Tuesday, January 12, 2010

Jangan utamakan sangat dunia

Assalamualaikum,
Saudara ramai orang bercakap tentang kononnya ada dichotomy antara dunia atau secular dengan ugama atau akhirat. Orang yg terdidik dalam peradaban ilmu Barat, sering cuba membeza-bezakan dunia dengan ahirat. Bagi kita yg Islam itu, kita tahu dan faham bahawa tidak ada dichotomy sedemikian. maka dengan itulah ada pepapath Islam menyatakan berusahalah untuk dunia seolah-olah kita akan hidup di dunia selama-lamanya, dan carilah atau kejarlah akhirat seolah-olah kita akan mati esok hari. Pepatah ini menunjukkan bahawa dunia dan akhirat itu tidak dapat dan tidak mungkin dipisahkan.
Namun dalam al-Quran, Allah (a.w) sentiasa mengingatkan manusia bahawa mereka wajib cari yg kekal atau utamakan yg kekal, kerana akhirat adalah penghidupan yg kekal. Allah (a.w) menyuruh kita utamakanlah yg kekal, kerana akhirat itu kekal - tiada sempadan waktu!
Maka dengan itu jugalah Rasulallah (s.a.w) mengingatkan kita supaya janganlah terlalu cintakan dunia, sehingga kita lupakan akhirat. Bagi orang Islam dunia ini banyak pantang larangnya dalam semua perkara. Mereka tidak bebas bertinda.
Diriwayatkan hadith daripada ‘Ala’ ibni Abdil-rahman, hadith daripada bapanya, hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ad-dunya sijnul mukmina wa-jannatul kafiri.' [Maksud: Sesungguhnya dunia ini adalah penjara bagi orang-orang beriman dan syurga bagi orang-orang yang kafir] [Hadith at-Termidzi]
Maka dengan itulah di dalam hadith di atas disebutkan bahawa orang Islam itu tidak bebas, seolah seumpama seorang banduan di dunia. Sebaliknya orang kafir pula, mereka bebas di dunia, segala sesuatu mereka boleh kerjakan. Bukan sebenarnya mereka bebas, tetapi mereka menganggapkan diri mereka bebas tanpa kawalan sesiapa. Kerana mereka tidak yakin dengan wujudnya alam akhirat. Mereka tidak yakin dengan kehidupan selepas matinya mereka! Kalau mereka yakinpun, seumpama orang yg berugama - apapun ugama mereka - mereka berpandangan jikalah mereka seorang manusia yg baik di dunia pastilah mereka dibangkitkan (re-incarnated) sebagai orang yg baik juga selepas matinya!
Terkadang, ada orang Islam yg mempersoalkan mengapakah mereka tidak mudah menjadi senang dan mewah, berusaha tetapi tidak juga mendapat kesenangan? Mengapakah orang kafir mudah mendapat kesenangan di dunia?
Allah (a.w) berfirman: [Maksud: Janganlah kamu terpengaruh dan berdolak-dalik hati kamu dengan apa-apa yang orang kafir miliki (yakni, kesenangan mereka) @ ‘Itu semua adalah kesenangan yang sedikit (jika dibandingkan dengan apa yang disediakan di akhirat), kemudian mereka akan dimasukkan ke dalam Neraka jahanam, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali @ Akan tetapi mereka yang bertaqwa terhadap Tuhannya bagi mereka (mendapat balasan) beberapa Syurga yang mengalir di bawah Syurga-syurga tersebut beberapa sungai (mengikut al-Quran (Surah Muhammad) dan juga hadith, terdapat empat jenis sungai di dalam syurga, iaitu sungai air tawar, sungai madu, sungai susu dan sungai arak) menjadi tempat tinggal mereka di sisi Allah (mengikut hadith nikmat yang terbesar yang akan dinikmati oleh orang beriman adalah melihat Tuhannya) kerana apa-apa kebaikan (yang diamalkan mereka) bagi orang-orang yang berbuat baik @ Dan sesungguhnya di kalangan ahli kitab (iaitu ilmuan dan ulama’ Yahudi dan Nasrani) ada yang beriman dengan apa-apa yang diturunkan kepada kamu (ya Muhammad) (iaitu al-Quran) dan apa yang diturunkan kepada mereka (iaitu Rasul-rasulNya dan kitab-kitabNya, yakni, Taurat dan Injil serta suhuf-suhuf yang lain), dan takut (yakni, khuatir mereka dengan ayat-ayat Allah (a.w), tidak menukar mereka (yakni, meniagakan atau menjualkan) ayat-ayat Allah (a.w) dengan harga yang sedikit, bagi mereka itu keuntungan (yakni, pahala) di sisi Allah (a.w), sesungguhnya Allah (a.w) amat cepat menghitung (yakni, memberi pahala dan memberikan dosa) @ Wahai orang yang beriman, sabarlah dan mensabarkanlah dan bersungguh-sungguhlah dan bertaqwalah, mudah-mudahan kamu tergolong di kalangan orang yang beruntung (yakni, mendapat syurga).] [Ayat 196 - 200, Surah al-An’am].
Dan, Allah (a.w) memeperingatkan kita supaya jangan terlalu terpengaruh oleh dunia sehinggakan kita lupa akhirat. Orang Islam yg beriman itu bijak apabila mencari dunianya untuk akhiratnya. Kerana, jikalah mereka menjadi kaya raya dan berharta - katalah menjadi jutawan atau billionaire - begitu banyak dan berbagai pulalah yg mereka boleh lakukan semasa hidupnya untuk mendapatkan ganjaran pahala yg banyak. Mereka boleh menginfaqkan sebahagian kekayaan mereka untuk fi sabilillah - membela ugama Allah (a.w) dan membantu orang Islam yg dhaif dan memerlukan pertolongan. Itu adalah pelaburan serta tempahan untuk tempat atau kedudukan terbaik di akhirat.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment