Wednesday, March 24, 2010

Rumah tangga: Hubungan suami isteri ... (Samb)

Assalamualaikum,
Saudara kalaulah saudara memiliki tiga orang isteri, dan kemudian saudara ditugaskan oleh organisasi saudara ke London untuk satu tugasan resmi. saudara ingin membawa kesemua isteri saudara, dengan perbelanjaan sendiri, tapi saudara tidak mampu. Ketika diteliti kedudukan kewangan saudara, di dapati untuk menampung seorang isteri bolehlah, tidak memberatkan. Soalnya: saudara ada tiga, yg mana satu perlu dipilih untuk ke London bersama saudara untuk bersama saudara selama seminggu itu?
Dalam situasi realiti seumpama ini, seorang suami akan pilih sama ada isteri yg termuda di antara yg tiga atau isteri yg tercantik antara yg tiga orang atau isteri yg pandai mengambil hati dan romantis di antara yg tiga? Islam kata apa? Cuba kita lihat as-Sunnah yg mencontohkan cara dn kaedah memutuskan siapa patut ikut saudara.
Menceritakan hadith kepadaku (kata Bukhari) ... dari Qasim hadith dari Aisyah (r.ah) bahawasanya Nabi (s.a.w) ada ketika keluar (untuk musafir) mengundi antara isteri-isterinya (siapakah yg patut menemainya bermusafir), maka terbanglah (i.e. terpilihlah) undian bagi Aisyah dan Hafsyah. Dan, adapun Nabi (s.a.w) ketika malam hari berjalan-jalan kaki bersama-sama Aisyah (sambil) bercerita-cerita (i.e. berbual-bual sambil berjalan). Maka berkata (Habsyah kepada Aisyah): 'Adakah (mahu engkau) menunggang malam ini dengan untaku, dan menunggang aku unta engkau?' Maka berkata (Aisyah): 'Ya! ' Maka Aisyah pun menunggang (unta Habsyah). Maka ketika Nabi (s.a.w) datang kepada unta Aisyah, di atasnya Habsyah. maka memberi salam (Nabi (s.a.w) ke atasnya (i.e. Habsyah) kemudian berjalan unta, maka kehilanganlah (Aisyah). Maka ketika bertempat (di atas unta Habsyah) berbuat dia menjulurkan kedua kakinya di antara rumput lalang, dan berkata: 'Wahai Tuhanku! Semoga Engkau memerintahkan atasku kala jengking atau ular menggigitku dan tidak mampu aku bahawa berkata-kata sesuatu kepadanya (i.e. Nabi (s.a.w).' [Hadith Bukhari, Kitab Nikah]
Hadith ini memberikan panduan as-Sunnah tentang mengundi di kalangan isteri bagi seseorang yg memiliki isteri lebh dari satu jika ingin membawa seorang dan meninggalkan yg selainnya ketika berpergian (i.e. bermusafir). Contoh dalam kes di atas tadi. Rasulallah (s.a.w) memiliki 11 orang siteri. daripada 11 itu semuanya janda kecuali Aisyah yg dikahwininya anak dara. Antara isteri-isteri yg 10 lagi itu, seorang adalah anak Omar b Khattab, iaitu Habsyah, dan seorang adalah anak Othman ibni Affan. Aisyah adalah anak Abu Bakar as-Siddiq. Di kalangan isteri-isteri Rasulallah (s.a.w) tersebut, Aisyah dan Habsyah sangat berbaik antara satu sama lain. Dalam hadith ini dikatakan semasa diundi untuk menentukan siapa yg akan menemani Nabi (s.a.w) dalam perjalanan kaki ini, kebetulan dua undian tercabut, iaitu undi untuk Aisyah dan undi untuk Habsyah. Maksudnya, dua isteri ini perlu bersama dengan Nabi (s.a.w) dalam perjalanan kali ini.
Dalam peristiwa ini, ketika malam hari Rasulallah (s.a.w) berjalan-jalan bersama Nabi (s.a.w), seumpama bersiar-siar sebelum tidur, secara romantis. Habsyah mencadangkan kepada Aisyah supaya bertukar unta tunggangan masing-masing, i.e. Habsyah naiki unta Aisyah dan Aisyah tunggangi unta Habsyah. Ketika tiba waktu nak tidur, Rasulallah (s.a.w) menaiki unta Aisyah yg sebetulnya di tunggai oleh Habsyah. Setelah memberi salam, maka Nabi (s.a.w) dan Habsyahpun berjalanlah sehingga hikang dari pemandangan Aisyah, kemudian kembali (setelah selesai urusan dengan Habsyah). Aisyah merasa cemburu dan merajuk duduk di atas unta Habsyah sambil menghulurkan kakinya ke dalam semak lalang yg ada dengan berkata supaya disengat kala jengking atau dipatuk ular, agar Nabi (s.a.w) datang kepadanya. Ketika untanya kembali Aisyah tidak sanggup berkata apa-apa kepada Rasulallah (s.a.w) kerana perlakuan tadi itu.
Hadith ini menceritak bahawa walaupun dua isterinya telah diundi untuk bersama-sama dalam musafir tersebut, Habsyah membuat rancangan supaya Nabi (s.a.w) bersama dengannya dahulu sebelum bersama dengan Aisyah. Kebiasaannya, Aisyah yg lebih disayangi di kalangan 11 isterinya, Nabi (s.a.w) kerpkali mendahului bersama dengan Aisyah. Dalam kes ini, Habsyah didahului ditiduri oleh Nabi (s.a.w), kerana ketika naik ke unta Aisyah, Habsyah ada di dalamnya. maka setelah selesai urusan dengan Habsyah, Nabi (s.a.w) pun kembali ke tunggangan Aisyah (i.e. unta Habsyah).
[Nota: Ada hadith yg menyebutkan bahawa Nabi (s.a.w) pernah meniduri 11 isterinya itu semalam-malaman dengan menggelerkannya, dan dia hanya mandi wajib sekali setelah selesai urusan dengan 11 orang isterinya. Ini tidak menakjubkan. Nabi Sulaiman (a.s) yg memiliki 100 orang isteri, meniduri kesemua semalam-malaman secara bergeler-bergeler. Kemudia dia berkata kesemua isterinya akan hamil dan melahirkan anak-anak yg apabila besar menjadi panglima perang. Oleh kerana beliau tidak berkata 'insya Allah', maka hanya seorang sahaj isterinya yg hamil dan akhirnya melahirkan seorang anak yg cacat!]
Mesej dalam hadith ini sebagai panduan suami yg mempunyai lebih dari satu isteri, hendaklah dia menggelerkan meniduri isterinya. Jika musafir, maka hendaklah diadakan pengundian di kalangan isteri-isterinya, maka yg naik nama dibawa bersama. dalam hadith lain disebutkan, jika seorang suami itu mengahwini isteri baru anak dara, amaka 'honeymoon'nya adalah tujuh hari, dan jika mengahwini seorang janda, 'honeymoon'nya, tiga hari sahaja.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment