Saturday, January 16, 2010

Berjaga malam membuat ibadah

Assalamualaikum,
Di dalam post yg lalu kita telah temui pesanan ibu Nabi Sulaiman (a.s) kepada Nabi Sulaiman (a.s) menasihatkan beliau supaya jangan banyakkan tidur, kerana seseorang yg membanyakkan tidur itu akan menjadi orang yag faqir di akhirat kelak. Faqir bermaksud, orang lain membawa pahala yg banyak untuk dihisab di akhirat, kita membawa pahala yg sedikit!
Allah (a.w) memberitahu Rasulallah (s.a.w) dalam Surah al-Muzzammil, supaya bangun malam untuk mengintai Allah (a.w). Nasihat kepada Rasulallah (s.a.w) adalah nasihat untuk kita yg Islam kerana kita adalah umat Rasulallah (s.a.w):
Firman Allah (a.w): (Maksud): 'Wahai orang yang berselimut! @ Bangunlah untuk solat malam, kecuali sedikit sekali untuk tidur @ Iaitu seperdua dari waktu malam itu atau kurang sedikit daripadanya @ Atau lebihi dari seperdua itu. Dan bacalah al-Quran dengan tertil dengan penuh perhatian, pengertian dan khusyu’. @ Sesungguhnya saat-saat di waktu malam itu lebih kuat untuk khusyu’ @ sesungguhnya bagimu waktu siang itu cukup panjang untuk berbagai urusan @ Sebutlah (yakni, ingatilah) selalu nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepadaNya sepenuh hatimu.’] [Ayat-ayat 1 – 4 dan 6 -8, Surah al-Muzzammil]
Allah (a.w) menyuruh hambaNya seringlah mengingatiNya dengan melakukan pelbagai amalan dan ibadah, iaitu, mengikut firman Allah (a.w) itu:

1. Menyedikitkan tidur malam dan membanyakkan berjaga (yakni, mengerjakan qiamul-lail);

2. Bangunlah malam untuk mengerjakan solat-solat malam (antara solat-solat malam yang dianjurkan mengikut as-Sunnah);

3. Apabila bangun malam untuk mengerjakan amalan dan ibadah tambahan, bangunlah pada seperdua malam (kira-kira mulai jam 12 atau 1 malam) dan kurang daripada seperdua malam, yakni sepertiga malam pertama (kira-kira selepas Isya’) atau lebih daripada sepertiga malam (kira-kira jam 3 pagi);

4. Membaca al-Quran dengan tartil (yakni, bacaan yang baik) dan dengan sebutan yang baik, serta memahami isi kandungannya;

5. Bahawa amalan dan ibadah malam itu lebih khusus’ kerana kesunyian bening malam itu berbanding dengan kebisingan siang hari;

6 Hendaklah kita selalu berzikir, berwirid dan memuji-muji Allah (a.w) sebagai manifestasi kita sentiasa mengingatiNya;

7. Beribadahlah dengan penuh kesungguhan hati semata-mata keranaNya, dan ibadah malam itu terhindar daripada sifat-sifat keji seperti perasaan riak dan menunjuk-nunjuk; dan

8 Allah (a.w) memperingatkan manusia bahawa waktu siang (selama 12 jam itu) lebih dari mencukupi untuk urusan dunia mereka.

Banyak tempat di dalam al-Quran bahawa Allah (a.w) menyuruh hambaNya supaya mengimarahkan malam, bukan semata-mata dalam bulan Ramadhan sahaja, sebagaimana biasa menjadi amalan orang Melayu dan umat Islam lainnya.
[Nota: Kita telahpun lihat sabda Rasulallah (s.a.w) bahawa untuk membolehkan hambaNya mendapat ganjaran pahala serta kerahmatan Allah (a.w), maka Allah (a.w) turun ke langit dunia dengan diiringi oleh para malaikat setiap malam selepas sepertiga terakhir malam (kira-kira selepas jam 3 pagi) untuk memperkenankan permintaan hambaNya, mengampuni dosa-dosa hamba-hambanya dan menambah rezki mereka dan sebagainya. Allah (a.w) dgn diringi para malaikat akan naik semula ke ArasyNya selepas tiba waktu Subuh.
Dalam post yg lalu kita telah teliti amalan Nabi Daud (a.s) (i.e. bapa kepada Nabi Sulaiman (a.s) yg Rasulallah (s.a.w) sebutkan dalam hadith sebagai amalan atau kaedah beribadah tambahan yg sangat disukai Allah (a.w), iaitu:
1. Puasa sunat Nabi Daud (a.s) adalah amalan puasa sunat yg amat disukai Allah (a.w), iaitu beliau berpuasa sehari dan tidak berpuasa sehari, i.e. dia berpuasa selang sehari, yakni Puasa Nabi Daud (a.s); dan
2. Jadual ibadah malam yg sangat disukai oleh Allah (a.w) adalah Jadual Ibadah Malam Nabi Daud (a.s), iaitu dia tidur seperdua malam (i.e. antara jam 7 hingga 1 pagi), kemudian dia mengerjakan ibadah sunah berbagai seperti bersolat, membaca Kitab Allah (a.w) (i.e. Zabur), berzikir, bertasbih, dan berdoa) sepertiga malam (i.e. dari jam 1 hingga jam 5 pagi) kemudian dia tidur rehatkan dirinya seperenam malam (i.e. dari jam 5 hingga jam 7 pagi).
Di dalam hadith disebutkan bahawa Allah (a.w) dengan ditemani oleh malaikat Jibrail (a.s) dan para rombongan malaikat rahmat turun ke langit dunia pada sepertiga terakhir malam, untuk melihat hamba-hambaNya yg mengerjakan amal ibadah malam demi membesarkan dan mengagunganNya, dan kemudian naik semula ke Arasy Allah (a.w) ketika tiba waktu Subuh. Allah (a.w) memperkenankan tiga permintaan manusia; iaitu, dikurniakan rezki tambahan, jika dipinta; mengampunkan dosa-dosa, apbila diminta dan menghapuskan kesulitan yg dihadapi, apabila dipohonkan kepadaNya ketika membuat amalan malam itu. Demikianlah setiap hari.
Mudah-mudahan kita diberi Allah (a.w) kekuatan untuk bangun malam untuk menambah amalan dan ibadah kita sebagai pelaburan untuk akhirat kita, insya Allah. Amin
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment