Saturday, January 2, 2010

Surah al-Kauthar dan Bid'ah

Assalamualaikum,
Apabila kita membincangka isu 'bid'ah' kita tidak terlepas dari meneliti ketetapan Allah (a.w) dalam Surah al-Kauthar. Malangnya ramai para ulama' dan ilmuwan Islam yg meringankan ketetapan Surah tersebut apabila mereka mentafsirkan atau menterjemahkannya. Sebenarnya, Rasulallah (s.a.w) telahpun mentafsirkan Surah tersebut dalam as-Sunnah. Kita turunkan di bawah ini, ketetapan as-Sunnah tentang al-Kauthar itu.
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Pada suatu ketika antara kumpulan kami mengehendaki bertemu dengan Nabi (s.a.w) ketika itu Nabi (s.a.w) dalam keadaan mengantuk suatu rasa mengantuk yang amat sangat (yakni, kadangkala terjatuh atau terkulai kepalanya), kemudian diangkatnya kepalanya sambil tersenyum. ‘Maka bertanya aku (Anas) kepadanya: ‘Apakah yang (membuatkan) engkau wahai Rasulallah (s.a.w) tersenyum?’ ‘Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Telah diturunkan oleh Allah (a.w) atasku sebentar tadi satu surah (dan membacanya) [Nota: Sila baca Surah tersebut, ayat per ayat] (i.e. Bismillahir-rahmanir-rahim @ Inna a’taina kal kauthar @ Fasalli-lirabbika wan-har @ Inna syaniaka hual-abtar @ [Maksud: Dengan nama Allah (a.w) yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Sesungguhnya Kami (Allah (a.w)) memberikan kepada engkau (Wahai Muhammad (s.a.w)) telaga al-Kauthar @ Maka bersolatlah engkau kepada Tuhan engkau dan (sembelihlah) qurban @ Sesungguhnya orang yang benci (kepada) engkau itu (yakni, tidak mengikuti syariat yang engkau bawakan)) terputuslah (dari apa-apa hubungan dengan engkau) (yakni, ditolak amalannya)@’[yakni, Surah al-Kauthar yang mengandungi hanya tiga ayat].
‘Kemudian bersabda Nabi (s.a.w) (bertanya kepada para sahabat yang ada): ‘Apakah tahu engkau apa itu al-Kauthar?’ ‘Maka berkata aku (Anas): ‘Allah (a.w) dan Rasulnya sahajalah yang tahu.’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Maka sesungguhnya sungai (telaga) al-Kauthar itu menjanjikan padaku oleh Tuhan dalam Syurga, adapun gayungnya (atau pencedoknya) lebih banyak daripada hitungan bintang-bintang di langit. Akan datang kepadanya (yakni, ke telaga itu) umatku (untuk minum bagi menghapuskan kedahagaan yang amat sangat yang mereka alami semasa mereka berada di padang Makhsyar), maka ditolak (oleh Allah (a.w), yakni malaikat yang menjaganya) hamba-hamba (yakni, manusia) darinya. Maka bersabda aku (Nabi (s.a.w): ‘Ya Tuhanku (Allah (a.w))! Bukankah mereka (yang ditolak itu) dari umatku?’ ‘Maka berfirman Allah (a.w): ‘Sesungguhnya engkau (Muhammad (s.a.w)) tidak tahu apa-apa yang diperbaharui (yakni, membuat pembaharuan oleh umatmu terhadap syariatmu atau menyeleweng mereka dari syariatmu, seperti berbuat bid’ah) oleh mereka (tentang syariat ugamamu, yakni Islam) setelah engkau tiada (yakni, sesudah wafat Rasulallah (s.a.w)).’ [Hadith sahih an-Nasa’i & juga Hadith Muslim]
[Nota: Wahyu yang diterima oleh Rasulallah (s.a.w) tersebut merangkumi pertama, ayat ‘Basmalah'; dan kedua, Surah al-Kauthar tersebut bersekali. Maksudnya, ‘Basmalah’ itu diturunkan sekali, bukanlah dibaca oleh Rasulallah (s.a.w) sebelum membacakan Surah al-Kauthar tersebut.]
Perkara yg perlu kita ambil ingatan adalah, seperti berikut:
1. Ayat atau kalimah 'Basmalah' itu diturunkan melalui wahyu kepada Rasulallah (s.a.w) bersekali dengan turunnya Surah al-Kauthar ini;
2. Ayat 'Basmalah' bukanlah ayat permulaan surah-surah al-Quran;
3. Ayat 'Basmalah' adalah sebahagian dari ayat-ayat Surah an-Najmi (iaitu Ayat 30); dan
4. Orang yg pertama yg menggunakan kalimah 'Basmalah' ini diberitahu oleh Allah (a.w) adalah Nabi Sulaiman (a.s) yg menulis surat kepada Raja Balkisy yg pada masa itu menganuti ugama menyembah api, supaya memeluk ugama yg dibawakan oleh Nabi Sulaiman (a.s), ugama Allah (a.w) untuk umatnya.
