Sunday, April 18, 2010

Surah al-Ghafir: Malaikat mendoakan orang iman

Assalamualaikum,
Sauadara, kita lihat sedikit lagi tafsir ayat-ayat selanjutnya dalam Surah al-Ghafir (atau al-Mukmin). Ayat sebelum Ayat 6, memberitahu bahawa terdapat kaum-kaum yg ingkar akan ayat-ayat Allah (a.w) serta perbuatan mereka hendak menangkap dan membunh para nabi yg diutus Allah (a.,w) untuk mengampaikan ugama Allah (a.w). Dengan tujuan supaya pembesar dan para ilmuwan mereka kekal menegakkan yg batil dan melenyapkan yg hak. kalau kita perhatikan sekarang ini begitu banyak percubaan orang yg mengakui diri mereka Islam cuba menegakkan kebatilan dan menghalang yg hak diajarkan kpd umat Islam. Semua ini kerana para ulama' dan iluwan Islam berpnadukan kitab-kitab karangan manusia, walhal mereka masih jahil kerana tidak faham tentang al-Quran dan as-Sunnah. Malah mereka sangsikan ketetapan as-Sunnah.
Allah (a.w) memperingatkan manusia di akhir Ayat 5 Surah al-Ghafir bahawa siksaan menunggu mereka kelak, walaupun mungkin di dunia mereka terlepas kerana mereka adalah golongan arus perdana atau golngan majoriti. Mereka taksub dengan ajakan serta ajaran orang-orang yg mereka nobatkan sebagai orang yg luas dan mendalam ilmunya tentang Islam dan syariatnya. Kemudian Allah (a.w) menyambung dalam ayat-ayat berikutnya.
Firman Allah (a.w): 'Dan demikian itu telah pasti ketetapan (i.e. azab) Tuhan kamu atas orang-orang yg kufur (i.e. ingkar) mereka bahawasanya mereka adalah penghuni neraka (6) Orang-orang (i.e. para malaikat) yg memikul Arasy Allah (a.w) dan orang-orang (i.e. para malaikat) berada disekeliling (malaikatyg memikul tersebut) sentiasalah bertasbih memuji-muji Tuhan mereka (i.e. Allah (a.w)) dan beriman mereka denganNya, dan meminta keampunan mereka bagi orang-orang yg beriman; (kalimah-kalimah doa mereka)" Wahai Tuhan kami! Memuatkanlah (i.e. meluaskanlah) tiap-tiap sesuatu dari kerahmatanMu dan (meluaskanlah) dengan ilmuMu, maka mengampunilah Engkau (Allah (a.w)) pada orang-orang yang bertaubat (dari kesalahan serta dosa-dosa mereka) dan bagi orang-orang yg mengikuti jalan lurus Engkau (Allah) (i.e. siratul mustaqim), dan semoga Engkau (Allah (a.w)) menjaga mereka dari siksaan (i.e.) azab yg besar (i.e. neraka) (7) (Sambunganan kalimah doa para malaikat) 'Wahai Tuhan kami! Semoga Engkau memasukkan mereka ke dalam syurga Adnin (i.e. yg kekal), yg telah Engkau janjikan kepada mereka dan (semoga Engkau masukkan ke dalam syurga Engkau) orang-orang yg soleh (i.e. berbuat baik) dari kalangan bapa-bapa mereka dan isteri-siteri mereka dan cucu cicit mereka; sesungguhnka Engkau (Allah (a.w)) adalah Engkau Zat yg Maha Mulia lagi Zat yg Maha Menghukumi.'(8) (Sambungan doa para malaikat) ' Dan, semoga menjaga Engkau (Allah (a.w)) akan mereka dari beberapa keburukan (maksudnya, siksaan); dan sesiapa (atau barangsiapa) yg menjaga Engkau pada siksaan Engkau pada hari itu (i.e. hari kiamat dan akhirat), maka sungguh-sungguh telah memberi kerahamatanMu (pada mereka); dan demikian itu (i.e. mendapat kerahmatanMu) dia atau mereka mendapat keuntunngan yg besar' (9) [Ayat 7 hingga 9, Surah al-Ghafir]
Allah (a.w) menyebutkan bahawa ketetapan yg ditetapkan pada Ayat 5 di atas itu adalah suatu yg pasti. Tidak dapat dielakkan. Orang yg ingkar (i.e. tidak menerima ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), termasuk orang yg ingkar) akan disiksa dalam neraka. Kemudian pada ayat 7 hingga ayat 9 pula kita diberitahu bahawa para malaikat yg menjunjung atau mendukung atau menanggung atas bahu mereka Arasy (i.e. singgasana tempat duduknya Allah (a.w) serta para malaikat di sekeliling Arayy (termasuklah mereka yg berada di lapisan-lapisan langit) akan berdoa kepada Allah (a.w) demi kebajikan orang yg beriman (i.e. orang Islam yg mengamalkan ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya). kalimah-kalimah doa mereka itu disebutkan dalam ayat 7, 8 dan 9. Para malaikat hanya mendoakan orang iman, yakni orang yg menepati ketetapan Islam dan syariatnya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah sahaja, kerana itulah panduan hidup orang iman yg hak.
[Nota: Di dalam al-Quran disebutkan bahawa ada 8 orang malaikat yg memikul Arasy Allah (a.w) itu. Disebutkan dalam hadith bahawa 8 malaikat itu dijadikan berkepala seumpama kambing yg bertanduk. Besarnya setiap satyu malaikat itu digambarkan seperti berikut: iaitu jarak antara kedua telinganya dngan atas bahunya adalah seumpama perjalanan selama 700 tahun perjalanan. Al-Quran menyebut, Arasy Allah (a.w) itu di atas air. Kemudian digambarkan pula dalam hadith bahawa malaikat tersebut duduk di atas air itu. Jarak antarapermukaan air tersebut dengan dasarnya adalah sejauh 700 tahun perjalanan pula. Dan, permukaaan air tersebut adalah separas kedua buku lali malaikat dengan telapak kakinya berada di atas dasar air. Maksudnya, jarak atau tingginya kaki malaikat tersebut adalah 700 tahun perjalanan. Fikirkanlah betapa besarnya Allah (a.w) dalam konteks fisikal sahaja! Disebutkan juga dalam hadith jikalah dunia yg kita berada ini diletakkan di atas hamparan Arasy Allah (a.w) ianya hanya sebesar wang syiling 2o sen sahaja.]
Para malaikat sentiasalah mendoakan orang-orang iman dengan kalimah-kalimah yg disebutkan pada ayat 7 hingga 9 di atas itu. Alangkah beruntungnya kita! Dan, malaikat juga mendoakan keburukan serta menghina orang-orang yg tidak beriman (i.e. orang kafir dan orang yg kufur atau ingkar terhadap ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w).

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment