Sunday, April 4, 2010

Jihad dalam Islam, apa dia? (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun teliti beberapa ketetapan Allah (a.w) mengenai 'Jihad fi sabilillah' dalam al-Quran. Sebagaimana lain-lain ketetapan dalam syariat Islam itu, kita wajib berpandukan hanya kepada ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. As-Sunnah memperjelaskan lagi sesuatu ketetapan syariat. Malah as-Sunnah mendemokan atau mencontohkan secara praknya sesuatu ketetapan itu secara yg lebih lengkap. Demikian jugalah dalam perkara 'Jihad'.
Menceritakan hadith kepadaku (kata an-Nasa'i) ... hadith dari Abi Said al-Khudri (r.a) berkata datang (pada suatu hari) seorang lelaki kepada Rasulallah (s.a.w), maka bertanya dia: 'Wahai Rasulallah (s.a.w)! Siapakah manusia yg paling afdal (i.e. lebih banyak pahalanya)?' Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Barangsiapa yg berjihad dengan dirinya (i.e. jiwaraganya) dan hartanya fi sabilillah (i.e. pada jalan Allah (a.w).' Berkata (lagi lelaki itu): 'Kemudia siapa?' Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Kemudian seorang iman di dalam satu cabang dari beberapa cabang dari ketaqwaan (i.e. takutkan Allah (a.w)) meninggalkan manusia (i.e. rakan taulannya) dari melakukan sesuatu keburukan (i.e. dosa).' [Hadith an-Nasa'i]
Hadith di atas ini menyebutkan bahawa orang iman yg banyak kefadhalan atau pahala dalam kehidupannya adalah pertama, seorang yg berjihad fi sabilillah (i.e. seorang yg membela ugama Allah (a.w), yakni Islam dan membela umat Islam). Itulah golongan manusia Islam terbaik.
Ada banyak dimensi berjihad itu. Insya Allah kita akan lihat beberapa dimensi kemudian nanti. Antaranya, dia membelajakan sebahagian dari harta kekayaan untuk membela ugama Allah dengan mendirikan rumah-rumah ibadah dan rumah pengajian supaya dapat dilengkapman orang Islam dengan ilmu yg membolehkan mereka beramal serta beribadah secara terpandu bersandarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Jika dia berilmu, dia akan berusaha sedaya upayanya untuk berdakwah mengajarkan orang yg kurang ilmu mengenai Islam dan syariatnya secara percuma, tanpa meminta bayaran. Atau, dia menggajikan orang berilmu untuk mengajarkan orang Islam lain. Atau, dia menubuhkan yayasan atau badan yg bertujuan semata-mata untuk mengajarkan ilmu kepada orang Islam. Kerana, dia tahu ilmu itu wajib dikuasai oleh setiap orang Islam. hanya dengan ilmu seseorang Islam itu terpandu dalam hidupnya sebagai seorang Islam yg beriman dan bertaqwa.
Kemudian, kedua, seseorang yg sentiasa bertaqwa, yakni takut kepada Allah (a.w), dan dia takut melakulan sesuatu perkara dalam ketaqwaan itu dari beberapa dimensi ketaqwaan, maka apabila dia menemui sesutu keburukan atau kejelikan perbuatan seseorang rakan taulan, yg melibatkan ketaqwaan, yakni sesuatu yg dimurkai Allah (a.w), maka dia menjauhkan dirinya dari terlibat atau melibatkan dirinya.
Saudara, kita banyak rakan taulan yg berbagai laku dan perangai. Seseorang yg bertaqwa dalam suatu dimensi ketaqwaan itu, sentiasalah dia tidak melibatkan diri dengan rakan taulan yg melakukan sesuatu keburukan yg bertentangan dengan ketetapan ketaqwaan itu. Seorang iman itu apabila berdepan dengan suatu maksiat, dia akan mencuba menghapuskan kemaksiatan tersebut dengan tangannya (i.e. kekerasan), jika dia tidak mampu atau berkuasa, maka dia akan cuba menghapuskannya dengan lisan i.e. memberi nasihat kepada mereka yg terlibat), dan jika itupun dia tidak mampu, dia merasa benci dengan perkara tersebut dalam hatinya. Itulah sekecil-kecil iman, mengikut ketetapan as-Sunnah. Dalam kes hadith ini, seorang yg berpegang kepada suatu aspek ketaqwaan seperti dia tidak mahu melakukan sebarang amalan atau ibadah yg dia tahu dengan pasti adalah bertentangan dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, seumpama bersolat Subuh dengan membaca doa qunut, yg dia tahu secara pasti adalah perbuatan bida'ah, kerana tidak pernah disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) atau tidak pernah ditnunjukkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) apabila beliau bersolat Subuh dan tidak ada sandaran nas dan dalil al-Quran mahu[un as-Sunnah mengenai Doa Qunut itu, maka dia akan mengelakkan dirinya dari terlibat melakukannya sebagaimana sahabatnya melakukannya. Kerana dia tahu megamalkan sesuatu yg bersifat bid'ah itu membatalkan pahala amalan dan tidak diterima Allah (a.w) segala amalannya. Demikian juga dalam perkara jualbeli yg tidak jujur, seumpama bersumpah tentang kualiti sesuatu julanan itu, walhal kita tahu baranganyg dijual itu tidak begitu berkualiti. Di akan meninggalkan perbuatan sedemikian, kerana ketaqwaannya takut dikira sebagi seorang yg munafiq,berkata tanpa kebenaran.
Semoga, jita dapat jadikan hadith di atas ini panduan harian kita, semoga kta menjadi orang yg hidupnya mendapat pahala terbaik dalam segala suatu yg kita usahakan. Amin

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment