Assalamualaikum,
Isu khusyu’ dan ikhlas adalah utama dalam apa-apa ibadah, terutama solat. Kita perlu tenang dan tidak tergopoh-gapah atau tergesa-gesa semasa datang untuk bersama-sama dengan makmum lain ketika masuk untuk bersolat jema’ah. Dan, apabila kita kerjakan solat, kita hendaklah tenang dan tertib, dan tidak terburu-buru, sama ada dalam rukun qaulinya (i.e. bacaan) atau rukun fe’linya (i.e. perbuatan atau perlakuan). Kita diberitahu bahawa semasa solat kita berhadapan dengan Allah (a.w) untuk membuktikan secara terbaik pengabdian kita terhadapNya. Kita sering diperingatkan oleh tok-tok guru bahawa walaupun kita tidak dapat melihat Allah (a.w), Allah (a.w) tetap dapat melihat kita dalam mengerjakan ibadah.
Kekhusyukan mengerjakan sebarang amalan dan ibadah adalah satu pra-syarat yang amat penting dan utama dalam Islam. Oleh kerana solat adalah amalan yang paling pennting bagi seorang Islam dan beriman, kerana solatlah yang menentukan fate kita yang Islam di akhirat kelak, maka kehusyukan dalam solat adalah paling utama. Di dalam Surah al-Mukminun, disebutkan beberapa sifat orang yang mukmin, yakni beriman, itu adalah apabila dia bersolat dia sentiasa khusyuk. Inilah syarat pertama seorang yang dikira beriman. Orang yang tidak khusyu’ dalam solatnya masih belum sempurna keimanannya.
1. Firman Allah (a.w): ‘Al-lazinahum fi solatihim khasyi’una.' [Maksud: (Orang yg beriman itu) Iaitu orang yang di dalam solatnya dia khusyu’] [Ayat 2, Surah al-Mukminun]
Di dalam Islam, segala amalan itu hendaklah dikerjakan dengan sepenuh keikhlasan. Keikhlasan bermaksud, segala yang kita lakukan adalah dengan satu tujuan sahaja iaitu menepati perintah Allah (a.w) dalam Ayat 57, Surah al-Isyra’, iaitu:
2. Firman Allah (a.w): ‘Wa-yarjuna rahmatahu wa-yakhafuna ‘azabahu ...)'[Maksud: Dan (kerana) mencari kerahmatan Allah (a.w) (i.e. ingin mendapat syurga Allah (a.w)) dan takutkan ‘azab Allah (a.w) (i.e. neraka Allah (a.w)) ...] [Ayat 57, Surah al-Isyra’]
Maka dengan itu, kekhusyu’kan dalam solat itu berpunca dari niat kita ketika mengerjakan solat, sebagaimana kita mengerjakan amalan-amalan lain, kita lakukan dengan sepenuh keikhlasan. Sememangnya Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) perintahkan kita kerjakan banyak perkara, namun kita wajib ingat bahawa perintah-perintah tersebut adalah kerana menyedari bahawa kita diberi peluang hidup di dunia semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah (a.w), i.e. sejajar dengan firman Allah (a.w) pada Ayat 57, Surah az-Zariat: (maksud) ‘Tidak Aku (Allah (a.w) jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepadaKu (Allah (a.w)’. Namun, bagi memperolehi ganjaran pahala yang termungkin dari segala pengabdian tersebut, kita perlu ikhlas sebagai tanda syukur kita kepada Allah (a.w) yang telah memberi kita peluang hidup di dunia ini. Justeru itu, dalam mengerjakan solt, kita perlu khusyu’ sebagai bukti keikhlasan kita dalam mengerjakannya. itu suatu yang sukar di dapati. Namun begitu, Rasulallah (s.a.w) memberikan petua kepada kita bagaimanakah mungkin kita boleh pertingkatkan kekhusyu’kan kita semasa bersolat. Kita semak hadith-hadith berikut, yang boleh memandu kita bagaimanakah kita boleh meningkatkan kekhusu’kan kita itu:
3. Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Omar (r.a), berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Janganlah kamu mengangkat pandanganmu ke langit sesungguhnya disambar (oleh Allah (a.w) mata kamu), di dalam bersolat.’ [Hadith Ibnu Majjah]

Hadith ini menyatakan bahawa Rasulallah (s.a.w) amat marah kepada sesiapa yang bersolat matanya merayau-rayau memandang ke sana ke mari seperti memandang ke langit. Pada zaman Nabi (s.a.w) masjid itu didirikan di atas pasir atau tanah tanpa berbumbung. Justeru itu mereka yang bersolat boleh nampak persekitarannya. Maka dengan itulah para sahabat Nabi (s.a.w) atau makmumnya bersolat boleh melihat langit dan sesuatu yang lain. Maka Nabi (s.a.w) melarang sesiapa yang bersolat dengan matanya liar memandang ke langit dan persekitaran semasa bersolat, seolah-olah mendoakan mereka yang bersolat membuat sedemikian itu agar disambar matanya oleh sesuatu supaya tidak nampak mereka sesuatu.
Jika kita adalah seorang yang rajin memerhati orang Melayu bersolat di mana-mana, kita akan temui ramai para jemaah yang menggerak-gerakkan badan, tangan dan kaki serta matanya liar memandang ke kiri dan ke kanan ke atas dan ke bawah, serta telinga merekapun sering mendengar pelbagai perkara. Bagaimanakah mungkin, orang-orang yang sedemikian itu boleh menjamin bahawa semasa mereka bersolat, mereka khusyu’? Maka dengan itulah, satu kaedah untuk meningkatkan kekhusyukan solat adalah tidak meliarkan mata.
4. Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Abbas (r.a), berkata: ‘Pada suatu hari ada seorang perempuan bersolat (berjemaah) di belakang Nabi (s.a.w), cantiknya perempuan itu secantik-cantiknya manusia (yakni, tersangat cantiknya perempuan tersebut). Maka adalah sebahagian daripada kaum (yakni, para jemaah atau makmum lelaki) maju atau berpindah ke saf-saf terawal (yakni, di barisan hadapan) supaya tidak melihat (mereka) akan perempuan itu (ketika bersolat). Dan ada sebahagian jemaah atau makmum berpindah ke barisan-barisan di belakang (yakni, saf-saf terakhir). Maka tatkala ruku’ berkata-kata begini: ‘Melihat dari bawah ketiak mereka akan perempuan tersebut.’ Maka turunlah ayat al-Quran (yang berbunyi) : 'Walaqad ‘alimnal-mustaqdimina minkum walaqad ‘alimnal-mustakhirina.' [Ayat 24, Surah al-Hijr] [Maksud ayat: Dan sesungguhnya Aku (Allah (a.w)) melihat orang-orang yang (duduk) di barisan hadapan dari kalangan kamu, dan sesungguhnya Aku (Allah (a.w)) melihat orang-orang yang (duduk) di barisan belakang (dikalangan kamu)], di dalam kelakuan atau telatah mereka hendak melihat perempuan itu.’ [Hadith Ibnu Majah]

Di dalam hadith di atas disebutkan bahawa ada para jemaah ketika ruku’ dalam solat mereka melihat ke belakang untuk melihat wanita-wanita yang menjadi jemaah. Maka dengan itulah diturunkan ayat al-Quran tersebut melarang mereka yang bersolat melakukan perbuatan melihat kaum wanita semasa ruku’ itu. Maka dengan itulah disebutkan dalam hadith bahawa sof terbaik (yakni, mendapat pahala tertinggi bagi lelaki adalah sof terkedepan, amanakala sof terbaik wanita adalah sof terbelakang sekali.
5. Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Menempatkanlah (i.e. menumpukanlah) pandangan kamu pada tempat sujud kamu.' [Hadith riwayat ad-Daramiu]
Di dalam hadith ini kita dinasihatkan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa untuk mempastikan kita khusyuk dalam solat hendaklah kita sentiasa menumpukan pandangan kita ke tempat Sujud kita. Dengan itu tidaklah kita melihat sekeliling, memerhati orang lalu lalang atau memerhatikan gelagat orang-orang lain yg ada di persekitaran atau keliling kita. Jika tidak berbuat demikian, maka mata kita akan menjadi liar memerhatikan gelagat orang di sekeliling kita. Inilah yg sering berlaku, jika kita perhatikan gelagat orang-orang yg bersolat tetapi melihat atau memandang ke depan atau membiarkan matanya melihat ke kiri dank e kanan. Ini berlaku kerana kita tidak berilmu, walhal dalam as-Sunnah kita dinasihatkan secara terperinci oleh Rasulallah (s.a.w) apa nak buat ketika bersolat.

Dapat kita rumuskan dari petikan firman Allah (a.w) dan sabda Rasulallah (s.a.w) di atas itu bahawa seseorang yg khusyuk dalam solatnya adalah salah satu sifat orang yg beriman. Bagiman hendak khusyuk, kita diberi panduan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa hendaklah kita:
1. Jangan meliarkan mata melihat ke atas atau ke kiri dan ke kanan kerana dengan itu kita akan melihat telatah dan geraklaku mereka disekeliling kita yg membuat kita tidak khusyuk;
2. Jangan meliarkan mata melihat ke belakang melalui ketiak kita ketika kita Rukuk dan Sujud; dan
3. Hendaklah kita menumpukan kedua mata kita melihat ke tempat Sujud sepanjang kita bersolat, maka dengan itu tidaklah kita ternampak apa-apa yg berlaku di sekeliling kita.
Mudah-mudahan kita dapat menjadikan sabda Rasulallah (s.a.w) sebagai panduan kita. Kerana ganjaran pahala bersolat itu bergantung kepada, antara lain, kita khusyuk semasa mengerjakannya. Insya Allah, kita dapat memebntuk diri menjadi orang yg khusuk dalam bersolat. Amin.
Jazakallahu khairah
terima kasih atas entri ini
ReplyDelete