Thursday, January 14, 2010

Solat: Ditinggalkan jema'ah, apa nak buat??

Assalamualaikum,
Bagi kita yg rajin ke masjid atau ke surau untuk bersolat berjema'ah solat fardu yg lima, terkadang terlambat kerana pelbagai sebab. Maka dengan itu sering kita lihat orang yg ketinggalan itu berlari-lari atau berkejar-kejar masuk masjid dan masuk saf, kemudian tidak tenteram nak bersolat kerana termengah-mengah pula! Jika kita jahil ilmu, maka itulah yg berlaku, sebagaimana ramainya orang yg bersolat secara ikut-ikutan tanpa mempelajari dahulu cara dan kaedah bersolat berandukan as-Sunnah.
Rasulallah (s.a.w) memberi panduan kepada kita bahawa jika kita kelewatan untuk bersolat berjema'ah, dan solat tersebut telahpun di iqamahkan, dan Imam dan makmum telahpun memulakan solat tersebut, bagaimana nak masuk saf dan bagaimana nak semurnakan solat tersebut.
1. Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ketika sudah diqamatkan solat maka janganlah mendapatkannya (yakni, datang untuk bersolat atau berjemaah itu) bahawasanya engkau berlari (yakni, datang tergesa-gesa dan tergopoh-gopoh), dan datanglah ke solat dan atas kamu keadaan tenteram (yakni, berkeadaan tenang), maka apa-apa yang kamu dapatkan (daripada solat atau jemaah itu), maka solatkanlah, dan apa-apa yang tidak kamu dapati, maka sempurnakanlah (yakni, selesaikanlah rakaat-rakaat solat tersebut). Maka sesungguhnya salah seorang kamu ketika ada menuju kepada solat (yakni, dalam niat dan perlakuannya ke mesjid atau ke jemaah), dan dia adalah (dianggap) di dalam solat.’ [Hadith Muslim, Kitab Solat]
Apakah panduan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith di atas itu? Kita rumuskan seperti berikut:
1. Datanglah untuk mendapatkan jema'ah yg bersolat itu dengan tenang, i.e. berjalanlah seperti biasa, jangan terburu-buru, jangan berlari, cukup berjalan dengan tenang. kalau belum ada wudu' ambillah wudu' dengan tenang, kemudian masuklah ke dalam saf, dimana ada ruang, jangan berjalan dihadapan jema'ah yg bersolat;
2. Apabila masuk saf kita terus bertakbir, kemudian ikut jema'ah, i.e. imam. kalau Imam sedang Ruku' maka kita rukuklah. Kalau Imam sedangmembongkok untuk Sujud, maka kita ikutilah Sujud;
3. Setelah masuk sedemikian, kita seterusnya ikuti pergerakan Imam sampai dia selesai bersolat dan memberi 'Salam';
4. Apabila Imam memberi 'Salam', i.e. menamatkan solatnya, dan kita tertinggal berapa rakaat, maka kita bangunlah berdiri untuk menyudahkan solat kita, i.e. berapa rakaat yg kita tertinggal.
Apabila kita masuk saf dan dapat bersama dengan Imam ketika dia Rukuk, maka kita telah dapat sempurnakan rakaat tersebut, i.e. tak perlu diulangi rakaat itu, walaupun kita tidak sempat membaca Doa Iftitah dan al-Fatihah. Jika kita hanya sempat masuk dalam jema'ah makmum ketika Imam sudah Sujud, kita ikut Imam Sujud dan seterusnya. Dalam kes ini kita perlu ulangi rakaat tersebut.
Dengan yg demikian kita kekal mendapat pahala bersolat berjema'ah, iaitu gandaan pahala 27 kali ganda berbanding dengan solat secara berseorangan. Kita juga dapt pahala mengikuti ketetapan as-Sunnah, kerana mengikuti ketetapan (i.e. panduan) Rasulallah (s.a.w). Kita juga dapat bersolat dengan tenang.
2. Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa mendapat dia satu rakaat daripada suatu solat, maka sungguh-sungguh mendapat dia solat (tersebut sepenuhnya).’[Hadith Musli, Kitab Solat]
Hadith ini dan hadith berikutnya memberi kita tahu bahawa jika kita masuk ke dalam saf untuk bersolat jemaah, dan jemaah sedang solat dan kita sempat hanya rakaat terakhir, i.e. satu rakaat sahaja, yakni sempat Rukuk bersama Imam, kita telah mendapat pahala sepenuhnya berjema'ah. Yg diperlukan kita teruskan solat kita menyempurnakan rakaat bakinya berseorang selepas imam memberi ‘salam'. Maksudnya, kita seumpama telah bersolat secara berjemaah sepenuhnya dengan Imam.
3. Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa mendapat satu rakaat dari solat beserta imam, maka sungguh-sungguh dia mendapat solat (tersebut sepenuhnya) [Hadith Muslim, Kitab Solat]
[Nota: Kedua-dua hadith dia tas itu merujuk kepada kaedah masuk ke saf jemaah dalam sesuatu solat yg sedang diejma'ahkan dan kita ketinggalan atau terlewat. Yg perlu kita lakukan kita datang mendapatkan jema'ah dengan tenang kemudia setelah berdiri, kitapun bertakbir dan terus mengikuti pergerakan Imam seterusnya. Kalau Imam sedang Sujud, maka kita masuk baca Takbir (Allahu Akbar) kemudian kita membongkok dan ikut imam Sujud dan ikuti pergerakan Iamam seterusnya. Bila Imam memberi 'salam' ke kanan, kita bangun semula untuk menyudahkan rakaat yg belum disempurnakan. Apabila selesai, kita telah dikira berama-sama berjema'ah dengan Imam dan makmumnya.]
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment