Assalamualaikum,
Setiap qariah atau perkampongan atau, lebih khusus, setiap solat fardu itu ada Imamnya yg akan memandu makmum dalam solat berjema'ah. Kali ini kita lihat ketetapan Islam siapa yg layak menjadi Imam mengikut ketetapan as-Sunnah? Apakah ‘criteria’ atau asas-asas memilih imam? Ini dijelaskan di dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Masud (r.a) (iaitu Abdullah bin Mas’ud) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘ Menjadikanlah oleh kamu sekelian (yakni, hendaklah kamu jadikan atau angkat seseorang menjadi) imam kamu orang yang lebih pandai membaca Kitab Allah (a.w) (yakni, terbaik dalam membaca surah-surah al-Quran); maka jika ada sama mereka dalam kepandaian bacaan, maka mendahulukan oleh kamu (yakni, pilihlah) orang yang lama bertempat di qariah itu; maka jika sama lamanya dalam menjadi ahli qariah, maka dahulukan (yakni, pilihlah) orang yang lebih banyak ilmunya mengenai ilmu as-Sunnah (yakni, faqih tentang al-Hadith); maka jika sama dalam ilmu mereka mengenai ilmu as-Sunnah, maka mendahulukan (yakni, pilihlah) yang lebih tua antara mereka.’ [Hadith an-Nasa’i]
Hadith tersebut menyebutkan urutan penentuan siapa yang wajar menjadi imam untuk solat bagi sesuatu qariah umat itu.
§ Pertama, dari kalangan mereka yang layak dipertimbangkan dijadikan imam, hendaklah dipilih seseorang yang paling pandai membaca al-Quran (membaca dari segi sebutan, makhraj huruf dan tajwidnya, tetapi tidak semestinya hafiz), jika ramai yang sedemikian, maka ambil atau pilih orang yang terbaik dari kalangan mereka;
§ Kedua, jika ramai yang sama pandai membaca al-Quran, maka lihat pulalah (yakni, pilihlah) seorang yang terdahului menetap di qariah tersebut (atau kampong tersebut);
§ Ketiga, jika sama masa menetap di qariah tersebut, maka lantiklah orang yang paling alim dalam ilmu as-Sunnah (yakni, Ilmu al-Hadith); dan
§ Keempat, jika dalam kes sedemikian ramai pula yang faqih dengan as-Sunnah, maka hendaklah diangkat menjadi imam orang yang lebih tua antara mereka.
Jelaslah, mengikut ketetapan Rasulallah (s.a.w), pemilihan imam solat itu hendaklah mendahulukan orang yang paling pandai membaca al-Quran (dari segi tartil, sebutan dan pandai mengenai makhraj huruf dan sebagainya) supaya bacaannya betul. Kemudian, lama tempoh dia menetap di qariah tersebut, jika sama pandai. Kemudian, jika sama qari dan lebih kurang sama tempoh menetap di qariah tersebut, hendaklah dipilih orang yang paling alim tentang as-Sunnah (yakni, ilmu al-Hadith) supaya dia membaca surah-surah dengan betul dan baik serta dapat mengajarkan jemaahnya serta membimbing ahli qariahnya berpandukan Ilmu as-Sunnah[1]. Jika ramai pula yang alim tentang as-Sunnah, maka hendaklah diangkat orang yang paling tua di kalangan mereka.
[Nota: Ilmu mengenai as-Sunnah (yakni, Ilmu al-Hadith) adalah penting kerana solat itu hendaklah berpandukan ketetapan Rasulallah (s.a.w): ‘Sollu kama ra-aitumuni ussali’ (Maksud: Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat) [Hadith Bukhari], kerana ramai yang jahil tentang hadith bersolat menyalahi ketetapan al-hadith atau as-Sunnah. Secara umumnya, apabila wujud suatu perkumpulan orang Islam, apabila tiba waktunya Rasulallah (s.a.w) menyuruh salah seorang dari mereka azankan untuk solat dan kemudiannya Rasulallah (s.a.w) menyebut salah seorang yg tertua di kalangan mereka hendaklah menjadi Imam solat [Hadith Bukhari]. Itulah prinsip yg umum dalam urusan perkara Imam dalam solat.]

Selain itu, mereka yg wajar berada di barisan atau saf di belakang Imam hendaklah orang yg kedua atau ketiga layak dijadikan Imam kerana jikalah Imam terbatal wudu'nya atau terbatal solatnya atau, lebih utama terlupa akan bacaan surahnya, orang-orang yg dibelakangnya boleh mengambil alih tugas sebagai Imam atau menyambung untuk menyempurnakan solat tersebut atau mencelah untuk membacakan ayat-ayat yg Imam terlupa. Justeru itu, bukan sebarang orang wajar berada di saf belakang Imam. Malangnya hari ini, ramai orang ingin duduk di saf belakang Imam walhal dia jahil, kerana tak tau apa nak buat sekiranya berlaku sesuatu pada Imam ketika sedang solatr.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment