Assalamualaikum,
Kita akui diri kita Islam, walaupun mungkin kerapkali kita tidak pula lakukan apa yg orang Islam patutu lakukan! Malah, kita lakukan lebih apa orang yg bukan Islam lakukan!
Cuba kita lihat sedikit ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran tentang Islam dan keIslaman kita, supaya dapat kita jadikan asa melihat kepada diri kita sendiri.
Firman Allah (a.w): 'Dan, barangsiapa yg menyerah wajahnya (i.e. sepenuh jiwa raganya) kepada Allah (a.w) (maksudnya, benar-benar Islam dan beriman) dan dia seorang yg mukhsin (i.e. sentiasa berbuat baik), maka sungguh-sungguh telah berpegang dengan tali Allah (a.w) yg kuat (i.e. menetapi ugama Islam yg betul), dan (ingatlah) kepada Allah (a.w) dikembalikan beberapa urusan (atau perkara).' [Ayat 22, Surah Luqman]
Orang yg benar-benar ikhlas Islamnya adalah orang yg menyerahkan jiwa raganya - dari segi jasmani dan rohani) kepada Allah (a.w) semata-mata. Yg utama dan yg penting bukan ihak lain, tapi Tuhan mereka. Semua orang bersyahadah, tapi kebanyak orang tidak faham bahawa syahadah itu adalah perjanjian dengan Allah (a.w) supaya kita patuh kepadaNya dan kota ikuti jalan yg ditunjukkan oleh RasulNya. Syahadah itu adalah Perjanjian Roh yg kita lafazkan dan patuhi semula setelah kita membuat Perjanjian Roh ketika kita berumur 120 hari (i.e. 4 bulan) dalam kandungan ibu kita, ketika malaikat, dengan izin Allah (a.w), meniupkan roh ke jasad kita ketika kita masih janin.
Orang Islam yg ikhlas (i.e. mukhsin) itu adalah mereka yg menepati apa yg disebutkan dalam Ayat 56, Surah al-Isra': '... wayarjuna rahmatahu wa-yahafuna 'azabahu ...' [Maksud: (Dan kerana) mencari kerahmatan Allah (a.w) (yakni, syurga Allah (a.w)), dan takutkan azab Allah (a.w) (yakni, neraka Allah (a.w)) ...'] [Ayat 56, Surah al-Isra']. Kita lakukan segala sesuatu semata-mata untuk mendapatkan kerahmatan Allah (a.w), kerana tanpa kerahmatan Allah (a.w), kita tidak mencukupi syarat untuk mendapat syurga. Kerana walau banyak mana sekalipun ibadah dan amalan kita, tidak cukup untuk mengimbangi nikmat hidup yg Allah (a.w) berikan kepada kita. Masakan pula untuk dijadikan ganjaran untuk mendapat syurga! Kita juga lakukan segala sesuatu demi untuk mengelakkan diri kita dari dicampakkan ke dalam neraka di akhirat kelak. Itulah sebenarnya penjelasan kpd kalimah 'mukhsin' itu atau kata-kata seumpama 'ikhlas' mengerjakan amalan dan ibadah. Kita lakukan sesuatu dengan harapan tersebut, buka kerana pertimbangan selainnya. Apakah kita mengintensifikasikan gerakan mencegah maksiat sebagaimana yg kita buat sekarang ini benar-benar membawa kita ke arah firman tersebut? BUkankah kita ditegah membuka keaiban orang? Bukankah kita disuruh dedahkan kebaikan dan rahsiakan keaiban sesama Islam? Bukankah kita telah diperingatkan bahawa jika kita menutup keaaban orang di dunia, Allah (a.w) menutup keaiban kita di akhirat? Bukankah juga, sebaliknya, jika kita dedahkan rahsia dan keaiban orang di dunia, di akhirat Allah (a.w) akan dedahkan keaiban kita di depan manusia? Bukan caranya membanteras maksiat dengan mencari orang buat maksiat. Mencegah hendaklah dengan penuh hikmah dan hemah. Ilmu akan membentuk manusia. Ilmu adalah senjata utama membanteras segala keburukan dan menggesa manusia ke arah kebaikan.
Dengan ilmu orang Islam itu faham maksud dan segala ramifikasi ayat di atas itu. Islam dengan syahadah sahaja tidak cukup. Islam hendaklah melibatkan pengabdian yg total - jiwa raga - untuk beruasaha mencari kasih sayang Allah (a.w), melakukan segala sesuatu sebagai pelaburan untuk kesejahteraan akhirat. Bukan dibuat-buat dan dipaksa-paksa. Bukan untuk menjadi conformist. Bukan untuk dihebah dan dihebohkan. Bukan untuk menunjuk kewarakan semata-mata dengan kedudukan dan ilmu keduniaan.
Oleh yg demikian, akhirnya kelak Allah (a.w) yg menentukan darjat keimanan serta ketaqwaan seseorang itu.
Manusia itu dinilai manusia lain secara lahiriah. Tapi, semuanya Allah (a.w) tahu. Orang Iman itu adalah orang yg dapat menepati mesej yg terkandung dalam firman Allah (a.w) di atas itu. Mereka cintakan Allah (a.w). Mereka bercinta buta terhadap Allah (a.w). Maka apa yg disuruh dibuat dan apa yg dilarang dijauhi. Segala sesuatu berpandukan mesej ini.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment