Sunday, March 28, 2010

Solat: Peringatan ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Tahukah saudara hari ini berapa banyakkah saudara telah melakukan sesuatu yg bersifat 'baru' atau 'pembaharuan'? Pembaharuan itu bid'ah'. Dan, setiap bid'ah itu kesesatan. Dan, setiap kesesatan itu menjamin yg melakukannya masuk neraka? Kecuali, ditaubatkan. Dan, taubat itu diterima Allah (a.w). Tapi, Rasulallah (s.a.w) menyebut dalam hadith taubat pengamal bid'ah tidak akan diterima Allah (a.w), kecuali dia meninggalkan perbuatan atau amalan bid'ahnya. Setiap amalan dan ibadah yg tercemar dan dicemari oleh perkara 'baru' atau 'pembaharuan' atau 'bid'ah' itu, tidak diterima Allah (a.w)?
Saudara apakah yg 'baru' saudara lakukan pagi tadi, jikalah saudara bersolat? kita senaraikan apa yg saudara buat yg tidak dicontohkan atau dilakukan oleh Rasulallah (s.a.w). Jika tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), maka saudara tidak akur dengan firman Allah (a.w) dalam Ayat 7, Surah al-Haysr: 'Apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kamu ambil (i.e. terima dan amalkan), dan apa-apa yg ditegahnya hendaklah kamu jauhi'. Saudara telah membuat pembaharuan dalam ibadah Solat Subuh tadi pagi, jika saudara buat perkara-perkara berikut:
1. Ketika berwudu', saudara tidak menyebut kalimah 'Bismillah' ketika memulakan membasuh anggota wudu' pertama, iaitu muka;
2. Ketika berwudu', saudara melafazkan atau menzahirkan niat dengan menyebut 'nawaitu raf'al hadathil as-ghari ... atau seumpamanya;
3. Ketika berwudu', saudara tidak menyapu dengan air seluruh bahagian kepala bermula dari bahagian atas dahi hingga sampai ke tengkuk;
4. Apabila saudara berdiri hendak memulakan Solat Subuh saudara menyebut 'Usalli fardhas- Subhi ...' atau kalimah seumpamanya, kemudian mengangkat tangan untuk Takbiratul Ikhram, kerana ketika berdiri untuk solat Rasulallah (s.a.w) bersbda; 'Faiza qumtu ilas-solata fakabbir...'[Maksudnya; Maka ketika berdiri kamu untuk (memulakan) bersolat, maka takbirlah (i.e. sebutlah 'Allahu Akbar') sambil mengangkat kedua-dua tangan;
5. Ketika bangun dari Rukuk pada rakaat kedua sebelum Sujud, saudara membaca Doa Qunut (kerana tiada sandaran nas dan dalil al-Quran mahupun as-Sunnah bahawa Rasulallah (s.a.w) membaca Doa Qunut dapam Solat Subuh);
6. Apabila saudara membaca doa dalam solat, saudara mengangkat kedua tangan sebagaimana berdoa di luar solat (bagi solat yg ada bahagian doa dalamnya seperti Solat Memohon Hujan);
7. Ketika tamat solat dengan memberi 'Salam', saudara menyapu ubun-ubun atau kepala dengan tangan kanan menandakan selesai solat itu; dan
8. Jika saudara menjadi imam, saudara berzikir, berwirid dan akhirnya berdoa secara berjema'ah, i.e. saudara baca sebagai imam dan makmum aminkan doa yg dibaca Imam.
Jika saudara ikuti blog ini dan bacapost-post yg lalu (dam seterusnya post-post yg akan datang), saudara tahu an akan tahu bahawa, segala ibadah dan amalan yg dikerjakan berlainan dari apa yg dibuat oleh Rasulallah (s.a.w) tidak diterima Allah. Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Man 'amala 'amilan laisa minni, fahua raddun' [Maksud: Barangiapa beramal dengan sesuatu amalan yg tidak didatangkan dari aku Nabi, maka dia (amalannya) ditolak].
Igatlah, tiada dalam Islam dan syaraiat Islam apa yg menjadi-jadi sekarang ini iaitu keyakinan wujudnya 'bid'ah hasanah'. Rasulallah (s.a.w) dalam banyak hadith menyatakan bahawa 'semua' atau 'setiap' bid'ah adalah batil, menyesatkan dan menyebabkan yg beramal dan menganjurkan mengamalkannya masuk neraka secara pasti! Berwaspadalah. Belajarlah ilmu i.e. ilmu al-Quran dan as-Sunnah. janganlah bertaklid. Janganlah ikuti cakap-cakap orang yg jahil dan tidak faqih atau separuh jahil atau separa jahil tentang ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Yg rugi kita dan bukannya orang lain.
Saudara, kerugian di dunia boleh ditampung oleh keuntungan mendatang. Tapi, kerugian di akhirat tidak boleh diganti... Semoga saudara lebih berhati-hati. Janganlah kita dagangkan akhirat kerana dunia atau kerana taksub dgn ajaran atau pandangan orang yg jahil mengakui faqih tentang sesuatu dalam Islam! Insya Allah, amin.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment