Assalamualaikum,
Selain kita wajib berpandukan al-Quran dan sunnah Rasulallah (s.a.w), kita jangan lupa pesanan Rasulallah (s.a.w) bahawa yg dikatakan 'as-Sunnah' itu merangkumi sunnah beliau dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin (iaitu perbuatan dan amalan Abu bakar as-Siddiq, Omar b Khattab, Othman ibni Affan dan Ali b Abi Thalib, radiallahu 'anhum). Justeru itu, jangan kita mudah terpengaruh dengan cajka-cakap mereka yg mengakui diri mereka ulama' atau berilmu, bahawa Rasulallah (s.a.w) tidak buat, tapi ini dan itu dibuat oleh khalifah-khalifah tersebut.
Menceritakan hadith oleh Yahya bin Abi Muto’ berkata: ‘Aku mendengar ‘Irbad bin Sariayah (r.a) berkata: ‘Berdiri di kalangan kami Rasulallah (s.a.w) suatu hari, maka memberi satu nasihat dengan suatu peringatan yang menggerunkan dari (mendengar) nasihat itu beberapa hati, dan mengalirkan air mata dari (mendengarnya) beberapa mata. Maka dikatakan (kepadanya oleh para sahabat): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Dan menasihat (engkau) kepada kami suatu nasihat seumpama orang yang hendak pergi (yakni, meninggalkan kami). Maka apakah janji kami (kepada engkau) kemudian ini (yakni, selepas mendengar nasihat ini)?’Maka bersabda Rasulallah (s.a.w)(menjawab): ‘Diwajibkan ke atas kamu dengan bertaqwa kepada Allah (a.w). Dan (diwajibkan atas kamu) mendengar dan taat. Dan jika (pemimpin jemaah kamu) seorang hamba Habsyi (sekalipun)(hendaklah kamu taat). Dan akan tahu kamu selepas ketiadaan aku bahawa banyaknya perselisihan (di kalangan umat Islam). Maka diwajibkan atas kamu dengan sunnahku dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin. (Maka hendaklah) kamu gigit atasnya dengan gigi geraham kamu (yakni, pegang sekuat-kuatnya sunnahku dan sunnah khalifah tersebut jangan lepaskan). Dan, (diwajibkan atas kamu) jauhilah perkera-perkara baru (yakni, bid’ah). Maka (ketahuilah) sesungguhnya tiap-tiap bid’ah adalah kesesatan (dan disebutkan dalam hadith lain, bahawa setiap kesesatan itu tempatnya dalam neraka).’ [Hadith ibnu Majah, Kitab Mukaddimah]
Hadith ini memberikan kita nas dan dalil as-Sunnah bahawa jika terdapat perubahan cara dan kaedah pengamalan sesuatu dalam Islam, maka perubahan sedemikian itu adalah diterima dan sah dalam Islam kerana khalifah yg empat itu telah diberi pengiktirafan oleh Rasulallah (s.a.w); iaitu sunnah mereka adalah sebahagian daripada apa yg disebutkan 'as-Sunnah'.
Contoh: Jika kita meneliti as-Sunnah, kita diberitahu bahawa Rasulallah (s.a.w) mengerjakan Solat Terawih itu, lapan (8) rakaat sahaja, dibuat dua solat, setiap satu empat rakaat sat 'Salam'. Juga, Solat Terawih itu kadang-kdang disolatkan, sebagaimana solat-solat sunat lain, bersendirian, tidak dijema'ahkan. Rasulallah (s.a.w) menjama'ahkan Solat Terawih pada malam-malam ganjil 10 malam terakhir Ramadhan. Aamalan sedemikian diteruskan zaman khalifah Abu Bakar (r.a). Omar (r.a) setelah menjadi khalifah, menyuruh Ubai b Kaab (r.a) menjemaahkan Solat Terawih dengan Ubai menjadi imamnya. Juga, Solat Terawih itu dbuat 20 rakaat dan disolatkan dua-dua rakaat satu 'Salam'. Amalan menjema'ahkan Solat Terawih dan mensolatkannya 20 rakaat adalah sunnah Omar (r.a). Sekarang ini, umat Islam ada dua pilihan: iaitu, pilihan pertama mensolatkan Solat Terawih 8 rakaat sahaja sma ada bersendirian atau berjema'ah; atau, pilihan kedua, mensolatkannya 20 rakaat secara berjema'ah atau bersendirian.
Malangnya, hari ini ada orang Islam mensolatkan Solat Terawih 12 atau 10 rakaat! Ini tidak ada dalam tradisi as-Sunnah! Justeru itu, perbuatan yg berlainan dari as-Sunnah. Jika dibuat pastilah batil. Lebih malang lagi sekarang ini, ada pula para ulama' yg berpandangan oleh kerana Omar (r.a) mengubah atau meminda syariat Islam, maka mereka juga boleh memindanya! Maka salah satu rasional mengapa wujud 'bida'ah hasanah' adalah kerana perbatan sedemikian - mengubah atau meminda syariat Islam yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) dan khalifah yg empat itu.
Ini adalah kebatilan kerana Rasulallah (s.a.w) tidak memberi laluan dalam sunnahnya bahawa kita boleh reka apa yg kita mau walaupun kelihatan baik (i.e. seemingly baik). maka dengan itulah kita wajib berjaga-jaga jangan terikut-ikut pendapat manusia tanpa sandaran al-Quran ataupun as-Sunnah. Dalam konteks ibadah khusus - seperti solat, puasa, haji dan umrah dan sebagainya - tidak boleh diubahpinda atas kehendak hati. dalam perkara kebuniaan, jika tidak ditetapkan dan memperbaiki kedudukan umat Islam dalam perkara dunia mereka, maka boleh kita kerjakan.
Mudah-mudahan peringatan ini difahami oleh pembaca, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment