Tuesday, January 5, 2010

Peringatan Harian ...

Assalamualaikum,
Jadikanlah firman Allah (a.w) berikut yg memperingatkan kita sebagai panduan harian kita - ketika hendak ke pejabat, hendak malayan tetamu, ketika makan dan ketika hendak tidur:
Firman Allah (a.w): ‘Ya aiyuhallazina amanu ittaqullaha wal-tanzur ma qaddamat lighadin; wat-taqullah; innallaha khabirum bima ta’maluna.' [Maksud: Wahai orang-orang yang beriman, takutkanlah Allah (a.w) (yakni, bertaqwalah kepada Allah (a.w)); dan lihatlah (yakni, hitung dan perhatikanlah) apa-apa yang telah kamu kirimkan terdahulu (yakni, amalan serta perbuatan kamu semasa di dunia untuk bekalan akhirat kamu); takutkanlah Allah (a.w) (yakni, bertaqwalah kepada Allah (a.w)); sesungguhnya Allah (a.w) akan memberitahu kamu kelak dengan apa-apa yang kamu amalkan (semasa hidup kamu).] [Ayat 18, Surah al-Haysr]
Saudara, laburlah sebanyak-banyaknya demi mendapatkan dividen akhirat yg banyak. Apakah pelaburan ahirat yg membolehkan aliran dividen yg banyak, walaupun melabur dengan sedikit?
Adaorang melabur untuk mendirikan masjid atau surau atau pusat-pusat didikan anak-anak yatim. Tapi, janganlah lakukan secara terbuka, dengan menghebah-hebahkan atau mengheboh-hebohkan pula dalam media atau kerana ada upacara orang kenamaan dan kerana hendak sponsor orang lain. Itu tidak dikira infaq yg ikhlas. Pelaburan yg terbaik adalah membantu mengilmukan manusia, terutama orang Islam, tentang al-Quran dan as-Sunnah, supaya umat Islam boleh melaksanakan tanggungjawab mereka menepati ketetapan Allah (a.w) dalam Surah az-Zariat; iaitu:
Firman Allah (a.w): ‘Wama khalaqtul jinna wal-insa illa li-ya’buduni.' [Maksud: Dan tidaklah Aku (Allah (a.w) jadikan jinn dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri (yakni, beribadah) kepadaKu] [Ayat 56, Surah az-Zariat]
Itulah tanggungjawab utama kita setiap hari. Dan, diperjelaskan lagi oleh Allah (a.w) dalam firmanNya berikut:
Firman Allah (a.w): 'Ya aiyuhallazina amanut taqullaha haqqa tuqatihi, wala tamutunna illa wa antum muslimun) [Maksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu (yakni, takutkanlah) kepada Allah (a.w) dengan sebenar-benar taqwa (yakni, rasa takut yang sebenar) kepadaNya, dan janganlah (kamu) mati kecuali bahawasanya kamu Islam (yakni, sebenar-benarnya Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah)][Ayat 102, Surah ali-Imran]
Ayat ini ditujukan kepada kita yg Islam dan yag beriman, bukan ditujukan kepada manusia umunya! Mengapa? Adakah mungkin orang Islam dan beriman semacam kita ini boleh mati tidak Islam (i.e. kafir atau menjadi kafir) selain kita murtad? Memang pasti dan memang mudah! Jika kita tidak akur dengan ketetapan Allah (a.w) dalam Ayat 13, Surah an-Nisa', maka kita mungkin Islam tetapi tak ubahlah seperti orang bukan Islam!
Firman Allah (a.w): 'Wamai yutiillaha warasulahu yudhilhu jannatin.' [Maksud: Dan barangsiapa taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti al-Quran) dan RasulNya (yakni, ikuti as-Sunnah) dimasukkannya ke dalam syurga.’[Ayat 13, Surah an-Nisa’]
Sesiapa yg tidak mematuhi firman Allah (a.w) dalam Ayat 7, Surah al-Haysr, jatuh kafir sebagaiman disebutkan dalam as-Sunnah.
Firman Allah (a.w): ‘Wama atakumur-rasulu fakhuzuhu, wama nahakum ‘anhu fantahu.' [Maksud: Dan apa-apa yang didatangkan (atau dibawakan kepada kamu) oleh Rasulallah (s.a.w) maka hendaklah kamu sekelian ambil, dan apa-apa yang ditegah olehnya (terhadap kamu sekelian) darinya (sesuatu) maka tinggalkan’][Ayat 7, Surah al-Haysr]
Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa jika kita ikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, kita pasti (i.e. wajib) masuk syurga). kalau kita ikuti panduan selainnya atau kita ikuti juga pandangan dan ajaran manusia yg berlainan dari atau yg tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah sudah pasti kita sesat. Itu adalah peringatan Allah (a.w) dan peringatan Rasulallah (s.a.w).
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Taraktu fikum amraini lan tadhillu ma tamasaktum bihima kitaballahi wa sunnati nabiyi.' [Maksud: Aku tinggalkan pada kamu dua perkara tidak akan sesat kamu (mencari siratul mustaqim, mencari dan mendapatkan keredhaan dan kerahmatan Allah (a.w)) selama-lamanya apa-apa berpandu kamu dengan kedua-duanya, (iaitu) Kitab Allah (a.w)(yakni, al-Quran) dan sunnah NabiNya (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith)][Hadith Imam Malik, Abdul Barri, al-Hazim, dll perawi]
Contoh yg paling mudah tetapi sering dipertikaikan oleh para ulama' dan ilmuwan Islam yg taksub dengan kebijaksanaan manusia dalam memberi nasihat. jangalah jadi orang yg tergolong dalam ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdillah bin ad-Dalamii daripada Khuzaifah bin Abu Yamani (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak diterima Allah (a.w) ahli-ahli bid’ah (yang mencipta, yang mengajar, yang menganjurkan dan yang mengamalkan bid’ah) amalan puasanya, tidak diterima amalan solatnya, tidak diterima amalan sedekahnya, tidak diterima amalan haji dan tidak (juga) amalan umrahnya, dan tidak diterima amalan jihadnya, dan tidak diterima amalan-amalan fardu dan tidak (juga) amalan-amalan sunatnya. Maka keluar dia dari Islam seperti keluarnya sehelai rambut (yang ditarik) dari adunan (tepong) roti.’ [Hadith Ibnu Majah]
Semoga kita disedarkan sebelum terlambat! Jika kita masih berdegil, maka yg rugi bukan orang lain, tetapi kita sendiri. Mungkin di akhirat nanti kita berbalah dengan orang yg mengajarkan kita di depan Allah (a.w), tetapi takda gunanya. Orang yg mengajarkan dan kita yg diajarkan kebatilan (i.e. berlainan dari ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya), akan dicampakkan ke dalam neraka. Berwaspadalah. Kita mungkin mati kafir kerana terlibat dalam yg disebutkan dalam hadith di atas. itu.
Oleh itu, saudaraku, ikutilah apa-apa yg disebutkan dalam al-Quran dan as-Sunnah, sebahagiannya dipostkan dalam blog ini. Semoga blog ini memanfaatkan saudara, insya Allah.
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment