Assalamualaikum,
Saudara, seorang sahabat memberitahu penulis tentang satu risalah Yayasan Ta'lim (iaitu, Risalah Ta'lim) yg berpusat di taman Tun Dr Ismail bertarikh 16 April 2010. Dalam Risalah tersebut di bawah tajuk 'Panduan Beramal dan penyebab Rosaknya Amalan', pengarang Risalah tersebut menyebut beberapa faktor yg menunjukkan bahawa ulama' atau para sahabat zaman silam, lebih mantap keimanan mereka dan lebih baik Islam mereka dari mereka di zaman kemudian. Penulis Risalah kemudiannya menganjurkan supaya kita yg Islam wajarlah mencontohi mereka dengan 'tunduk dengan sebenar-benarnya kepada tuntutan Allah (a.w) dan RasulNya, Muhammad (s.a.w) dalam setiap perkara'. Ini adalah hakikat yg tidak dapat dipersoalkan. Kemudian penulis Risalah menyambung 'Dalam beragama, para sahabat yg silam i.e. zaman awal Islam, berpegang teguh kepada 7 perkara', kata penulis, iaitu dirumuskannya seperti berikut:
Perkara No 1 jelas - berpegang kpd petunjuk al-Quran dan as-Sunnah dan mendahulukan perkara wahyu berbanding akan fikiran manusia. Benar. Tapi, hari ini kalau saudara perhati dan amat-amati ibadah dan amalan orang Melayu, termasuk ulama' dan ilmuwan Islam, mereka mendahulukan fikiran dan meninggalkan yg wahyu! (Contoh: Amalan pembaharuan, bida'ah hasanah dan bid'ah adalah fikiran/pendapat bukan ketetapan wahyu).
Perkara ke-2 merujuk kpd 'pembaharuan dalam perkara ugama' yakni 'bid'ah, tetapi penulis risalah tersebut tidak sebutkan secara khusus bahawa beliau merujuk kepada perkara tersebut. Jika orang iman menetapi perkara No 1, pastilah mereka tidak buat atau amalkan sesuatu yg bid'ah. Kerana bid'ah adalah sesuatu yg ditegah kuat oleh Rasulallah (s.a.w), kerana bid'ah mambatalkan segala ibadah dan amalan.
Perkara ke-3 para sahabat awal, kata penulis, 'tidak menyeru kpd perpecahan dan perselisihan. malah mereka mengajak kpd persatuan dalam mentauhidkan Allah (a.w) dan beribadah menurut tunjuk ajar Rasulallah (s.a.w) (Ali-Imran: 103)' . Rumusan ini adalah bersandarkan firman Allah (a.w) dalam Ayat 103, Surah ali-Imran yg berbunyi: 'Waktasimu bihablillahi jami'an wala tafarraqu ...' [Maksud: Berpegang teguhlah kamu sekelian pada tali Allah (a.w) (i.e. ugama Islam) secara berjema'ah, dan janganlah kamu berfirqah-firqah (i.e. mewujudkan perkumpulan khusus dalam Islam, seumpama bermazhab)]. Jelasnya, perintah Allah (a.w) adalah supaya anuti Islam secara berjema'ah. Bukan persatuan! Bukan bermazhab! Maka dengan itulah Omar (r.a) menyebut: 'La islama illa bil-jama'ati ...' [Maksudnya: Tidak dikatakan seseorang itu Islam kecuali dengan berjemaah.] Rasulallah (s.a.w) menyebut: 'Sesungguhnya Allah (a.w) rida bagi kamu sekelian tiga perkara: (pertama) bahawa kamu sekelian sembah hanya Allah (a.w) dan (kedua) jangan kamu syirikkan Allah (a.w) dengan sesuatu dan (ketiga) supaya kamu sekelian berpegang teguh dengan tali Allah (a.w) (i.e. Islam) secara berjema'ah.. Kalimah 'jami'an' bermaksud 'berjama'ah'. Konsep jema'ah adalah perintah khusus semenjak zaman Rasulallah (s.a.w) dan zaman sahabat. Sila rujuk post-post lepas dalam blog ini. Maka dgn itu, tidak tepat menterjemahkan kalimah 'jamian' sebagai 'berpersatuan'! 'Jami'an' adalah berjema'ah.
Perkara ke-4 tidak perlu dikomen. Namun, yg ditulis oleh penulis tersebut adalah sebahagian daripada firman Allah (a.w) dalam Ayat 59, Surah an-Nisa'; iaitu 'Ya aiyuhallazina amanu atitullah wa-ati'ur rasula wa-uli amr minkum ...' [Maksud: Wahai orang-orang yg beriman! Hendaklah kamu sekelian mentaati Allah (a.w) (maksudnya, ikuti ketetapan al-Quran) dan hendaklah kamu sekelian mentaati Rasulallah (s.a.w) (maksudnya, ikuti ketetapan as-Sunnah) dan hendaklah kamu sekelian taatkan 'ulil amri' (i.e. orang-orang yg mempunyai kuasa terhadap jema'ah umat Islam', iaitu para imam atau amir atau khalifah atau malik (i.e. raja) dan mereka yg menjalankan tugas-tugas mereka itu (i.e. pembantu imam atau amir dsbnya). Dan, sambungan ayat tersebut, jika kamu berselisih faham atau berselisih pendapat tentang segala sesuatu, hendaklahlah kamu sekelian (i.e. imam atau amir dan rukyahnya) kembali merujuk kepada Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan Rasul (i.e. as-Sunnah) untuk mencari dan mendapatkan keputusan atau penyelesaian, bukan merujuk semula kpd ulil amri. Kerana, Rasulallah (s.a.w) menetapkan bahawa setiap rukyah hendaklah akur (i.e. dengar dan patuhi perintah) imam atau amir (i.e. ulil amri) selagi ulil amri tidak memerintahkan berbuat atau melakukan maksiat terhadap Allah (a.w), i.e. Imam atau amir (i.e. ulil amri) menyuruh buat maksiat atau sesuatu yg ditegah oleh al-Quran dan as-Sunnah. [Nota: Membuat maksiat maksudnya menyuruh umat Islam melakukan sesuatu yg bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah, atau sesuatu yg tidak diconthkan oleh Rasulallah (s.a.w)]
Malangnya, hari ini majoriti ulama' dan ilmuwan semasa mentakrifkan kalimah 'jami'an' sebagai bermaksud 'kesemuanya'! Maka hilanglah maksud sebenar perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w) iaitu umat Islam anuti dan amalkan Islam dan syariatnya 'secara berjema'ah'. Disinilah timbulnya kekeliruan dalam tafsiran dalam Risalah tersebut. Demikian jugalah dengan Perkara ke 2. Jelasnya, ulil amri atau siapa saja, tidak berhak membuat perubahan atau pembaharuan dalam Islam dan syariatnya. Maka sesiapa yg teguh meyakini wujudnya 'bida'ah hasanah' sebenarnya tidak faham as-Sunnah. Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Man amala amilan laisa minni fahua raddun' [Maksud: barangsiapa beramal dengan suatu amalan yg tidak didatangkan (i.e. ditunjukkan atau diajarkan atau dicontohkan) oleh aku (Rasulallah (s.a.w)), maka amalannya atau ibadahnya (i.e. malah kesemua amalan dan ibadahnya) ditolak (yakni, tidak diterima Allah (a.w))! Jika itulah maksud penulis Risalah itu, maka benarlah dia. Jika tidak, beliau tersilap atau keliru dalam mentafsirkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah!
Benarlah yg dirumuskan oleh penulis Risalah tersebut apabila beliau berkata 'Kalau sekiranya (sesuatu) perbuatan (ibadah) itu, baik tentulah parasahabat telah mendahului kita mengamalkannya'. Kata-kata ini patut disampaikan kpd para ulama' dan ilmuwan arus perdana sekarang supaya mereka sedar bahawa ada banyak ibadah dan amalan serta kaedah dan cara beribadah dan beramal yg sama sekali bertentangan dgn rumusan tersebut? Sebahagiannya dicontohkan dalam post blog ini. Sila saudara lihat.
Perkara ke-5 - perbezaan pendapat di antara sahabat tidak berakhir dgn perpecahan. Hari ini tidak. Ada golongan berpaut kuat dgn mazhab dan ada pula golongan muda yg tidak melihat Islam mengikut kacamata mazhab. Mereka tidak boleh bersemuka. Golongan pertama adalah golongan uama' golongan tua yg ada gelaran spt Tan Sri, Dato' Seri Dato' atau sahibulsamahah dan seumpamanya, dan yg muda tanpa darjah kebesaran tapi bercakap semata-mata bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah (i.e. al-Hadith). BIla berbalah, mereka tidak merujuk kpd al-Quran atau al-Hadith, tetapi merujuk kpd pendapat para ulama' atau ilmuwan lain tentang sesuatu tafsiran yg dikatakan 'jumhur'! Sebenarnya tafsiran yg jumhur dikalangan mereka semata-mata, supaya golongan perdana kekal ke atas walaupun silap dan salah!
Perkara ke-6 - mereka (i.e. para sahabat zaman Rasulallah (s.a.w) faham tentang Islam dan diberi kepercayaan oleh Nabi menyampaikan Islam. Benar. Tapi mereka ada suatu sifat yg ulama' sekarang tiada: iaitu, mereka faham mereka sampaikan, mereka tak faham tanya pada yg faham, kalau mereka takda ilmu mengenai sesuatu, mereka berdiam tidak bercakap sehingga dapat ilmu mengenainya dari sahabat lain atau dari Nabi sendiri. Hari ini ulama' bertitle bercakap seorlah-olah macam pakar, walhal apa yg dicakapkan bertentangan dengan ketetapan as-Sunnah pula? Jadi, bolehkah kita ikuti mereka? Sudahlah mereka jahil dan sesat, kita pula ikut sesat bersama!
Perkara ke-7 - mereka memuji Allah (a.w) dan RasulNya dan tidak mencaci maki para sahabat yg lain. Benar. hari ini golongan tua tidak sanggup melihat golongan muda yg lantang bercakap sesuatu yg haq tetapi yg bertentangan dengan amalan golongan majoriti atau arus perdana. Siapa yg silap? Kedua-duanya silap. Golongan arus perdana wajib belajar ilmu yg haq dahulu sebelum membuat komentar atau pendirian terhadap sesuatu. jangan lihat orang bercakap tentang Islam melalui bulu mereka. jangan terlalu taksub dgn alma matter mereka, kerana tidak semestinya mereka lulusan Azhar atau lulus dengan Ph D itu benqr-benar berilmu. Yg berilmu jika mreka belajar dua ilmu yg Rasulallah (s.a.w) kata wajib, iaitu ilmu al-Quran (i.e. baca, hafal dan faham) dan ilmu as-Sunnah (faham sekurang-kurangnya dari muka depan sampai muka belakang Kuttubul Sittah - Bukhari, Muslim, an-Nasa'i, Abu Daud, at-Termidzi dan ibnu Majah) baru diangga berilmu dan hendaklah belajar dari guru yg juga telah diajarkan kitab-kitab tersebut! Jika tidak, ulama' akan berpedomankan kitab-kitab karangan manusia yg kita sendiri belum pasti mereka khattam Kuttubul Sittah dan sebagainya. Ramai penceramah di TV merujuk kpd kitab-kitab sedemikian apabila berceramah. Ada yg menunjukkan kitab-kitab bacaan mereka. Ada yg menyuruh beli pula. Yg pasti tentang Islam hendaklah belajar ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah dari orang yg tahu dan faham tentang ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Itu yg selamat.
Mudah-mudahan mereka yg membaca risalah Yayasan Ta'lim itu faham dengan penjelasan ini dan tidaklah keliru kerananya. Kerana ada sahabat kita yg keliru dan bertanya kpd penulis. Dan, apabila dijelaskan maksud sebenar sesuatu, penulis Risalah itu enggan terima kebenaran dan kekal mengakui apa yg ditulisnya adalah betul dan benar. Ingatlah! Menolak yg haq adalah menunjukkan sifat kesombongan. Kerana menolah kebenaran adalah sifat yg tidak patut ada pada mana-mana orang berilmu. Wallahu 'alam.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment