Assalamualaikum,
Di dalam Islam kita sering diberitahu oleh para ulama' bahawa segala sesuatu kebaikan yg ingin dikerjakan itu mendapat ganjaran pahala hanya jika kita lakukan dengan penuh keikhlasan terhadap Allah (a.w). Semua amalan dan ibadah yg ikhlas sahaja diterima Allah (a.w) dengan syarat amalan dan ibadah tersebut adalah menepati ketetapan Allah (a.w) mengikut al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Kerana Islam itu ugama yg diciptakan oleh Allah (a.w) dan disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) untuk dikerjakan atau diamalkan oleh manusia yg Islam. Kerana, hanya mereka yg Islam sahaja yg segala ibadah dan amalannya diterima oleh Allah (a.w), jikalah niatnya kerana Allah (a.w).
Justeru itu, yg membezakan antara orang Islam dengan orang yg tidak Islam adalah keikhlasan terhadap Allah (a.w). Jika seseorang itu tidak Islam, manusia mungkin akui amalannya suatu yg baik, tetapi pada Allah (a.w) tiada ertinya sama sekali. Tidak mendapat pahala. Bagi seseorang yg Islam. sesuatu kebaikan yg dibuatnya diberi ganjaran pahala jika tidak bertentangan dengan perintah Allah (a.w) dan RasulNya dan dilakukan dengan keikhlasan kepada Allah (a.w). Keikhlasan pada Allah (a.w) itu adalah menepati firman Allah (a.w) berikut:
1. Firman Allah (a.w): '... wa-yarjuna rahmatahu, wa-yahafuna 'azabahu ...' [Maksud: Kerana mencari kerahmatan Allah (a.w) (i.e. untuk mendapatkan syurga Allah (a.w)) dan takutkan azab Allah (a.w) (i.e. disiksa dalam neraka Allah (a.w))] [Ayat 57, Surah al-Isra']. Itulah sebenarnya niat kita yg Islam apabila kita melakukan segala sesuatu dan meninggalkan segala sesuatu.
Kita bersolat kerana itu adalah perintah Allah (a.w). kalau kita tidak kerjakan jatuh kafir kita kerana yg membezakan orang Islam dengan orang yg kafir adalah solatnya. Kalau kita kerjakan kerana niat lain, seumpama kerana terpaksa atau kerana malu dengan orang Islam lain atau kerana ingin menunjukkan kepada orang lain kita bersolat, tiada ganjaran pahalanya! Malah kalau melakukannya kerana ingin menunjuk, lebih bahaya kerana kita tergolong dari kalangan orang memiliki sifat-sifat munafiq, lebih rendah mertabatnya berbanding dengan orang yg kafir! Orang munafiq di akhirat kelak ditempatkan di bawah kuali neraka, walhal orang kafir di atas kita!
Sesungguhnya, niat kita melakukan segala sesuatu tidak siapa tahu. Yg tahu Allah (a.w) dan kita sendiri. Dengan itulah dalam konteks niat itu, Rasulallah (s.a.w) sendiri tidak tahu kata hati i.e. niat para sahabat yg bersama-sama dengannya berhijrah dari Mekah ke Madinah. Namun niat itu utama dalam menentukan keikhlasan seseorang itu dalam mengerjakan segala sesuatu.
2. Diriwayatkan hadith daripada Muhammad bin Ibrahim hadith daripada ‘Alaqamah bin Waqas hadith daripada Omar ibni Khattab (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Innamal ‘amalu bin-niati wa-innama imri-in ma nawa faman kanat hijratuhu ilallahi wa-ila rasulihi fahijratuhu ilallahi wa-ilal rasulihi wa-man kanat hijratuhu ilad-dunya yusibuha au imra-atin yankihuha fahijratuhu ila ma hajara ilahi.' [Maksud: Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat dan sesungguhnya apa-apa perkara itu (yakni, amalan itu) kerana niatnya, maka barangsiapa adalah hijrahnya kerana Allah (a.w) dan RasulNya maka hijrahnya adalah kerana Allah (a.w) dan Rasulnya, barangsiapa adalah hijrahnya kerana dunia atau untuk mencari perempuan untuk dinikahinya, maka hijrahnya adalah kerana apa-apa yang dia berhijrah kerananya (i.e. niat dan tujuannya).] [Hadith an-Nasa’i]
[Nota: Hadith di atas ini yg popular di kalangan para ulama' dan ilmuwan Islam apabila mereka membincangkan perkara 'niat' atau 'keikhlasan' melakukan segala sesuatu dalam Islam. Namun seperti yg penulis sebutkan di atas, 'niat' itu hanya sah dalam Islam jikalah tujuan melakukan sesuatu itu semata-mata kerana Allah (a.w) - mencari keridhaan Allah (a.w) dan ingin menjauhi siksaan Allah (a.w). Tanpa itu, segala-gala yg kita lakukan tidak ada ertinya. That is the ultimate mission in a Muslim's life - every minute and every second of his or life - what he or she does and whatever he or she avoids doing!]
Dengan memahami maksud pokok 'niat' itu, apakah mesej hadith di atas itu? Hadith di atas itu memberitahu kita bahawa segala sesuatu yang kita amalkan adalah atas niat kita. Tiada siapa yang tahu niat kita, kecuali Allah (a.w) dan kita sendiri. Justeru itu, jika seseorang itu melakukan sesuatu kerana sesuatu niat kecuali kerana Allah (a.w) atau kerana Rasulallah (s.a.w), yakni kerana Islam, maka apa yang didapatnya adalah apa yang diniatkan olehnya. Hanya, jika sesuatu itu dilakukan kerana Allah (a.w) dan kerana menyahut ketetapan Rasulallah (s.a.w), maka dapatlah dia ganjaran pahala, kerana keikhlasannya kepada Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w).
Demikianlah diberikan gambaran oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith tersebut. Diberikan contoh bahawa ada para sahabat zamannya berhijrah dari Mekah ke Madinah kerana tujuan akhirat dan tujuan dunia. Akhirat kerana ingin bersama dengan Rasulallah (s.a.w) mempertahankan Islam dan membangunkan serta mengimarahkan Islam di bumi Madinah. Ada yang mengikuti beliau berhijrah kerana ingin mengahwini perempuan Madinah yg dikenalinya. Maka dapatlah dia apa yg dihajatinya. Ada yang berhijrah untuk mendapatkan pelbagai keuntungan duniawi di tempat baru. Maka dapatlah dia apa yg dicita-citakan oleh hatinya. Bagi mereka yg mengharapkan kerahmatan Allah (a.w) kerana mengembangkan Islam di pusatnya yg baru di mana masyarakat Arab d sana lebih rela menerima Islam, berjuang bersama Rasulallah (s.a.w), maka dapatlah dia keberkatan dunia dan keridhaan Allah (a.w) untuk akhiratnya.
Demikianlah diberikan gambaran oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith tersebut. Diberikan contoh bahawa ada para sahabat zamannya berhijrah dari Mekah ke Madinah kerana tujuan akhirat dan tujuan dunia. Akhirat kerana ingin bersama dengan Rasulallah (s.a.w) mempertahankan Islam dan membangunkan serta mengimarahkan Islam di bumi Madinah. Ada yang mengikuti beliau berhijrah kerana ingin mengahwini perempuan Madinah yg dikenalinya. Maka dapatlah dia apa yg dihajatinya. Ada yang berhijrah untuk mendapatkan pelbagai keuntungan duniawi di tempat baru. Maka dapatlah dia apa yg dicita-citakan oleh hatinya. Bagi mereka yg mengharapkan kerahmatan Allah (a.w) kerana mengembangkan Islam di pusatnya yg baru di mana masyarakat Arab d sana lebih rela menerima Islam, berjuang bersama Rasulallah (s.a.w), maka dapatlah dia keberkatan dunia dan keridhaan Allah (a.w) untuk akhiratnya.
Jazakallahu khairah.
No comments:
Post a Comment