Monday, January 18, 2010

Tayamum: Penjelasan as-Sunnah

Assalamualaikum,
Dalam post sebelum ini kita telah teliti firman Allah (a.w) dalam al-Quran tentang, antara lain, perkara Tayamum apabila tidak ketemui air sama ada untuk berwudu', walaupun masih berjunub tidak kesempatan mandia junub, dan solat perlu dikerjakan. Ayat tayamum itu turun dalam peristiwa Aisyah (r.ah) mencari kalong yg dipinjamnya dari kakanya yg hilang dalam perjalanan suatu kabilah berserta Rasulallah (s.a.w) para sahabat. beliau tertinggal kerana mencarinya. Kemudian apakala para sahabat mencarinya, mereka kehabisan air dan waktu solat sudahpun tiba, dan mereka wajib bersolat. Maka diturunkan ayat tayamum ini.
Di dalam Islam, semua kita tahu bahawa solat fardu itu wajib dikerjakan dalam apa keadaan sekalipun, kecuali kita sudah hilang kewarasan otak, barulah kita dibenarkan tidak bersolat! Maka dengan itu, sekiranya kita tidak ketemui air untuk berwudu' atau untuk mandi junub, dan kita perlu mengerjakan solat, kita dibolehkan bertayamum untuk bersolat. [Nota: Sekiranya berlanjutan masa tidak menemui air juga untuk mandi junub, kita dibolehkan bertayamum dengan satu tayamum setiap kali hendak mengerjakan solat.]
Dalam suatu peristiwa para sahabat ada mendengar tentang tayamum tetapi tidak tahu bagaimana cara dan kaedahnya. Oleh kerana itu Abu Musa menjelaskan tentang hadith Ammar yang bertayamum dengan bergoleng atas tanah itu. Kemudian diceritakan bagaimana cara dan kaedah bertayamum itu sebagaimana didemokan oleh Rasulallah (s.a.w):
1. Diriwayatkan hadith daripada Syaqiq berkata: ‘Adapun aku duduk berserta (atau, bersama) Abdullah dan Abi Musa, maka berkata Abu Musa (ra): ‘Wahai Aba Abdul Rahman! Adakah tidak melihat bahawa seorang lelaki berjunub, maka tidak menjumpai air selama sebulan, bagaimana berwudu’ untuk bersolat?’ Maka berkata Abdullah (r.a) (menjawab): ‘Tidak. (boleh) Bertayamum dan jikapun tidak ketemui air sebulan.’ Maka berkata Abu Musa (r.a): ‘Maka bagaimana pula dengan ini ayat dalam Surah al-Maidah (yakni, Ayat 6) (yang berbunyi) 'falam tajidu ma-a, fatayammamu so’idan toiban) [Maksud: Maka jika tidak ketemui air, maka bertayamumlah dengan tanah (yakni, debu tanah) yang suci atau bersih]. Maka berkata Abdullah (r.a) Jikalau ayat itu memberi keringanan nescaya mereka di dalam ini ayat (yakni, menggunakannya), nescaya berbuat (mereka) ketika musim dingin, (dan) atas mereka ada air bahawa bertayamum mereka dengan tanah (yakni, debu). Maka berkata Abu Musa (r.a): ‘Nescaya hamba Allah (a.w) tidakkah engkau mendengar kata-kata Ammar, dengan ceritanya ketika Rasulallah (s.a.w) mengutusnya di dalam suatu hajatnya (yakni, satu gerakan tentera), maka berjunub dia, maka tidak berjumpa air, (berkata): ‘Maka aku menggolengkan diriku di atas tanah seumpama seekor haiwan (bergoleng atau berkubang atas tanah), kemudian datang aku kepada Nabi (s.a.w), maka menceritakan aku demikian kepadanya. Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Sesungguhnya apa-apa yang ada (yakni, hendak bertayamum itu) mencukupi atas engkau dengan tangan (yakni, menepuk ke tanah untuk debunya sahaja)’, bahawa bersabda dia (menunjukkan kaedahnya): ‘Engkau berbuat begini (yakni, menunjukkan menepuk tangannya pada tanah), sekali tepukan, kemudian menyapu dengan (atas) tangan kiri akan tangan kanan, disapu depan dan belakang tangan, kanan kemudian kiri, dan (kemudian) disapu muka.’ Maka berkata Abdullah (r.a): ‘Dan, tidak melihat Omar (r.a) dan tidak dengan kata-kata Ammar (yakni, membuat sebagaimana Ammar).’ [Hadith Muslim, Kitab Haid]
Hadith di atas juga diriwayatkan oleh perawi yang serupa olehan-Nasa’i. Jelas, dalam zaman Rasulallah (s.a.w) masih ada sahabat yang belum faham tentang kaedah tayamum, walaupun mereka tahu ayat tayamum itu. Tetapi, seperti biasa diperjelaskan oleh sahabat lain. Malah Omar (r.a) sendiri semasa menjadi khalifah, terlupa dengan kaedah tayamum itu, walaupun dia sama-sama terlibat suatu masa dahulu dengan Ammar, yang bercakap mengenainya, dan masa itu enggan dia bersetuju dengan tentang kaedah tayamum itu.
[Nota: Dalam peristiwa itu kedua-duanya berjunub. Apabila tiba waktu solat tidak berjumpa air, maka Ammar yang teringat dengan ayat tayamum, bergoleng-goleng di atas pasir, kemudian bersolat, manakala Omar (r.a) pula tidak berbuat sedemikian, dan tidak tidak bersolat.]
2. Diriwayatkan hadith daripada Said bin Abdul Rahman bin Abza hadith daripada bapanya berkata: ‘Bahawasanya datang seorang lelaki (menemui) Omar (r.a), maka berkata: ‘Sesungguhnya aku berjunub maka tidak menjumpai aku air.’ Maka berkata (Omar): ‘Jangan solat.’ Maka berkata ‘Ammar: ‘Apakah tidak ingat kamu wahai Amirul Mukminin! (Kisah) Ketika aku dan engkau (suatu ketika dahulu) dalam suatu angkatan tentera (dalam suatu peperangan), maka berjunub aku, maka tidak menjumpai aku air (untuk mandi junub), maka adalah engkau (berejunub), maka tidak solat (engkau), dan adapun aku maka bergoleng-goleng (aku) di atas tanah, dan bersolat aku. (Apabila datang Nabi (s.a.w), maka menceritakan demikian (peristiwa) kepadanya) maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Bahawa apa-apa yang ada menepuk pada tanah dengan telapak tangan’ (dengan mendemokan) dan menepuk Nabi (s.a.w) dengan telapak tangannya kepada bumi (yakni, tanah), kemudian meniup (yakni, dihembusnya) debu dari kedua telapak tangannya, (kemudian) diusap dengan telapak tangannya (yang berdebu) kedua tangannya dan wajahnya dengan telapak tangannya.’ [Hadith ibnu Majah]
Hadith di atas menyebut peristiwa ketika Omar b Khattab (r.a) sudah menjadi khalifah (i.e. khalifah arrasyidin al-Mahdiyin ke-2) zamannya, i.e. zaman setelah wafat Rasulallah (s.a.w) dan juga Abu Bakar (r.a), tentang peristiwa yg berlaku antara Omar (r.a) dan seorang sahabat lain, Ammar (r.a), tentang tayamum ini. Semasa menjadi khalifah Omar (r.a) terlupa tentang parkara tayamum dengan tanah atu debu itu.
3. Diriwayatkan hadith dariada Abi Rajain berkata: ‘Aku mendengar ‘Imran bin Husin berkata bahawasanya Rasulallah (s.a.w) melihat seorang lelaki yang menyendiri kerana tidak bersolat beserta para jemaah, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Wahai Sifulan! Apakah yang mencegah (atau menghalang) engkau bahawa bersolat engkau bersama-sama kaum (yakni, jemaah)?’ Maka berkata lelaki (menjawab): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Menimpa atasku junub dan tidak ada (yakni, bertemu) air (untuk mandi junub).’ Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Diwajibkan atas engkau (bertayamum) dengan tanah (yakni, debu), maka sesungguhnya (bertayamum dengan debu tanah itu) mencukupi bagi engkau (untuk bersolat).’ [Hadith an-Nasa’i]
Di dalam hadith di atas disebutkan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah) bahawa jika tidak ketemui air untuk mandi junub, dan kita perlu bersolat - bersendirian ataupun berjema'ah - kita dibolehkan bertayamum dengan tanah atau debu yg bersih, kemudian kita solat. Tayamum adalah kemurahan yg diberikan Allah (a.w) kepada kita yg Islam.
4. Diriwayatkan hadith daripada Abu al-Jahmi berkata: ‘Singgah Rasulallah (s.a.w) dari arah telaga Jamal (yakni, suatu tempat), maka bertemu dengan seorang lelaki, maka memberi ‘salam’ (lelaki) atasnya, maka tidak dijawabnya, sehingga singgah atas satu tembok (menepuk tembok) maka mengusapnya (dengan debu tembok) mukanya dan kedua tangannya (Yakni, bertayamum dia) kemudian dijawabnya ‘salam’ (lelaki tersebut) atasnya.[Hadith Muslim, Kitab Haid]
Kita juga boleh bertayamum dengan menggunakan debu yg bersih, seumpama di permukaan tembok atau dinding, seperti dijelaskan dalam hadith di atas itu.
Dilanjutkan prinsip atu rukhsyah ini kepada mereka yg sakit. Bagi mereka yg sakit, terutama penyakit yg memudaratkan jika terkena air, maka kita dibolehkan bertayamum walaupun ada air. Atau, kita mengalami kecederaan di tangan atau di kaki, sehingga perlu dibalut dengan simen, maka kita tidak boleh menyampaikan air kepada kaki atau tangan tersebut, kita dibolehkan mengusap air atau debu melalui bahagian yg disimen tersebut untuk menyempurnakan wud' atau tayamum kita untuk bersolat.
Di dalam hadith berikut diceritakan bahawa seorang sahabat yang berjunub menghidap kelukaan yang serius di kepalanya. Kemudian para sahabat yang ada menyuruh dia mandi junub untuk bersolat, dan tidak menyuruh bertayamum. Disebabkan beliau dimandikan, maka mati dia. Peristiwa itu menaikkan kemarahan Rasulallah (s.a.w). Beliau telah menasihatkan para sahabat bahawa jika badan tidak perlu kena air, dalam bertayamum, mengapakah tidak kepala juga tidak dikenakan air, yakni bertayamum:
5. Diriwayatkan hadith oleh Auza’i, hadith daripada ‘Ata’ bin Abi Rabah (r.a) berkata: ‘Aku mendengar ibnu Abbas (r.a) menkhabarkan bahawasnya seorang lelaki ditimpa musibah (iaitu) luka di kepalanya pada zaman Rasulallah (s.a.w). Kemudian menimpa (atasnya) mimpi (yakni, keluar mani, maka dalam berjunub). Maka diperintahkan (yakni, disuruh para sahabat) dengan mandi, maka dimandikan, maka kesejukan dia, maka mati dia. Maka sampai demikian peristiwa kepada Nabi (s.a.w), maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Membunuh engkau, (semoga) membunuh mereka oleh Allah (a.w)! Apakah tidak ada ubat (pada) orang bodoh bertanya?’ Berkata ‘Ata’: ‘Dan, sampai kepada kami bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Jikalaulah membasuh badan dan ditinggalkan kepala, (yang) ditimpa musibah luka?’ [Hadith ibnu Majah, Kitab Bersuci dan Sunah Mengenainya]
Dalam kes di atas itu, seorang pesakit yg wajib mandi junub dengan air, tetapi mengalami sebahagian badannya yg luka yg serius, maka dia boleh mandi tanpa mengenai air di bahagian yg luka tersebut.
Janganlah kita menjadi seorang yg jahil tentang tayamum ini sehinggakan kita meninggalkan solat semata-mata kerana kita tidak menemui air untuk mandi junub dan untuk berwudu'. Solat fardu itu wajib dikerjakan dalam apa situasi sekalipun, kecualilah 'uzur syar'i' yg menyebabkan kita hilang akal atau tidak lagi siuman.
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment