Assalamualaikum,
Saudara, kali ini kita teliti satu hakikat dalam al-Quran bahawa ada ketetapan Allah (a.w) yg dimansuhkan oleh Allah (a.w) dan diganti dengan ketetapan lain yg menjadi ketetapan kekal sehingga kiamat dunia. iaitu ketetapan mengenai ugama yg diridai atau diterima Allah (a.w). manusia yakin dengan ugama mereka kerana itulah yg diajarkan oleh para alim ulama;' masyarakat mereka berzaman. Antara yg vokal adalah orang Yahudi yg meyakini bahawa mereka berpegang dengan ugama yg mereka katakan adalah ugama yg dibawakan oleh Musa (a.s) dengan panduan Kitab Taurat (atau Torah). begitu juga orang Kristian atau Nesrani yg berkeyakinan bahawa ugama mereka adalah ugama yg dibawakan oleh Isa (a.s) dengan panduan Kitab Injil.
Pada zaman awal Islam ketika mula-mula Islam bertapak di bumi Arab dan dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w), masyarakat zaman itu diberitahu beberapa perkara, antaranya apa yg tertulis dalam ayat berikut:
Firman Allah (a.w): 'Sesungguhnya orang yg beriman dan orang-orang yg berugamaYahudi dan orang-orang yg berugama Nesrani dan orang-orang yg beruagama Sabi'i (i.e. pecahan kepada pengikut ugama Yahudi dan Nesrani) ada mereka beriman dengan Allah (a.w) dan beriman dengan hari kiamat dan mengerjakan amal soleh (i.e. berbuat baik), maka bagi mereka pahala di sisi Tuhan mereka (i.e. Allah (a.w)), mereka tidak akan khuatir dan mereka tidak juga akan susah (di akhirat kelak). [Ayat 26, Surah al-Baqarah].
Ayat ini memberitahu bahawa sesiapa yg beriman dengan Allah (a.w), beriman dengan hari Akhirat dan mereka membuat amal soleh (berbuat baik), mereka tidak perlu risau dan gentar kerana Allah (a.w) memberi pahala kpd kebaikan yg mereka lakukan (dan kerana itu masuk syurga). Ketetapan dalam ayat ini telah dibatalkan oleh Allah (a.w). Kerana, ayat ini merujuk kpd masyarakat Yahudi dan Nesrani zaman sebelum Rasulallah (s.a.w) diutus menjadi Rasul dan sebelum Islam dinobatkan Allah (a.w) sebagai ugama bagi seluruh manusia di dunia. Justeru itu, mereka yg beriman dengan Allah (a.w) dan percaya dengan hari akhirat serta mereka mengerjakan amalan yg baik, mereka diberi pahala. Dan, kerana itu juga boleh masuk syurga. Tapi, apakala datang Islam, ketetapan itu dimansuhkan atau dibatalkan. Ayat atau ketetapan ini dimansokhkan apakala turun ayat atau firman Allah (a.w)pada Ayat 19, Surah ali-Imran yg berbunyi:
Firman Allah (a.w): 'Sesungguhnya ugama di sisi Allah (a.w) (i.e. ugama yg diridai atau diterima oleh Allah (a.w) ) itu adalah ugama Islam ...' [Ayat 19, Surah ali-Imran]
Dalam istilah ilmu al-Quran Ayat 26, Surah al-Baqarah itu adalah ayat mansukh dan ayat nansihnya atau ayat penggantinya adalah Ayat 19, Surah ali-Imran ini. Maksudnya, sesiapa yg menganuti ugama lain, yakni ugama yg bukan Islam sebagaimana yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, maka itu bukanlah ugama yg diterima Allah (a.w). Maksudnya, segala amal dan ibadah yg dikerjakan oleh mereka tidak ada gunanya kerana tidak diberi pahala atau tidak diterima Allah (a.w). Malah kalau Islampun, jika beramal dan mengerjakan ibadah yg tidak sejajar dengan atau tidak menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, walaupun Islam tidak diterima Allah (a.w) segala amalannya! Amalan dan ibadah orang Islam yg secocok dengan ketetapan as-Sunnah sahaja yg diterima. Dgn lain perkataan, amalan dan ibadah yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) sahaja yg diterima, selainnya batal.
Suatu ketika dulu kerana kejahilan, ada pihak dan pertubuhan (i.e. pemimpin pertubuhan), yg utama adalah Sisters in Islam, yg menghebahkan kpd manusia dan berdepan dengan orang Islam bahawa Allah (a.w) tidak memaksa manusia menganuti ugama selain Islam. Mereka tanpa mengaji dan berguru serta mendalami ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan hanya berpandukan pentakrifan kepandaian mereka sendiri membaca kitab dan buku karangan manusia, mentafsirkan Ayat 19, Surah ali-Imran, yg berbunyi:
Firman Allah (a.w): 'Tidak ada paksaan dalam berugama ...' [Ayat 256, Surah al-Baqarah]
Bagi mereka yg cetek ilmu serta tidak belajar al-Quran secara berguru, mereka menyatakan bahawa tiada paksaan dalam berugama. Maksudnya, manusia itu boleh memilih ugama mana yg mereka ingin anuti, selain Islam. Mereka boleh ikut ugama Yahudi atau ugama Nesrani (i.e. Kristian) atau apa saja ugama. Ayat ini juga mansukh dan ayat pengganti ketetapannya adalah Ayat 19, Surah ali-Imran tersebut juga. Juga, kita diberitahu Allah (a.w) bahawa manusia diperintahkan supaya mentaati Allah (a.w) dan mentaati Rasulallah (s.a.w), dalam banyak ayat termasuk ayat berikut:
Firman Allah (a.w): 'Dan hendaklah kamu sekelian taatkan Allah (a.w) dan (hendaklah kamu sekelian) taatkan Rasulallah (s.a.w) mudah-mudahan kamu mendapat kerahmatan Allah (a.w) (i.e. mendapat syurga).' [Ayat 132, Surah ali-Imran]
Jelasnya, bagaimana mungkin kita mendapat kerahmatan Allah (a.w) kalau kita anuti ugama lain yg tidak diiktiraf oleh Allah (a.w). Ugama selain Islam itu menjadikan kita tidak taatkan Allah (a.w) dan kita tidak juga taatkan Rasulallah (s.a.w). Malah kita, kalau berugama Kristian, kita akui bahawa Tuhan itu ada tiga (Jesus, the Mother and the Holy Ghost)?? [Nota: Dalam blog ini dan dalam semua post dalam blog ini setiap kali kita merujuk kpd ugama Kristian yg menyatakan Jesus atau Yesus (di Indonesia), kita tidak rujuk sebagai Isa (a.s), kerana Isa (a.s) bukanlah Jesus atau yesus, kerana Isa (a.s) adalah manusia yg dilahirkan oleh ibunya Mariyam (a.s) tanpa bapa apabila malaikat Jibrail (a.s) atas perintah Allah (a.w) meniupkan roh ke jasad Mariyam. Justeru itu, Jesus bukan Isa (a.s). Jesus atau Yesus adalah manusia rekaan paderi Kristian yg telah mengubah Kitab Injil yg diturunkan Allah (a.w) kpd isa (a.s), yg telah diubahpinda oleh mereka dan diberi nama The Bible (atau 'al-Kitab' di kalangan masyarakat Kristian di Indonesia). Kalau kita merujuk kpd Kitab Taurat dan Kitab Injil sudah pasti penganut ugama Yahudi dan Nesrani akan menerima Muhammad (s.a.w) sebagai Rasul Penamat, kerana telah dimaktubkan dalam kedua-dua kitab tersebut kemunculan Rasulallah (s.a.w) sebagai Rasul Terakhir yg kan membawakan syariat penamat ugama Allah (a.w), Islam.
Dan, demikian juga dengan lain-lain ugama. Penganut ugama lain juga tidak mengakui keEsaan Allah (a.w). Mereka meyakini zat tuhan selain Allah (a.w) Esa. Ugama Hindu dan ugama Confucisima dan Taoisma, menyembah banyak tuhan. malah nenek moyang mereka juga disembah. Maka dengan itulah, penganut ugama selain Islam tidak berhak gunakan nama 'Allah' atau menggunakan kalimah 'Allah' sebagai tuhan mereka!
Firman Allah (a.w): 'Nescaya sungguh-sunguh kafir orang-orang yg berkata: 'Sesungguhnya Allah (a.w) itu bertiga tiga serangkai, tidak sekali-kali tuhan itu kecuali Tuhan yg satu (i.e. Esa) ...' [Ayat 73, Surah al-Maidah]
Sesiapa yg mempelajari ilmu al-Quran tahu bahawa ketika masyarakat jahiliah, termasuk masyarakat Yahudi dan Kristian mengagungkan hakikat bahawa ada anak tuhan itu, Isa (a.s) ditanya Allah (a.w) tentang 'pengakuan sedemikian. Allah (a.m) dengan jelas memberi manusia tahu bahawa sesiapa yg mengakui tuhan itu tiga serangkai adalah kafir. jadi, manakan sama kedudukan ugama Nesrani dengan ugama Islam! Orang Islam yg bersetuju menyamatarafkan Islam dengan ugama Kristian, seumpama mereka yg membenarkan kalimah 'Allah' digunapakai oleh orang Kristian sebagai nama tuhan mereka dalah membuat pendirian yg membolehkan mereka terkeluar dari Islam, wal iya zubillah.
Dan, Allah (a.w) menetapkan bahawa sesiapa yg mentaati Allah (a.w) dan mentaati Rasulallah (s.a.w) sahaja yg dapat masuk syurga. Jelas dalam Ayat 13, Surah an-Nisa':
Firman Allah (a.w): 'Barangsiapa yg taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) dimasukkan ke dalam syurga ...' [Ayat 13, Surah an-Nisa'].
Justeru itu juga, mana mungkin dapat disamakan Islam dengan ugama lain. Kerana penganut ugama lain tidak sekali-kali akan masuk syurga, dan mereka, mengikut Ayat 14, Surah an-Nisa' pula, pasti masuk neraka.
Firman Allah (a.w): 'Barangsiapa yg mengkehendaki ugama selain Islam sebagai ugama mereka, maka sekali-kali tidak diterima dari mereka (segala pengabdian mereka - i.e. amal dan ibadah mereka) dan mereka di akhirat kelak adalah tergolong orang-orang yg sangat rugi (i.e. masuk neraka). '[ Ayat 85, Surah ali-Imran]
Orang-orang yg menyamakan Islam dengan ugama lain bukanlah Islam sebenarnya. Nyata mereka menentang ketetapan Allah (a.w). Sesiapa yg menentang Allah (a.w) pastilah kafir i.e. tidak Islam!
Yg utama diberitahu oleh para ulama' dan ilmuwan Islam kpd orang-orang yg berugama lain adalah supaya menjelaskan kpd orang bukan Islam apakah Islam dan syariatnya, supaya mereka faham. Supaya orang yg bukan Islam atau menganuti lain-lain ugama meneliti dan memahami al-Quran dan as-Sunnah. Dengan itu mereka tahu mengapa umat Islam tidak bersetuju orang kristian menggunakan kalimah 'Allah' sebagai nama tuhan mereka. Kemudian, mereka tahu apakah yg menanti mereka setelah mereka mati. Untuk keselamatan mereka, jika mereka faham konsep ketuhanan, mereka mungkin masuk Islam, itulah yg terbaik bagi mereka. Apabila mereka masuk Islam segala dosa-dosa yg mereka kerjakan dahulu, sebelum Islam, dihapuskan dan segala kebaikan yg dilakukan dahulu sebelum Islam, dikira baik dan diberi pahala kerana mereka kini Islam. Itulah keputusan yg bijak bagi mereka.
Kerana, jika tidak Islam segala kebaikan yg dilakukan olehnya walau sebanyak mana sekalipun tidak berguna di sisi Allah (a.w), i.e. tidak dapat pahala, yakni sia-sia dan apabila mati disiksa di kubur dan bila kiamat dicampakkan ke dalam neraka. Ramai orang bukan Islam yg kaya raya mendermakan begitu banyak wang ringgit dan harta untuk kebajikan manusia, namun sia-sia sahaja dalam konteks kebajikan kehidupan akhirat mereka! Malah, jika mereka memiliki harta sebesar atau senilai isi dunia dan digandakan lagi untuk menebus diri mereka dari disiksa di neraka tidak akan diterima Allah (a.w). Kalaulah mereka Islam, walaupun di saat akhir hayat mereka, segala dosa mereka akan dipadamkan dari Kitab Catatan Amalan mereka dan segala kebaikan semasa belum Islam kekal dijadikan kebaikan selepas Islam mereka. Mereka boleh mendapat syurga yg tertinggi dan boleh bersama dengan para nabi, syuhada, solehin dan seumpamanya!
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment