Friday, January 22, 2010

Hanya yg Islam sahaja mendapat syurga!

Assalamualaikum,
Tidak lama dulu ada berita mengatakan bahawa majoriti kaum muda Melayu, termasuklah mereka yg berjaya dalam bidang korporat dan politik, yg Islam tetapi tidak mengerjakan apa yg diperintahkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dan pada masa yg sama mereka ini seringlah pula mengerjakan apa-apa yg ditegah atau dilarang oleh Allah (a.w). Mereka inilah yg tergolong dalam istilah 'pasiq' = tidak mengerjakan sebarang ibadah atau amalan yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) atau mereka tergolong sebagai orang yg disitilahkan 'menganianya diri sendiri' = orang yg melakukan kemaksiatan atau melanggar perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Kedua-dua golongan orang Islam ini akan dapati bahawa Kitab Catatan Amalannya kosong dengan pahala dan penuh dengan dosa.
Sesiapa yg tidak Islam, maka dia tidak akan dapat syurga kerana hanya Islam ugama yg diterima (i.e. diredai) Allah (a.w), menurut firman Allah (a.w) pada Ayat 19, Surah ali-Imran:
1. Firman Allah (a.w): 'Innad-dina 'indalahil-Islamu' [Maksud: Sesungguhnya ugama di sisi Allah (a.w) itu kecuali Islam] [Ayat 19, Surah ali-Imran]
Seseorang yg mengucap kalimah syahadahnya telah menganuti Islam dan dengan itu di buka Buku atau Kitab Catatan Amalan baginya. Malaikat Rakib dan Atid yg sentiasalah berada bersama-sama setiap orang akan mencatitkan segala amalan baik (i.e. ketaatan) dan amalan buruk (i.e. kemungkarannya). Kitab inilah yg akan diberikan kepada setiap manusia ketika menghadiri diri di perhimpunan agung terbesar di padang makhsyar di akhirat kelak. Disebutkan dalam al-Hadith bahawa setiap halaman (i.e. mukasuartnya) adalah sejauh mata memandang. Setiap seorang memiliki 99 buah kitab!
Orang yg tidak Islam, i.e. kafir, tidak akan dibuka sebuah kitab sedemikian baginya, krana tiada apa kebaikan yg boleh dicatitkan di dalamnya!
2. Firman Allah (a.w): 'Waman (-ai) yattagha ghairal-islami dinan falan (-ai) yuqbala minhu wa-hua fil-akhirati minal khosirina) [Maksud: Barangsiapa yg mencari selain Islam sebagai ugama pegangannya maka tidak sekali-kali diterima darinya (sebarang amalan dan ibadahnya) dan dia di akhirat kelak adalah dari kalangan orang yg rugi besar (i.e. masuk neraka)]. [Ayat 85, Surah ali-Imran]
Ayat di atas adalah nas dan dali al-Quran bahawa seseorang yg tidak Islam itu, walau bagaimana baiknya segala amalan dan ibadahnya, dalam apa jua bentuk, tidak membaeri manfaat padanya, i.e. tidak diberi sebarang ganjaran pahala. Di ahirat kelak, bermula dari dalam kubur lagi, mereka akan diisksa dan akhirnya dicampakkan ke dalam neraka. Jsuteru itu, bagi mereka yg tidak Islam maka, wajarlah mereka fikirkan masa depan selepas matinya. Seseorang yg tidak Islam, kemudian masuk Islam makan, segala dosanya sebelum Islam dihapuskan dan diberi pula ganjaran pahala kerana masuk Islam. Dan, mulai dari saat dia melafazkan dua kalimah syahadah itu Kitab atau Buku Catitan Amalannya dibuka untuknya.
3. Firman Allah (a.w): 'Innal lazina kafaru ba'da imanihim thummad-dadu kuffaran lan tuqabbala taubatuhum wa-ulaika humud-dallauna.' [Maksud: Sesungguhnya orang-orang yg kafir setelah mereka beriman kemudian dia kembali menjadi kafir, tidak sekali-kali diterima taubat mereka, dan adalah mereka itu orang yg telah sesat se-sesatnya.] [Ayat 90, Surah ali-Imran]
Suatu masa dulu heboh bahawa ramai muda mudi Melayu yg murtad kerana banyak sebab antaranya mengikuti ugama-ugama lain seumpama Kristian kononnya mereka dipengaruhi oleh dakyah padri-padri mereka mengatakan bahawa segala dosa-dosa mereka lakukan semasa hidup telah ditanggung beres oleh 'Jesus' kerana 'Jesus' mengorbankan dirinya ketika disalib oleh orang-orang yg menentangnya! Di dalam Islam tiada siapa boleh pikul dosa orang lain.
Firman Allah (a.w) ini mengingatkan kita yg Islam supaya jangan murtad, i.e. keluar Islam, dan anuti ugama lain. Kerana sudah pastilah taubatnya tidak diterima Allah (a.w). Di dalam al-Quran Allah (a.w) memberitahu kita bahawa semua dosa boleh ditaubatkan, dan insya Allah, jika dikehendakinya, Allah (a.w) akan ampunkan, tetapi dosa syirik, i.e. dosa tidak mengakui keEsaanNya tidak dapat diterima Allah (a.w)!
4. Firman Allah (a.w): 'Innal-lazina kafaru wa-matu wahum kuffarun falan (-ai) yuqbala min ahadihim milul-ardhi zahaban walaiftada bihi; ula ika lahum 'azabun alimun wama lahum min-nasirina' [Maksud: Sesungguhnya orang yg kafir (i.e. tidak Islam) dan mati mereka dan mereka mati seorang yg kafir maka tidak sekali-kali akan diterima Allah (a.w) dari setiap seorang mereka harta kekayaan berbentuk emas sebesar dunia dan isinya untuk menebus dosa-dosanya dengan kekayaan tersebut; mereka itulah bagi mereka azab yg sangat pedih (i.e. masuk neraka) dan tiada bagi mereka orang yg boleh menolong.] [Ayat 91, Surah ali-Imran]
Seseorang yg tidak Islam dan mati kekal tidak Islam maka kalaupun semasa di dunia duli dia adalah 'superkaya' melebihi taraf billionaire atau millionaire sekalipun, mempunya kekayaan sebanyak sebuah dunia dan segala isinya dalam bentuk emas (atau apapun), untuk menebus atau merasuah Allah (a.w) supaya dosa-dosanya dihapuskan, tidak akan diterima Allah (a.w). Mana mungkin? Allah (a.w) teramat kaya kerana dia memiliki segala-galanya yg ada dalam tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi. Masakan dia boleh dirasuah??
Dengan bersandarkan nas dan dalil al-Quran di atas itu, maka kita akan faham bahawa sekiranya tidak Islam tidak akan dapat masuk syurga. Justeru itu jugalah disebutkan dalam as-Sunnah bahawa sesiapa yg yakin walaupun sebesar habuk dalam hati sanubarinya bahawa Allah (a.w) yg Esa itu wujud, sepanjang hidupnya tidak mengerjakan sebarang amal ibadah dan membuat segala maksiat dan kemungkaran, akan masuk neraka, dan setelah menjalani pembersihan di dalam neraka, akhirnya dapat juga masuk syurga:
Di dalam Islam, bersandarkan as-Sunnah, kita disuruh ajarkan seseorang yg naza' atau dalam 'sakratul maut' itu, menyebut kalimah ‘talqin’, iaitu membaca kalimah ‘lailaha illallah’. Antara perkara yang penting kita ambil perhatian adalah kita hendaklah mengajarkan atau menyuruh saudara yang akan mati itu menyebut, dan ulangi sebutannya, kalimah ‘talqin’, iaitu ‘lailaha illallah’. Waris dan saudara mara yang berada di sisinya hendaklah sering membisikkan kalimah tersebut di telinganya, dengan harapan dia menyebutnya semasa dia menghembuskan nafas terakhirnya. Ini disebutkan di dalam hadith berikut:
5. Menceritakan hadith oleh Yahya bin ‘Umarah berkata: ‘Aku mendengar Aba Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Laqqinu mautakum qaula ‘lailaha ilallah’ [Maksud: Nescaya mengajarkanlah oleh kamu sekelian orang-orang yang akan mati di kalangan kamu sekelian kalimah atau perkataan ‘lailaha illallah’.’] [Hadith Bukhari]
Hadith yang sama juga diriawayatkan di dalam Sunan Abu Daud, menyebutkan Abi Said al-Khudri (r.a) juga (yakni, hadith yang sama):
6. Menceritakan hadith dariada Yahya bin Umarah berkata: ‘Aku mendengar Aba Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Luqqinu mautakum qaula ‘lailaha ilallahi’ [Maksud: Nescaya mengajarkanlah oleh kamu sekelian orang-orang yang akan mati dari kalangan kamu sekelian kalimah (atau kalimah ‘talqin’ iaitu) ‘Lailaha ilallahi’] [Hadith Abu Daud]
Suruhan Rasulallah (s.a.w) yang sama terdapat dalam Sunan ibnu Majah, iaitu hadith daripada Abu Hurairah (r.a) menyebutkan kalimah yang sama, iaitu:
7. Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Luqqinu mautakum: ‘lailaha illallah’ [Maksud: Mengajarkanlah oleh kamu orang yang akan mati di kalangan kamu (kalimah talqin) ‘lailaha illallah’][Hadith ibnu Majah]
Mengikut hadith-hadith di atas Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita yang berada di sisi orang yang akan mati, yakni sakit tenat atau dalam keadaan akan mati atau sedang naza’, mengajarkannya supaya menyebut kalimah ‘talqin’, iaitu ‘lailaha illallah’ itu. Sebahagian besar para ulama’ menterjemahkan kalimah ‘mautakum’ itu sebagai ‘jenazah’ atau ‘mayat’. Maka dengan itulah kita amalkan membaca Surah Yaasin dan lain-lain surah al-Quran sebelah si mati. Inilah hujjah kenapa kita disuruh bacakan Surah Yaasin atas mayat atau jenazah.
Masakan munasabah kita mengajarkan mayat kalimah tersebut! Begitulah juga, pada hadith berikut Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita membacakan Surah Yaasin kepada seseorang yang dalam keadaan yang sama, iaitu naza’ atau hampir akan mati. Tetapi, segolongan besar para ulama’ mentafsirkan kalimah ‘mautakum’ itu ‘mayat’ atau ‘jenazah’. Maka mereka memberi justifikasi bahawa dibolehkan membaca Surah Yaasin atas mayat atau jenazah. Sebenarnya, yang disuruh Rasulallah (s.a.w) adalah kita baca pada orang masih hidup tetapi hampir akan mati, bukan mayatnya atau bukan jenazahnya.
Mengapa disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) berbuat sedemikian? Disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) di dalam hadith berikut:
8. Diriwayatkan hadith daripad Muadz bin Jabal (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa ada kalimah terakhirnya (yakni, sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir) kalimah ‘lailaha illallah’, masuk syurga.’[Hadith Abu Daud]
Rasulallah (s.a.w, yang bercakap berpandukan wahyu daripada Allah (a.w) menyatakan jika kalimah terakhir keluar dari mulut seseorang yang akan mati itu ‘lailaha illallahu’, maka syurga diperolehinya.
[Nota: Para ulama’ berselisih pendapat dalam menterjemahkan perkataan (atau kalimah) ‘mautakum’ itu. Ulama’ yang menggalakkan kita membaca Surah Yaasin atas jenazah berpendapat bahawa kalimah 'mautakum' tersebut bermaksud ‘mayat’ atau ‘jenazah’. Separuh ulama’ yang lain mentafsirkan kalimah tersebut bermaksud ‘orang yang hampir hendak mati’ atau ‘orang yang akan mati’, kerana Surah Yaasin yang memberi pertolongan bagi mereka yang hidup, yakni masih bernyawa.]
Apakah keistimewaan Surah Yaasin itu? Ini diperjelaskan dalam hadith; iaitu:
9. Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya bagi tiap-tiap sesuatu yg hidup itu ada ‘hati’ (yang menentukan perbuatan dan percakapa dan segala keperibadiannya), dan hati al-Quran itu adalah Surah Yaasin’.[Hadith at-Termidzi].
Di dalam sepotong hadith lain Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa barangsiapa membaca Surah Yaasin seumpama khatam al-Quran sepuluh kali.
[Nota: Kalimah ‘lailaha illallah’ adalah kalimah pengakuan seseorang manusia yang berikrar bahawa wujud Allah (a.w) dan dia beriman dengan Allah (a.w), yakni tiada tuhan yang lain. Oleh yang demikian, seseorang yang telah melafazkan ikrar sedemikian adalah dianggap Islam. Jika dia tidak mengerjakan sebarang amalan sebagai seorang Islam maka dia adalah pasiq (i.e. ingkar suruhan Allah (a.w) atau menganianya diri sedniri apabila melakukan sesuatu yang ditegah, maka akan diseksa di neraka, tetapi kerana keimananya itu, akhirnya masuk syurga juga. Ini disebutkan di dalam hadith:
10. Diriwayatkan hadith daripada Anas (r.a) berkata Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Akan dikeluarkan dari neraka (pertama) orang yang menyebut ‘lailaha illallah’, apabila di dalam hatinya terdapat keimanan sebesar ‘syairah’ (biji gandum), (kedua) akan dikeluarkan dari neraka orang yang menyebut ‘lailaha illallah’ apabila ada di dalam hatinya keimanan seberat ‘burrah’ (biji gandum halus), dan (ketiga) akan dikeluarkan dari neraka orang yang menyebut ‘lailaha illalallah’, apabila ada keimanan di dalam hatinya sebesar ‘zarrah’ (debu)’. [Hadith Bukhari]
Maksudnya: seseorang yang menyebut kalimah tersebut adalah mengesahkan Iktiqadnya bahawa dia Islam, justeru itu berhaq mendapat syurga di akhirat kelak, setelah dibasuh atau disucikan dari dosa-dosanya di dalam nerak, apabila dia berdosa atau apabila dia tidak bertobat dari dosa-dosanya. Jelasnya, dia Islam.
Oleh yg demikian bagi kita yg berkesempatan berada di sisi seseorang ahli keluarga atau orang yg disayangi ketika nak mati janganlah buat lain-lain perkara, ajarkanlah dengan membisikkan di telinganya kalimah Tahlil i.e. 'lailaha ilallah' itu supaya sentiasalah disebutkan ketika menghadapi saat maut. Janganlah ajar yg lain. Dan, bagi mereka yg hadir melawat orang yg akan mati bacalah Yaasin tetapi janganlah kuat sehingga menghalang dia untuk menyebut kalimah Tahlil i.e. 'lailaha illallah' itu. Insya Allah.
Amin
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment