.s) sehinggalah akhirnya di utuskan Nabi Muhammad (s.a.w). Dengan terutusnya Rasulallah (s.a.w) dan al-Quran, maka ugama Allah (a.w) disempurnakan, iaitu Islam (maksud literalnya adalah menyerah diri kepada kekuasaan Allah (a.w) dalam mengabdikan diri kepada Allah (a.w)).
Allah (a.w) menetapkan bahawa hari kebesaran mingguan mereka yg mengikuti ugama Allah (a.w) adalah hari Jum'at. Tetapi, kaum Bani Israil minta hari Sabtu dijadikan hari mingguan kebesaran mereka. Walaupun, Allah (a.w) menetapkan hari Jum'at, tetapi mereka menolak dan pilih Sabtu. Begitu juga dengan orang Nesrani, inginkan Ahad sebagai hari kebesaran mingguan mereka. Hanya umat Islam yg menerima hari Jum'at sebagai hari kebesaran mingguan sebagaimana yg ditetapkan oleh Allah (a.w). Di dalam as-Sunnah disebutkan bahawa ugama Allah (a.w) itu seumpama sebuah binaan atau bangunan, Rasulallah (s.a.w) diutuskan untuk membubuh bata terakhirnya, untuk menyempurnakan binaan atau bangunan tersebut. Sebelum Rasulallah (s.a.w) masyarakat manusia dibimbing oleh beberapa nabi yg diutus untuk sesuatu bangsa atau kaum atau kelompok manusia. Rasulallah (s.a.w) diutus untuk manusia sejagat dan untuk semua zaman. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) adalah rasul dan nabi terakhir. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) diutus Allah (a.w) untuk semua manusia tanpa mengiran bangsa atau keturunan apa atau bahasa apa mereka tuturkan. Oleh kerana Rasulallah (s.a.w) berbangsa Arab maka Islam itu disampaikan melalui bahasa Arab, tapi tidak ditetapkan hanya untuk masyarakat Arab sahaja.
Menyebut tentang hari kebesaran minggun Islam, hari Jum'at, itu, ada banyak peristiwa penting berlaku dan akan berlaku pada hari Jum'at. Cuba kita lihat hadith berikut:
Hadith berikut pula menyebutkan tentang kefadhalan hari Jum’at itu, bahawa hari Qiamat itu akan berlaku pada hari Jum’at. Rasulallah (s.a.w) juga menyebutkan bahawa di akhirat kelak, umat yang mula-mula dihisab adalah umat Muhammad (s.a.w). Umat Islam yang lain, yakni umat-umat para rasul dan nabi yang terdahulu menunggu sehinggalah umat Muhammad (s.a.w) selesai di hisab:
Diriwayatkan hadith dari Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Telah ditetapkan Allah (a.w) tentang hari Jum’at pada barangsiapa sebelum kamu (sebagai hari kebesaran umat-umat yang menganuti ugama Allah (a.w)). Bagi Yahudi hari Sabtu, dan hari Ahad bagi Nesrani (i.e. orang-orang Yahudi minta hari Sabtu manakala orang Nesrani minta hari Ahad, maka diperkenankan oleh Allah (a.w), tetapi Allah (a.w) telah pilih hari Jum’at). Bagi kamu (i.e. umat Muhammad (s.a.w) menerima Jum’at sebagai hari kebesaran mingguan) megikuti kepada Hari Qiamat (yakni, hari Jum’at itu hari kebesaran Islam dan pada hari Jum’atlah Qiamat berlaku). Diakhirkan pada dalam dunia (yakni, hari terakhir dunia, yakni hari Qiamat itu adalah hari Jum’at), dan didahulukan bagi kamu sebelum makhlok (yakni, umat Islam di dahulukan hisaban mereka).’ [Hadith Ibnu Majah].
Di dalam hadith di atas, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita umat Islam bahawa sememangnya Allah (a.w) telah putuskan bahawa hari kebesaran manusia yang mengikuti syariat ugama Allah (a.w) semenjak Nabi Adam (a.s) adalah hari Jumat. Tetapi, kaum Bani Israil meminta hari Sabtu pada zaman Nabi Musa (a.s), manakala kaum Nabi Isa (a.s), orang Nesrani, pula meminta Hari Ahad, maka Allah (a.w) izinkan mereka. Tetapi, apabila Rasulallah (s.a.w) diangkat menjadi Rasul untuk mendakwahkan syariat ugama Allah (a.w) yang sempurna, Allah (a.w) tetapkan hari kebesaran Islam pada hari Jum’at, iaitu ketetapan Allah (a.w) yang asalnya.
Selain itu, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita dua perkara lagi, iaitu: pertama, bahawa Hari Qiamat, yakni dunia akan Qiamat, pada hari Jum’at, yakni hari akhir dunia adalah hari Jum’at; dan kedua, bahawa umat Muhammad (s.a.w), yakni orang Islam, akan didahului dihisab di akhirat kelak. Umat nabi-nabi dan rasul-rasul lain akan menunggu, setelah sudah umat Muhammad (s.a.w) dihisab barulah dihisab mereka[1].
Hadith tersebut menyebutkan betapa penting dan utamanya hari Jum’at itu. Di dalam hadith-hadith berikut kita diberitahu pula bahawa ada peristiwa penting yang lain berlaku pada hari Jum’at. Dan, Allah (a.w) muliakan hari Jum’at. Malangnya, kita yang Islam rendahkan mertabat hari Jum’at.
Jazakallahu khairah
[1] Manusia dari zaman Adam (a.s) akan berkumpul di
No comments:
Post a Comment