Friday, April 2, 2010

Jum'at: Pentingnya Solat Jum'at

Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung sedikit lagi, sebagai peringatan mingguan betapa pentingnya hari Jum'at dan Solat Jum'at, bagi kita, terutamanya bagi lelaki Islam.

Kefadhalan Hari Jumat

Elok kita teliti selanjutnya ketetapan as-Sunnah menegnai keutamaan hari Jum’at dan solat Jum’at itu seterusnya. Cuba kita lihat hadith berikut. Hadith ini menjelaskan bahawa dalam Islam (yakni, syariat Islam itu), hari Jum’at itu lebih utama daripada dua hari raya, iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha. Kerana, lima peristiwa berikut berlaku pada hari Jum’at:

§ Hari Jum’at itu paling utama pada Allah (a.w);

§ Hari Jum’at itu digelar ‘saidul aiyam’, atau ‘penghulu segala hari’;

§ Hari Jum’at itu adalah hari yang dimuliakan oleh orang Islam kerana hari itu dipilih Allah (a.w) sebagai hari utama mingguan orang Islam, mendahului hari utama mingguan orang Yahudi (i.e. Sabtu) dan hari utama mingguan orang Nesrani (i.e. Ahad)

§ Nabi Adam (a.s) di keluarkan dari Syurga dan diturunkan ke Dunia pada hari Jum’at;

§ Diwafatkan Nabi Adam (a.s) pada hari Jum’at;

§ Pada hari itu ada ketika yang mustajab doa kerana diberikan atau dimakbulkan oleh Allah (a.w) sesuatu yang diminta oleh hambaNya yang berdoa waktu atau ketika tersebut;

§ Qiamat itu berlaku pada hari Jum’at; dan

§ Oleh kerana itu, hari itu digeruni oleh langit, bumi, angin, gunung dan lautan (yakni, segala makhluk Allah (a.w)) kerana akan berlaku Qiamat pada hari Jum’at.

Semua makhlok Allah (a.w) akan gentar menunggu kedatangan hari Jum’at itu. Tapi manusia bagaimana? Ramai umat Islam, khususnya orang Melayu, tidak mengendahkan hari Jum’at dan lebih-lebih lagi solat Jum’at.

Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Abdil Munzir (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Nabi (s.a.w): ‘Sesungguhnya hari Jumat itu adalah Penghulu segala hari (Saidul Aiyam), dan lebih diagungkan di sisi Allah (a.w). Dan lebih besar di sisi Allah (a.w) dari Hari Raya Qurban dan Raya Puasa. Di dalam hari itu ada lima perkara penting (berlaku). (pertama) Keluar Adam (a.s) dari syurga. Dan (kedua) diturunkan Allah (a.w) Adam (a.s) ke bumi pada hari itu. Dan (ketiga) pada hari itu juga Adam (a.s) dimatikan. Dan (keempat) pada hari itu ada waktu tidak diminta oleh hambanya daripada Allah (a.w) sesuatu kecuali diberikanNya, selagi tidak dimintanya apa-apa yang haram. (Dan, kelima) Pada hari itu didirikan (i.e. berlakunya) Qiamat. Barangsiapa dari golongan malaikat yang dekat dengan Allah (a.w), dan tidak di langit, dan tidakdi bumi, dan tidak (juga) angin, dan tidak gunung, dan tidak laut kecuali kesemuanya khuatir (yakni, takut) dari hari Jum’at itu.’ [Hadith Ibnu Majah]

Di dalam hadith di atas itu Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita beberapa keistimewaan hari Jum’at itu, seperti yang disebutkan di atas. Selain menjelaskan mengapa hari Jum’at itu penting kepada Allah (a.w) dan pada umat Islam dan ugamanya. Hadith di bawah ini pula menjelaskan bahawa digesa dan digalakkan seseorang itu sring berselawat ke atas Nabi (s.a.w) supaya di hari Akhirat kelak (khususnya di padang mahsyar) mendapat pertolongan Nabi (s.a.w) dan syafaat beliau.

Hadith ini juga menyatakan bahawa jasad (yakni, tubuh) para Nabi tidak hancur dan tidak dimakan bumi (atau tanah).

Diriwayatkan hadith daripada Syadad bin Ausin (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya dari kefadhalan dalam hari-hari kamu adalah hari Jum’at. Pada hari itu dikeluarkan Adam (a.s) (dari Syurga). Dan, pada hari itu ditiupkan Sangka kala pertama. Dan, padanya ditiupkan sangka kala kedua pengsan segala makhlok. Maka memperbanyakkanlah kamu sekelian akan selawat atasku padanya; sesungguhnya selawat-selawat kamu akan didatangkan kepadaku pada hari Qiamat.’ Maka berkata seorang lelaki: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Bagaimana didatangkan selawat atasmu dan sesungguhnya setelah wafat engkau?’ Maka menjawab Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya Allah (a.w) sungguh telah mengharamkan akan bumi sungguh memakan jasad para Nabi (yakni, jasad para nabi tidak reput oleh tanah).’ [Hadith Ibnu Majjah]

Hadith di atas ini menjelaskan beberapa aspek lain mengenai keistimewaan hari Jum’at itu, iaitu:

. Nabi Adam (a.s) dikeluarkan dari syurga;

· Sangkakala pertama (yang mematikan semua makhlok) ditiupkan pada hari Jum’at; dan

· Sangkakala kedua juga (yang menghidupkan semua makhlok) ditiupkan pada hari Jum’at.

Selain itu, hadith ini menyebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) menyuruh umat Islam memperbanyakkan selawat ke atas beliau pada hari Juma’at, kerana selawat itu akan didatangkan kepada Rasulallah (s.a.w) di padang makhsyar kelak. Mereka yang berselawat berpeluang mendapat syafaat Rasulallah (s.a.w). Di dalam hadith tersebut disebutkan bahawa jenazah para rasul dan nabi tidak dimakan oleh bumi, yakni tidak hancur atau reput.

Jazakallahu khairah



[Nota:

1. Didalam al-Hadith disebutkan bahawa orang Nesrani meminta Ahad dijadikan hari kebesaran mingguan mereka, manakala hari Sabdu dipinta oleh Bani Israil sebagai hari kebesaran minggunya, tetapi Allah (a.w) lebih suka hari Jum’at dan memilih Juma’at sebagai hari kebesaran mingguan bagi umat Islam

2. Di dalam hadithlain disebutkan bahawa Nabi Adam (a.s) dijadikan pada hari Jum’at (yakni, rohnya dimasukkan ke dalam jasadnya pada hari Jum’at). Di dalam hadith lain disebutkan bahawa tempoh sangkakala pertama dengan sangkakala kedua itu adalah selama empat puluh (40) tahun. Jadi, semua yang hidup akan meraai berada di dalam alam barzah.

3. Melainkan manusia yang terlarangmendapat syafaat Rasulallah (s.a.w) yang disebutkan di dalam beberapa ayat dalam al-Quran, termasuk Surah al-Kauthar (Ayat ketiga) dan ketetapan beberapa hadith yang kita telahpun teliti dalam blog ini. Tanpa menyaksikan sendiri perkara ini, itu hanyalah kata-kata manusia tidak boleh diterima tanpa bukti.

4. Kita pernah mendengar cerita-cerita bahawa ada orang alim ulama’ yang mati lama dahulu tetapi apabila digali kuburnya di dapati jenazah mereka masih tidak berubah, yakni tidak reput. Kata orang, mereka itu orang yang alim dalam Islam, wallahu ‘alam.


No comments:

Post a Comment