Assalamualaikum,
Suatu pengalaman yang jarang kita temui, tetapi terkadang berlaku adalah terbatal wudu’ ketika solat. Oleh yang kemudian kita terpaksa bersurai atau keluar dari saf dan mengambil wudu’ semula. Tetapi, yang sering kita perhatikan adalah ramai makmum yang terbatal wudu’nya, yakni solatnya, keluar berjalan di hadapan saf atau jemaah lain yang sedang solat. Kita diberitahu bahawa kita ditegah berjalan di hadapan orang yang bersolat. Tetapi, oleh kerana terbatal wudu’, wajib meninggalkan solat. Jelaslah, kebanyakan makmum tidak tahu etika keluar dari solat.
Hadith berikut menjelaskan bahawa apabila batal solat seseorang yang sedang bersolat berjemaah itu (kerana batal wudu’nya), maka hendaklah dia keluar daripada jemaah solat. Bagaimana nak keluar? Hadith ini menyebutkan caranya. Iaitu pegang hidung dengan tangan kanan, dan keluarlah ke belakang melalui celah-celah jemaah yang berdiri atau duduk. Janganlah lalu didepan orang-orang atau jemaah yang sedang bersolat. Hadith lain menyebut berdosa seseorang itu lalu dihadapan orang yang solat:
Diriwayatkan hadith daripada Hisham bin ‘Urwat, hadith daripada bapanya, hadith daripada Aisyah (r.ah), hadith daripada Nabi (s.a.w), telah bersabda Nabi (s.a.w): ‘Ketika bersolat salah seorang kamu, maka batal (solat), maka memeganglah hidung kamu, kemudian bersurai (diperjelaskan oleh muahadithin keluar daripada jemaah solat dengan cara keluar berjalan di antara (i.e. celah-celah) jemaah dan bukannya di hadapan jemaah atau saf makmum ke rah belakang).’ [Hadith Ibnu Majah]
Terkadang kita bertemu dengan situsi bilamana kita sedang bersolat dalam satu jemaah yang bersolat. Terbatal wudu’ kita seumpama terkentut. Maka perlu keluar untuk mengambil wudu’ semula. Bagaimana kita hendak keluar? Ramai di antara kita yang tidak tahu peraturan keluar dari makmum atau jemaah solat apabila terbatal wudu’ kita. Hadith di atas menjelaskan perlakuan mengikut as-Sunnah. Iaitu, kita keluar dengan memegang hidung dengan tangan kanan kemudian kita lalui di celah-celah jemaah atau makmum dan bukannya kita berjalan di hadapan makmum atau saf.
[Nota: Adalah menjadi satu kesalahan atau mendapat dosa yang besar berjalan di hadapan orang yang sedang bersolat (mengikut as-Sunnah).]

Jazakallahu khairah
assalam'kom,
ReplyDeleteBetul juga. Saya tak pernah diajar cara praktiknya. Masa di Mekah dulu pun pernah tengok kadang2 ada yang langkah je orang yg sedang sujud. Itu kurang ajar namanya kalau ikut budaya kita. Tapi uztaz kata di Mekah tak apa kerana keadaan darurat.
Tapi kalau nak lalu dicelah2 jemaah yg sedang berdiri sudah tentu susah kerana jemaah diperentah merapatkan saf. Kena tunggu sampai dia orang duduk di antara dua tahyat atau sujud tak.
Uztaz kena tunjuk cara praktik yg betul.
assalamualaikum..
ReplyDeletebagaimana pula yang dikatakan saat kita bersolat secara berjemaah..imam adalah sutrah kita..
Bolehkah kita lalu dihadapan makmum untuk keluar dengan menggunakan imam sebagai sutrah kita..?
Mohon jawapan..
Kerana ada masyarakat kita yang takut untuk bersolat jemaah kerana tidak tahu cara praktikal untuk keluar dari jemaah apabila terbatal wudhu..
Kena kaji lagi hadis2 lain. Ketika jamaah sutrah kita adalah imam. Makmum yg batal boleh lalu utk keluar samada kebelakang atau terpaksa melintas dihadapan makmum. Ini berbeza kalu solat sendirian.
ReplyDeletexfaham. Mcm mana nak mencelah kalau saf rapat?
ReplyDeleteDan Sutrah imam adalah sutrah makmum. mmg xboleh lalu depan jemaah tanpa sebab. kalau dh batal, mcm mna nk keluar kalau x boleh lalu? tolong post sesuatu yg jelas dan difahami...