Apakah mesej utama Surah al-Kauthar itu? Mesej inilah yg diringankan oleh para ulama' dan ilmuwan Islam apabila ditafsirkan 'al-kauthar' it sebagai 'nikmat yg banyak' dan menterjemahkan 'abtar' sebagai 'terputus dari rahmat' atau 'kerahmatan Allah (a.w)'. Mesej sebenarkan Surah ini adalah seperti berikut:
1. Allah (a.w) telah mengurniakan kepada Rasulallah (s.a.w), di akhirat kelak, Telaga al-Kauthar;
2. Allah (a.w) mengulangi perintahNya supaya Rasulallah (s.a.w) (dan umatnya) mengerjakan Solat Aidil Adha;
3. Allah (a.w) memerintahkan manusia supaya mengerjakan ibadah qurban pada 10 Zulhijjah dan tiga hari Hari Tasyrik, sebagai ibadah tambahan yg amat tinggi pahalanya di sisi Allah (a.w); dan
4. Allah (a.w) memberitahu bahawa sesiapa yg mengubah atau meminda atau membuat sesuatu pembaharuan kepada syariat Islam yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) itu terputus hubungan dengan beliau dan mereka itu tidak diakui oleh Allah (a.w) sebagai umat Muhammad.
Rasulallah (s.a.w) menjelaskan dalam hadith tersebut bahawa di akhirat kelak (i.e. semasa perhimpunan besar di padang makhsyar), sangat sulit bagi manusia kerana matahari didekatkan hanya sejengkal di atas kepala mereka dan bumi pula ketika itu adalah tembaga yg dipanaskan oleh matahari. Maka apabila terkena cahaya matahar yg begitu hampir pastilah terlalu panas sehinggakan lelehan peluh manusia ketika itu ada yg sampai menghapuskan hidung mereka dan mereka kelemasan, tetapi tidak mati! Ada yg peluh mereka sampai ke para buku lali, ada sampai ke paras pinggang dan ada sampai ke paras siku dan ada juga sampai ke paras hidung, bergantung kepada banyak sedikitnya amalan dan ibadah semasa di dunia. Dengan itu manusia merasai terlalu dahaga. Mereka berduyun-duyunlah pergi ke Telaga al-Kauthar untuk minum airnya. Malangnya segolongan umat Islam dihalang oleh para malaikat yg menjaga, tidak dibenarkan oleh mereka menghampirinya dan apatah lagi minum airnya. Kerana sesiapa yg minum air Telaga al-Kauthar itu tidak akan merasa kehausan selama-lamanya. Lamanya manusia menunggu untuk mendapatkan Kitab Catatan Amalan mereka adalah 50 tahun, kiraan tahun dan waktu akhirat. Kita diberitahu sehari di akhirat adalah bersamaan dengan 1,000 tahun kiraan tahun dunia!
Mengapakah sebahagian umat Islam tidak dibenarkan minum air al-Kauthar? Hadith di atas menjelaskan dalam bentuk kata-kata para malaikat yg menyampaikan firman atau ketetapan Allah (a.w) bahawa selepas wafatnya Rasulallah (s.a.w) umat Islam telah mengubah syariat Islam - mengadakan tambahan atau pindaan atau perubahan lain - yg menjadikannya amalan dan ibadah yg terkeluar dari apa yg disampaikan atau dibawakan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Maksudnya, orang Islam membuat 'pembaharuan kepada perkara ugama' atau berbuat 'bid'ah'. maka mereka dihukum Allah (a.w) tidak layak dikira atau digolongkan sebagai umat Muhammad (s.a.w), wal iya zubillah!
Semoga kita tidaklah tergolong dari kalangan mereka yg ditegah dari menikmati air Telaga al-Kauthar itu. Kerana jika tidak diktiraf sebagai umat Muhammad (s.a.w), bererti kita kerjakan amalan dan ibadah tetapi tidak diterima segala amalan dan ibadah kita. Tambahan pula, segala dosa yg kita lakukan kekal dosa. Kita akan masuk neraka, dan kita hanya akan dapat syurga setelah dibersihkan dari dosa. Di dalam hadith disebutkan sesiapa yg ada keimanan terhadap Allah (a.w) walalupun sebesar zahrah akan dapat masuk syurga. Begitulah juga sesiapa yg akhir kalamnya kalimah Tahlil i.e. 'Lailaha illallah', akan merasa syurga, setelah dibersihkan dalam neraka, wal iya zubillah!
Apakah gunanya kita bersusah payah mengerjakan amalan dan ibadah, tetapi kerana amalan dan ibadah tersebut menyimpang dari atau berlainan dari apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), kita melakukan sesuatu yg bid'ah. Rugilah kita dan bahayalah kehidupan dan kebajikan akhirat kita.
Semoga kita sempat meneliti dan menghisab amalan dan ibadah kita. Menghisab bukan kerana banyak sedikitnya ibadah dan amalan, tetapi sama ada ibadah dan amalan kita menepati sabda Rasulallah (s.a.w): 'Aku tinggalkan kepada kamu sekelian dua perkara, yg jika kamu berpegang dengannya, nescaya tidk akan sesat kamu sekelian selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan Sunnah NabiNya (i.e. as-Sunnah).' Hadith ini sebenarnya mengulangi ketetapan Allah (a.w) dalam Ayat 13, Surah an-Nisa'. Allah (a.w) berfirman: 'Sesiapa yg taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah), akan Aku (Allah (a.w) masukkan ke dalam syurga ...' [Ayat 13, Surah an-Nisa']
Mudah-mudahan kita mendapat pengajaran dan berusaha meningkatkan kefahaman kita dan memperbaiki amalan dan ibadah kita, insya Allah. Amin
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment