Assalamualaikum,
Saudara penulis ingin merakamkan ucapan tahniah kpd TS Syed Mokhtar al-Bukhari seorang yg terkaya di Malaysia kerana melalui Yayasan Albukhari miliknya telah menubuhkan sebuah IPTS bernama Albukhari International University (AIU) di kompleks yayasan di Alor Setar Kedah. Syabas. Pastinyalah dia mengharapkan bahawa Allah (a.w) memberi kpdnya pahala setinggi mungkin dalam urusan fi sabilillah. S. Mokhtar memang diberi Allah (a.w) rezki yg melempah ruah. Beliau sering menderma. Dan pada kacamata masyarakat Malaysia dia seorang yg dermawan. Kita sering terbaca berita dalam media tentang event yg beliau mendermakan sesuatu atau membelanjakan sesuatu untuk masyarakat. Malah AIU ini juga adalah program dermawannya, kerana pelajar yg akan mengikuti pengajian di AIU akan diberi pengajian percuma i.e. tanpa bayaran apa-apa. Malah diberi bantuan kewangan pula. Dikatakan dalam siaran akhbar The Malay Mail dua atau tiga hari kelmarin, bahawa AIU akan membuka peluang kpd pelajar cemerlang dari Asia dan Afrika untuk belajar di sana dan hanya 20% tempat pengajian yg dijangkakan sejumlah 400 jema'ah pelajar adalah untuk pelajar tempatan, i.e. Malaysia, selainnya dari negara-negara luar.
Penulis terbaca dalam lapuran, tak tau sumbernya, bahawa Syed Mokhtar adalah juga menantu kpd arwah Syed kechik, yg juga terkenal sebagai orang antara yg terkaya di Malaysia smasa hayatnya. Arwah (atau, allahyarham?) juga menubuhkan Syed Kechik Foundation. Begitu jugalah Syed Mokhtar dengan Albukhari Foundationnya yg mentadbiruruskan AIU ini. Syabas.
Dalam konteks ini sesiapa yg mempelajari ilmu al-Quran dan as-Sunnah, dan mereka benar-benar faham ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan as-Sunnah, bahawa Allah (a.w) dan RasulNya sering menyuruh orang iman supaya berjihad fi sabilillah (i.e. membela ugama Allah (a.w) dan membela orang Islam yg beriman) dengan diri kita dan harta kita. Mertabat orang yg melibatkan diri fi sabilillah itu amat besar, kerana dikurniakan Allah (a.w) syurga tahap tertinggi, terutama mereka yg berjihad fi sabilillah, kemudian mati dan kehabisan harta kerananya! Itu hanya berlaku zaman Rasulallah (s.a.w) ketika Islam mula dikembangkan dan kejahilan hendak dihapuskan, dan kerana itu berjihad melibatkan peperangan dengan orang kafir dan musyrik dan munafiq. Hari ini, tiada lagi jihad melalui peperangan. Hari ini yg ada adalah berjihad memerangi, melalui usaha dan program menyampaikan ilmu kpd orang Islam dan bukan Islam tentang Islam, menghapuskan kejahilan dan kebatilan di kalangan semua umat yg Islam dan bukan Islam. Hari ini, orang bukan Islam tidak faham Islam kerana bukan sahaja kejahilan mereka tentang Islam, tetapi kejahilan umat Islam sendiri tentang Islam! Orang Islam sendiri perlu dibersihkan dari ciri-ciri kejahilan tentang Islam yg haq itu.
Apakah dia Islam yg hak itu? Islam yg haq itu adalah segala sesuatu yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan segala sesuatu yg ditunjukkan atau didemokan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah.
Hari ini orang Islam ramai yg jahilkan al-Quran dan lebih-lebih lagi jahilkan as-Sunnah. Maka dengan itu perlu ada pihak yg sanggup berjihad pada jalan Allah (a.w) untuk membersihkan aqidah umat Islam, dan membetulkan fahaman serta meningkatkan kefahaman umat Islam tentang ugamanya dan syariatnya, supaya mereka lebih terpandu dalam usaha mengabdikan diri mereka terhadap Allah (a.w). Kita diperingatkan bahawa sebelum membuat sesuatu atau mengerjakan sesuatu atau melakukan sesuatu - termasuk sesuatu projek keduniaan yg ada implikasi untuk akhirat - hendaklah kita bertindak dengan bersandarkan ilmu. Allah (a.w) berfirman: 'Wala taqfu ma laisa bihi ilmun' [Maksud: Dan, janganlah lakukan sesuatu perkara tanpa kamu sekelian mengetahui ilmu mengenainya] [Ayat 36, Surah al-Isra'] Ilmu itu penting. Sahnya segala amalan dan ibadah, termasuk usaha fi sabilillah atau jihad fi sabilillah itu, adalah berdasarkan ilmu.
Orang bukan Islam dan orang Islam perlu fahami al-Quran dan as-Sunnah. Orang yg Islam pula kekal dalam kebatilan dan kejahilan dalam mengabdikan diri kpd Allah (a.w), maka dengan itu hanya seorang (atau segolongan) dari 73 orang (atau golongan) yg Islam berjaya mendapat syurga, selainnya, i.e. 72 orang (atau golongan) dicampakkan ke dalam neraka. dan, supaya dapatlah ditambah bilangan orang iman yg berjaya mendapat syurga, kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa daripada 1,000 manusia yg hidup di dunia, hanya seorang sahaja yg masuk syurga.
Mudah-mudahan Syed Mokhtar dan mereka yg mentadbirkan AIU itu akan meneliti apakah yg mereka dan AIU dapat laksanakan dalam berjihad pada jalan Allah (a.w) itu untuk menghapuskan kejahilan ilmu di kalangan umat Islam. Memberi peluang kpd mereka yg bijak tetapi tidak berada mendapat pendidikan formal yg juga sekular semata-mata tidak dapat menyumbang kpd jihad sedemikian. Sudah banyak IPTA dan IPTS yg berpengalaman dan berjaya memberikan ilmu keduniaan kpd manusia - Islam ataupun bukan Islam. Tapi, tiada satupun IPTS atau IPTA atau mana-mana badan pengilmuan yg mangadakan program bagi menghapuskan kejahilan manusia tentang Islam yg haq dan menghapuskan kejahilan umat Islam sendiri dalam memahami Islam ugama mereka sendiri. Maka dengan itu, terjadilah apa yg diwasiatkan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa dunia hari ini lebih buruk (dalam semua dimensi) dari dunia kelmarin, dan dunia esok akan lebih buruk dari dunia hari ini. Ini terpakai bagi semua masyarakat tidak kita Islam ataupun tidak. Malah, lebih terpakai kpd masyarakat orang Melayu dan umat Islam sendiri. Berjihad dalam memberi peluang kpd manusia membuat pilihan yg bijak, adalah satu usaha yg diperintahkan Allah (a.w) di dalam al-Quran (i.e. hendaklah ada segolongan di kalangan kamu yg berjuang untuk menegakkan yg haq dan menghapuskan yg batil).
Penulis mengharapkan agar muncul seorang atau beberapa orang yg kaya seumpama atau setaraf Syed Mokhtar yg sanggup berjihad fi sabilillah untuk membangunkan satu institutsi atau badan atau yayasan atau pertubuhan yg bertujuan semata-mata untuk fi sabilillah yg menepati ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah menghapuskan kejahilan umat Islam tentang Islam dan syariat atau tuntutannya. Badan sedemikian pastinya unik kerana tiada lagi sebuah badan atau yayasan yg mengadakan program sedemikian, sama ada di luar negara mahupun di dalam Malaysia sendiri. Dengan adanya badan sedemikian, akan dapatlah diusahakan lebih ramai umat Islam faham akan Islam, ugamanya, dan berjaya mempersiapkan diri mereka mendapat syugra. Itulah kejayaan yg sebenarnya. Dan, dengan itu juga lebih ramai orang yg bukan Islam, terutama di Malaysia, yg faham tentang Islam, dan insya Allah, akan muncul barisan kepimpinan politik, sosial dan budaya yg dapat memberi kepercayaan kpd dunia bahawa Islam itu bukanlah ugama yg menghasilkan terrorists ataupun pemimpin yg rakuskan harta dan menganianya serta menyesatkan bangsanya sendiri!
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment