Wednesday, January 13, 2010

Siapakah orang Islam yg bijak?

Assalamualaikum,
Adakah kita seorang yg bijak? Mungkin kita memiliki ilmu mengenai Islam yg luas dan mendalam, sebagaimana mereka yg bergelar atau dinobatkan sebagai ulama' atau ilmuwan, disanjung orang? Mungkin kita memilki sebuah syarkat yg berjaya, tersohor dalam negara, dapat menembusi pasaran antarabangsa. Mungkin kita dirapati oleh pemimpin politik atau manusia yg kaya dan berada kerana kita bijak mengurus. Mungkin kita orang biasa yg sentiasa beristikamah mengerjakan ibadah dan amalan, seperti bersolat pada waktunya, dan tidak pula melupakan tanggung jawab kita kepada organissi kita dan kepada bos kita setiap hari. Kerana kita yakin dan percaya bahawa seseorang yg Islam ada bos yg paling utama dalam hidupnya - iaitu Allah (a.w) yg memberikan dia kesempatan menikmatui kehidupan dunia dan Rasulallah (s.a.w) yg membimbingnya bagaimana hendak membuat bos utama itu sukakan dan kasihkan dia, kerana ganjarannya tidak habis setakat di dunia sahaja.
Jadi? Bijak dalam konteks Islam bagaimana? Kita lihat pedoman yg diberikan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut. Semoga kita boleh mulai dari saat ini menjadi orang yg bijak.
1. Diriwayatkan hadith daripada Syadad bin Ausin (r.a) berkata hadith ini daripada Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Orang yang pandai (atau bijak) itu adalah barangsiapa mengira-ngira pada dirinya (yakni, menghisab dunianya sebelum matinya) dan beramal dengan apa-apa sesudah matinya (yakni, menyiapkan sebanyak mungkin bekalan untuk akhiratnya), dan (orang) yang lemah adalah orang yang mengikuti dirinya (yakni, memikirkan semata-mata kesedapan dunianya), hawa nafsunya dan berangan-angan dia atas Allah (a.w) (yakni, tetap inginkan kerahmatan Allah (a.w) untuk mendapat syurga).’ Berkata Imam at-Termidzi bahawa hadith ini hadith hasan (baik). Berkata (Syadad): ‘Dan makna (atau maksud) sabda Rasulallah (s.a.w) ‘Barangsiapa mengira dirinya’, bersabda (Rasulallah (s.a.w): ‘Mengira-ngira (atau menghitung) dirinya (akan amalan baik dan buruknya) di dalam dunia sebelum bahawasanya dihisab (atau dihitung oleh Allah (a.w)) akan dia pada hari Qiamat.’
Dan diriwayatkan dari Omar bin Khattab (r.a) berkata: ‘Hitunglah (atau hisablah) diri kamu sekelian sebelum bahawasanya dihitung (atau dihisab), dan menghiasi (yakni, diperlihatkan atau dipertunjukkan) (segala perlakuan semasa di dunia) pada hari perhimpunan agung (yakni, di padang makhsyar); dan sesungguhnya apa-apa yang seringan-ringan hisaban pada hari Qiamat (adalah) atas barangsiapa (yakni, orang) yang menghitung (atau menghisab) dirinya di dalam dunia.’ [Hadith at-Termidzi]
Mesej hadith ini sejajar dengan firman Allah (a.w) dalam Surah al-Haysr, iaitu:
2. Firman Allah (a.w): 'Ya aiyuhallazina amanut taqullaha waltanzur nafsun ma qaddamat lighadin, wat-taqullaha, innallaha khabirum bima ta’maluna.' [Maksud: Wahai orang-orang yang beriman (yakni, orang Islam dan yang mengerjakan tanggungjawabnya terhadap Allah (a.w), seperti mengerjakan amalan dan ibadah dan taatkan Allah (a.w) dan RasulNya)! Bertaqwalah kepada Allah (a.w). Dan hendaklah setiap jiwa (mereka yang hidup itu) wajib memerhatikan (yakni, menghisab amalan dan perlakuan diri sendiri) apakah yang telah disediakan atau disiapkan untuk hari esok (yakni, hari akhirat), dan hendaklah benar-benar bertaqwa kepada Allah (a.w), sesungguhnya Allah (a.w) Maha Mengetahui sedalam-dalamnya semua perbuatanmu.][Ayat 18, Surah al-Haysr].
Justeru itu, dapatlah kita rumuskan bahawa orang yg bijak itu adalah orang yg sentiasa memikirkan segala apa yg dilakukan olehnya setiap saat dan minit dalam hidupnya. namun, sebagai manusia biasa kita tidak terlepas dari alpa dan lupa. Namun, Allah (a.w) sifatnya amat pengasih dan maha pengampun. Jika kita melakukan sesuatu yg mengakibatkan dosa, hendaklah kita segera memohon keampunannya. Allah (a.w) berkali-kali dalam al-Quran memberitahu kita bahawa Dia sukakan orang yg bersdeia memohon keampunan dariNya.
Semoga, kita dapat sentiasa mengingatkan diri kita terhadap panduan di atas itu. Insya Allah.
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment