Tuesday, April 13, 2010

Bersedia menyambut kepulangan suami! (Samb)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah teliti sepotong hadith yg menceritak hal Jabir (r.a) yg tergesa-gesa balik untuk menemui isterinya yg tersayang yg ditinggalkan untuk menyertai Rasulallah (s.a.w) berperang, walaupun dia baru saja berkahwin. Kita teliti cerita yg sama dalam sepotong hadith lain yg lebih jelas.
Menceritakan hadith kepadaku (kata Bukhari) ... hadith dari Jabir b Abdullah (r.a) berkata: 'Adapun kami bersama-sama Nabi (s.a.w) di dalam suatu peperangan, maka ketika hendak kembali ( ke qariah kediman kami selepas perang), adapun kami dekat dengan madinah, tergesa-gesa aku atas tunggangan seekor unta yg lembab. Maka menyusul seorang yg menunggang yg dari belakangku semakin hampir, rupanya Rasulallah (s.a.w). Dia membawa tongkat, dan memukul untaku dengan tongkatnya, maka memecutlah untaku berjalan cepat secepat mana-mana unta yg melihat kamu. Maka memaling aku kepada Rasulallah (s.aw), maka berkata aku: 'Wahai Rasulallah (s.a.w)! Sesungguhnya aku seorang pengantin, baru lepas berkahwin.' Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Adakah berkahwin engkau?' Berkata aku (Jabir): 'Benar!' Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Dengan anak dara ataupun janda?' Berkata Jabir: 'Berkata aku. Bahkan seorang janda.' Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Maka sekiranya engkau kahwini anak dara maka bermain-main engkau dengannya dan dia bermain-main dengan engkau.' Maka ketika datang kami berbuat hendak masuk (ke runmah masing-masing), maka bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Tunggulah sehingga masuk malam atau masuk waktu Isya', nescaya sempat si perempuan (i.e. isteri) menyikat rambut yag kusut masai dan mencukur bulu ari-ari (i.e. kemaluan) (membersihkannya).' [Hadith Bukhari, Kitab Nikah]
Hadith ini lebih jelas sedikit dalam menceritakan peristiwa sekembalinya para sahabat dari medan perang bersama-sama dengan Nabi, hendak balik ke rumah masing dengan tergesa-gesa untuk menemui isteri masing-masing yg sudah lama ditinggalkan. Jabir, seorang teruna, baru menikah dengan seorang janda. Ketika Rasulallah (s.a.w) menemui beliau, kudanya berjalan lambat, maka Rasulallah (s.a.w) memukul untanya menjadikan untanya berjalan dengan pantas. Dalam hadith tersebut Rasulallah (s.a.w) mengeluarkan komen pada Jabir bahawa kalaulah dia menikahi seorang anak dara, pastilah mereka lebih lama bermesra ketika hendak mengadakan hubungan kelamin, kerana anak dara tiada pengalaman. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) sebutkankan istilah dia boleh berman-main dengan isterinya, dan isterinya boleh bermain-main pula dengan dia. Komen ini tidak bererti bahawa lebih baik mengahwini anak dara dari janda. Kemudian Rasulallah (s.a.w) menasihatkan Jabir, sebagi suami supaya jangan terus balik rumah, supaya diberi kesempatan si isteri di rumah membershkan diri, memperelokkan rambut dan mencukur bulu kemalaun sebagai persedian utnuk bersama-sama dengan suami yg baru balik setelah berpisah sekian lama.
Demikianlah rapinya adab hubungan suami isteri dalam Islam. Sebelum memulakan urusan perkelaminan, disuruh bersihkan diri, sebagaimana yg dilambangkan oleh rambut dan suruhan mencukur bulu kemaluan. Hari ini, agaknya berapa peratuskah wanita (isteri dan bukan isteri) mengamalkan 'personal grooming' dan 'personal hygiene', yg antara yg wajib dibuat adalah mencukur bulu ari-ari. Di dalam hadith yg lain bulu ari-ari itu wajar dicukur sekali dalam 40 hari, paling lamanya.
Di dalam post yg lalu jika seorang suami yg sudhapun ada isteri menikahi pula seorang janda, maka tempoh berbulan madu dgn isteri barunya adalah 3 hari tiga malam. Kalau aanak dara pula tempoh berbulan madunya 7 hari tujuh malam, kemudian barulah digilirkan isteri seperti biasa. Itulah kelebihan anak dara. Malangnya hari ini, mungkin ramai gadis belum kahwin, tetapi belum tentu mereka itu anak dara! dalam zaman ini kita lihat anak gadis semuda 13 atau 14 atau 15 tahun sudah tahu in-and-out tetang sex, dan pernak melakukannya pula dengan teman lelaki, dengan beberapa teman sekali harung secara berkumpulan dan bergilir-glir pula! Jadi hakikatnya dalam zaman moden ini jada dan anak dara takda bezanya ... Demikianlah runtuhnya akhlak umat Islam, terutama orang Melayu di Malaysia. Itulah satu tanda kiamat sudah hampir agaknya ...!

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment