Wednesday, January 6, 2010

Doa - Cara dan Adab (Sambungan ...)

Assalamualaikum,
Dalam post yg lalu kita telah teliti satu daripada adab berdoa mengikut ketetapan Allah (a.w). Yg utama kita harus ingati adalah kita berdoa memohon kepada Allah (a.w) sesuatu, maka Dialah yg akan menimbang dan menerima atau menolah permintaan kita. Maka dengan itu penting kita akur adab serta kesopanan berdoa yg diperintah olehNya. Kita sambung semula perbicaraan kita tentang amalan doa. serta adab dan caranya.
(ii) Berdoa Dengan Merendahkan Diri

Allah (a.w) sendiri menyuruh kita meminta kepadaNya dengan merendah diri dan suara yang tidak didengar oleh orang lain (seolah-olah berbisik-bisik denganNya). Nas dan dalil ini jelas menunjukkan amalan ‘conventional’ sekarang, bukan sahaja menyalahi as-Sunnah, tetapi juga tidak sesuai dan tidak wajar apabila diteliti berpandukan firman Allah (a.w) di dalam al-Quran, seperti berikut:
Firman Allah (a.w): 'Ud’u rabbakum tadaru’an wa-khufyatan.' [Maksud: Berdoalah (yakni, memohonlah) kepada Tuhan kamu dengan merendahkan diri dan suara yang tersembunyi (yakni, tidak menguatkan atau meninggikan suara).] [Ayat 55, Surah al-A’raf]
Ayat tersebut menyuruh kita berdoa tanpa diketahui orang apa yang kita pohonkan pada Allah (a.w), bukanlah melaungkan permintaan kita supaya semua orang tahu. Dan kita pula beramai-ramai melaung-laungkan permintaan kita seolah-olah memaksa agar dikabulkan. Jelaslah, kita meminta kepada Allah (a.w) tanpa kesopanan. Malah, boleh dikatakan kita biadab.
Dua peradaban disebutkan dalam firman Allah (a.w) di atas itu, iaitu:
1. Hendaklah merendahkan diri ketika berdoa (maksudnya, jangan kita berlagak sombong atau angkuh dengan mengeraskan atau meninggikan suara); dan
2. Berdoalah dengan suara yg lemah lembut dan perlahankan suara dengan penuh kesopanan.
Logiknya mudah. Kalaulah kita meminta pada manusia dengan suara yg lembut seumpama merayu,m inikan pula meminta kepada Allah (a.w), semestinyalah lebih sopan dan tertib.
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment