Assalamualaikum,
Apabila kita membincangkan ilmu dalam Islam kita tidak boleh teliti ilmu itu mengikut kacamata atau tradisi pengilmuan ala Barat. Dalam Islam kita disuruh Allah (a.w) bahawa janganlah kita buat sesuatu tanpa terlebih dahulu tahu kita akan ilmunya, atau mengapa perlu dibuat begitu dan begini. Inilah firman Allah (a.w) dalam Ayat 36, Surah al-Isra':
Firman Allah (a.w): ' Wala taqfu ma laisa bihi ilmun' [Maksud: Janganlah kamu lakukan sesuatu tanpa kamu mengetahui ilmu mengenai terlebh dahulu] [Ayat 36, Surah al-Isra']
Kita tidak boleh buat sesuatu amalan atau ibadah tanpa terlebih dahulu kita belajar mengenai amalan dan ibadah tersebut. Rasulallah (s.a.w) memberi kita panduan yg sama dengan sabdanya:
'Al-ilmu qabla amal' [Hendaklah berilmu dahulu sebelum mengerjakan sesuatu amalan] [Hadith at-Termidzi]
Kalau kita beramal tanpa ilmu maka kita akan mengerjakan amalan dalam kejahilan atau secara taklid atau ikut-ikutan. Sipolan atau sianu kata begini dan begitu, kita pun buat begini dan begitu. Dalam Islam amalan dan ibadah yg dikerjakan tanpa sandaran ilmu tidak diterima Allah (a.w). Maka dengan itulah dalam Islam itu umat Islam diwajibkan mempelajari ilmu:
Diriwayatkan hadith daripada Annas bin Malik (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Menuntut (belajar) ilmu (iaitu ilmu mengenai syariat Islam itu) fardu (wajib) atas setiap orang Islam... .’ [Hadith Ibnu Majah]
dan mempelajari ilmu itu tidak ada kesudahannya. Maka dengan itulah Rasulalalh (s.a.w) menyebut dalam Islam kita wajib mempelajari ilmu mula dari dalam buaiyan (i.e. ketika mula berakal, i.e. faham sesuatu) sehinggalah ke liang lahad (i.e. akhir hayat kita).
Tapi, dalam Islam sumber ilmu bukanlah kitab-kitab atau pendapat manusia. Sumber ilmu dalam Islam hanyalah dua sahaja:
Diriwayatkan hadith daripada Abdillah bin ‘Amru (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ilmu yang wajib dituntut (yakni, dipelajari itu) tiga. Maka apa-apa ilmu yang dibelakang demikian itu (yakni, selain selepas yang tiga itu) adalah tambahan (sahaja): Ayat-ayat yang menghukum (yakni, al-Quran), as-sunnah yang tegak (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith), dan hukum faraid yang adil (yakni, ilmu faraid iaitu ilmu pembahagian harta pesaka).’ [Hadith Ibnu Majah]
[Nota: Apabila kita pelajari al-Quran dan as-Sunnah secara tidak langsung kita akan mempelajari hukum faraid. Jusetru itu, ilmu yg haq dipelajari serta difahami dan dijadikan panduan berugama serta panduan hidup orang iman adalah dua, iaitu al-Quran dan as-Sunnah.
Ramai orang Islam silap. Mereka meneliti tulisan ulama' itu dan ini. Tapi, mereka tidak mempelajari secara formal dan secara sempurna al-Quran dan as-Sunnah. Kalau adapun mereka ambil sedikit sedikit tidak semua dalam sistem pembelajaran moden. Mereka akan meneliti ratusan buku atau kitab atau tulisan mahaguru dan para ulama' dari zaman tabi'in sehinggalah ke zaman kini. Inilah kaedah pengilmuan akademik ala Barat dalam bidang-bidang ilmu yg membolehkan seseorang itu mendapat ijazah formal Sarjana atau PhD. Mereka tidak mempelajari al-Quran atau as-Sunnah. Mereka mempelajari tulisan dan pendapat manusia tentang sesuatu dalam Islam. Tanpa panduan asas al-Quran dan as-Sunnah manusia akan tergelincir, menyeleweng atau tersesat!
Ramai orang Islam silap. Mereka meneliti tulisan ulama' itu dan ini. Tapi, mereka tidak mempelajari secara formal dan secara sempurna al-Quran dan as-Sunnah. Kalau adapun mereka ambil sedikit sedikit tidak semua dalam sistem pembelajaran moden. Mereka akan meneliti ratusan buku atau kitab atau tulisan mahaguru dan para ulama' dari zaman tabi'in sehinggalah ke zaman kini. Inilah kaedah pengilmuan akademik ala Barat dalam bidang-bidang ilmu yg membolehkan seseorang itu mendapat ijazah formal Sarjana atau PhD. Mereka tidak mempelajari al-Quran atau as-Sunnah. Mereka mempelajari tulisan dan pendapat manusia tentang sesuatu dalam Islam. Tanpa panduan asas al-Quran dan as-Sunnah manusia akan tergelincir, menyeleweng atau tersesat!
Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) berpesan dengan sabdanya: 'Aku tinggalkan kepada kamu sekelian dua perkara (i.e. hazanah panduan ilmu, amalan dan ibadah serta panduan hidup mukmin), yg jika kamu berpegang dengannya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya (mencari siratul mustaqim, i.e. kerahmatan Allah (a.w), yakni syurga), iaitu Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan sunnah RasulNya (i.e. as-Sunnah)' [Hadith].
Namun, hari ini, sistem dan kaedah pengilmuan dalam Islam dan syariatnya sudah diBaratkan. Peljar pindok tidak ada nilai dunia lagi. Pelajar institusi seumpama universiti atau kolej, terutama mereka yg mempamirkan ijazah Sarjana atau PhD, disanjung, diundang untuk bercakap dan menyebarkan ilmu atau menguruskan umat Islam. Ramai pula diangkat sebagai ulama' dan diberi keutamaan dalam menyampaikan hukum dan fatwa! Oleh kerana itulah kita dapat begitu ramainya orang Islam - termasuk ulama' dan ilmuwan - yg tidak benar-benar faham apakah yg dimaksudkan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu. Kerana mereka tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah sebaliknya melihat kepada pendapat dan pandangan manusia dalam meneliti konsep ini. Kalau mereka rujukpun, mereka akan menidakkan apabila terdapat pertentangan antara pendapat mereka atau pendapat mahaguru mereka dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Sebenarnya 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu jelas dalam al-Quran dan as-Sunnah. Bukanlah apa yg dikatakan apa yg dirumuskan oleh ulama' spt as-Sya'ari dan sebagainya. Perinciannya sudah ada dalam as-Sunnah, kalaulah kita usahakan meneliti 'as-Sunnah', i.e. perlakuan Rasulallah (s.a.w) dan khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin. Itu sudah lebih dari cukup menjelaskan siapa tergolong sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu.
Semoga saudara yg membaca blog ini dapat sedikit kefahaman. Sebahagiannya telah dihuraikan dalam tulisan dalam post yg lalu. Amin
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment