Assalamualaikum,
Saudara hari ini (15 Jan 2010) kira-kira antara jam 3.15 hingga 5.00 petang akan berlaku gerhana matahari. Mungkin tidak kelihatan kerana langit diselubungi oleh awan tebal. Namun, Islam menyuruh umatnya mengerjakan Solat Gerhana Matahari dua rakaat ataupun empat rakaat sebagai menghormati kebesaran Allah (a.w). Kerana, kalaulah Gerhana Matahari ini tidak berakhir pastilah kita di dunia akan sangsara, kerana dunia akan kegelapan berpanjangan dan kesemua tumbuhan tertangguh pembesarannya dan proses fotosintesisnya akan berakhir. Dengan itu juga berakhirlah bekalan oxygen yg penting bagi manusia dan haiwan bernafas!
Kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) dalam solat hendaklah kita ikuti cara dan kaedah beliau bersolat, mengikut hadith dimana Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Sollu kama ra-aitumuni usalli' [Maksud: Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat] [Hadith Bukhari]. Justeru itu, bagaimana hendak mengerjakan Solat Gerhana Matahari itu? Mungkin kita tak tahu macam mana nak solat. Malah, mungkin ramai orang Islam yg tidak tahu bagaimana mengerjakan solat tersebut.
Solat Gerhana Matahari itu adalah satu daripada beberapa banyak solat sunat yg Allah (a.w) dan RasulNya suruh umat Islam solatkan. Mendapat pahala yg banyak jika dikerjakan. Solat ini boleh dibuat dua atau empat rakaat dengan satu 'salam'. Yg membezakannya dari solat-solat sunat biasa adalah kita Rukuk dua kali setiap rakaat. Dan, kita disuruh membaca surah-surah yg panjang, sekurang-kurangnyasurah-surah yg mengandungi 30 ayat seumpama Surah al-Mulk atau Surah Sajdah. Caranya?
1. Kita mengambil wudu' dengan mempastikan bahawa wudu' kita sah mengikut kaedah as-Sunnah dan memulakannya dengan menyebut 'Bismillah';
2. Kita berdiri dan bertakbir dan kemudian membaca Doa Iftitah;
3. Pada rakaat pertama kita baca al-Fatihah dengan diikuti dengan satu surah yg agak panjang; di baca sebagaimana kita bersolat malam i.e. dikuatkan suara ketika membaca al-Fatihah dan surah; kemudian setelah selesai kita Rukuk dan membaca Tasbih Rukuk sebanyak 10 kali (biasanya kita baca 3 kali); kemudian kita bangun dan membaca al-Fatihah semula dengan diikuti dengan satu surah lain; setelah selesai kita Rukuk untuk kali kedua;
4. Bangun dari Rukuk untuk Iktidal, sebelum kitatunduk untuk Sujud;
5. Setelah selesai kita Sujud dan membaca Tasbih Sujud sebanyak 10 kali, kemudian kita Duduk antara Dua Sujud, baca Tasbihnya spt biasa; kemudian kita Sujud semula dan baca Tasbihnya 10 kali pula; kemudian kita bangun untuk rkaat kdu pula;
6. Dalam rakaat kedua kita buat seperti mana rakaat pertama, iaitu baca al-Fatihah dan satu surah kemudian Rukuk, kemudian bangun semula baca sekali lagi al-Fatihah dan satu surah, barulah kita Iktidal dan kemudian Sujud dan seterusnya dengan membaca Tasbih Sujud 10 kali; dan
7. Kemudian setelah selesai membaca Tahiyat Akhir kitapun memberi 'Salam'.
Setelah selesai solat, kita bolehlah wirid, berzikir dan membaca doa pula. Jika kita solatkan empat rakaat prosesnya sama, iaitu setiap rakaat kita Rukuk dua kali dan membaca al-Fatihah serta satu surah selepas bangun dari Rukuk. Kita sudahi dengan Tahiyat Akhir di akhir rakaat ke-4 dan memberi 'Salam'.
Ada banyak hadith menceritakan kaedah dan cara mensolat Solat Gerhana Matahari ini. Di dalam ahdith disebutkan beberapa perkara; iaitu:
1. Solat ini dibuat dua disudahi dengan 'salam' atau empat rakaat disudahi dengan satu 'salam';
2. Pada setiap rakaat, dibua dua atau empat kali Rukuk setelah dibaca Surah al-Fatihah dengan diikuti oleh satu surah al-Quran;
3. Setiap kali Rukuk dan Sujud dibaca tasbih Rukuk (i.e. 'Subhana rabbial 'azimi') dan tasbh Sujud (i.e. 'Subhana rabbial 'ala') sebanyak 10 kali; dan
4. Solat tersebut dibuat mulai terjadi gerhana dan diulangi beberapa kali (i.e. mensolatkannya beberapa kali) sehinggalah berakhirnya gerhana tersebut.
Solat ini boleh dibuat bersendirian atau secara berjema'ah. Yg membezakannya dengan lain-lain solat sunat adalah membaca Surah al-Fatihah dan surah dengan suara yg dikuatkan sebagaimana solat malam atau Solat Jum'at. Seperti biasa, selepas solat kita bacalah doa dengan didahului dengan wirid dan zikir. Lazimnya, selepas bersolat, Rasulallah (s.a.w) memberitahu para sahabat bahawa gerhana matahri berlaku bukan kerana menandakan salah seorang mati atau lahir ke dunia (Nota: Mungkin itulah pemikiran zaman jahiliah), tetapi menunjukkan salah-salah satu tanda-tanda kebesaran Allah (a.w).
Alhamdulillah, penulis mohon maaf kerana tidak memberitahu saudara lebih awal tentang ketetapan as-Sunnah mengenai Solat Gerhana Matahari ini. Kaedah solat yg serupa juga terpakai bagi Solat Gerhana Bulan.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment