Thursday, March 18, 2010

Jihad dalam Islam, apa dia?

Assalamualaikum,
Saudara, kita selalu mendengar orang bercakap tentang 'jihad'. Lain orang bercakap, lain maksudnya. Pada masyarakat Barat 'jihad' adalah perkataan yg sering didengar mereka. Malah mereka membenci orang yg menyebutnya. malah orang yg menyebutnya dianggp musuh kerana mereka dilabelkan 'terrorists' seumpama kumpula al-Qaeda, atau Jema'ah Islam Militan di Indonesia, atau MNLF di Filpina dan seumpamanya.
Jihad dalam Islam adalah lain. Untuk mengetahui apakah sebenarnya jihad, kita perlu rujuk kepada sumber yg haq iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Insya Allah dalam post-post yg akan datang, kita akan teliti jihad ini dalam konteks Islam yag sebenarnya itu.
Bagi seseorang yg ingin memahami 'jihad' ini, mereka wajib faham beberapa firman Allah (a.w) dalam al-Quran dan beberapa panduan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Paling minima, mereka wajib fahami ayat-ayat berikut:
1. Surah as-Sof, Ayat 10 hingga 13
2. Surah at-Taubah, Ayat 38 dan 39
3. Surah at-Taubah, Ayat 41;
4. Surah at-Taubah, Ayat20 dan 21,
5. Surah at-Taubah, Ayat 111 dan 112
dan potongan-potongan hadith dalam kitab-kitab hadith sekurang-kurangnya an-Nasa'i, kerana an-Nasa'i banyak membekalkan sumber hadith hukum hakam mengenai jihad dalam Islam.
Insya Allah , kita akan teliti firman-friman tersebut serta beberapa hadith an-Nasa'i, yg akan membolehkan kita mendapat kefahaman yg minima tetapi jelas apa yg dimaksudkan dengan 'jihad' dalam syariat Islam.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment