Assalamualaikum,
Kita telahpun teliti dalam post yg lalu betapa utamanya hari Jum'at dan Solat Jum'at itu. Antaranya kita diberitahu bahawa sesiapa yg sngaja meninggalkan Solat Jum'at itu tidak diterima segala amalannya. Dan, pada hari Jum'at akan ditiup sangka kala pertama sebagai permulaan kiamatnya dunia dan pda hari Jum'at jugalah ditiupkan sangka kala kedua untuk menghidupkan semula manusia dan mereka akan berkumpul dalam perhimpunan agung terbesar untuk menerima Kita Catatan Amalan mereka dari Allah (a.w)!
Hari Jum'at juga menunjukkan betapa besarnya dan tingginya syariat ugama Islam yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w). Hari Jum'at adalah hari mulia bagi Allah (a.w) dan bagi umat Islam, mendahului hari-hari mulia lain-lain ugama. Orang Kristian mengutamakan hari Ahad dan orang Yahudi memuliakan hari Sabtu sebagai hari besar mereka, dua hari yg terkemudian dari Jum'at. Allah (a.w) ingin menjadikan hari Jum'at sebagai hari yg diutamakan dan dibesarkan bagi umat manusia yg menerima syariat ugama Allah (a.w), tetapi kaum Yahudi minta hari Sabtu, manakala kaum Nesrani, inginkan hari Ahad.
Apakah lagi kelebihan hari Jum'at dan solat Jum'at, selain apa yg telah kita teliti dalam post sebelum ini?
Di dalam hadith berikut pula disebutkan satu lagi keistimewaan hari Jum’at itu:
1. Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Antara (solat) Jumat kepada (solat) Jumat mengkifarahkan (yakni, menghapuskan atau meleburkan) apa-apa dosa antara keduanya, selagi tidak melakukan dosa besar.’ [Hadith Ibnu Majjah]
Hadith di atas itu menyatakan bahawa Rasulallah (s.a.w) memberitahu umat Islam satu lagi keistimewaan hari Jumat’at, iaitu mereka yang menunaikan solat Jum’at. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa sesiapa bersolat Jum’at antara satu Jum’at ke Jum’at minggu berikutnya, cukup segala ketentuan dan syaratnya, yakni dibuatnya sebaik mungkin, datang awal, berzikir, berwirid, membaca al-Quran dan sebagainya mengisi waktu sebelum khutbah, kemudian mendengar nasihat-nasihat yang disampaikan semasa imam atau khatib membaca khutbah, kemudian bersolat dengan khusyu’nya, maka solat Jum’atnya mengkifaratkan (yakni, mengikis) dosa-dosa yang dilakukan oleh mereka seminggu sebelumnya, sekiranya mereka tidak melakukan dosa-dosa besar. Jelasnya jika kita melakukan dosa besar, dihapuskan antara dua Jum’at itu jika kita bersolat Jum’at dosa-dosa kita dalam minggu itu.
2. Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Amru (r.a) bahawa Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Orang yang hadhir dalam solat Juma’at itu ada tiga macam (i.e. golongan): (pertama) seorang yang berbuat lagha (i.e. bercakap-cakap atau berbuat sesuatu yang sia-sia), maka itulah baginya (yakni, yang didapatinya); (kedua) seorang yang hadhir lalu berdoa, maka ia seorang yang berdoa (maka) terserahlah pada Allah (a.w) untuk memberi atau menolak permintaannya (i.e. doanya); dan (ketiga) seorang yang hadhir dan memperhatikan (yakni, memberi tumpuan sepenuhnya kepada) khutbah imam dan tidak melangkahi leher orang Muslim dan tidak mengganggu seseorang (dalam jemaah solat tersebut), maka inilah solat Jum’atnya yang akan jadi penebus dosa hingga Jum’at yang akan datang ditambah tiga hari, sebaba Allah (a.w) berfirman: 'Man ja-a bil-hasanati falahu asyru amthaliha’ [Ayat 160, Surah al-Maidah] [Maksud: Sesiapa yang berbuat kebaikan maka ia mendapat pahala sepuluh kali ganda seumpamanya].’ [Hadith ibni Abi Khatim]
Demikianlah syarat tertentu untuk mendapat ganjaran pahala yang disebutkan itu, iaitu sesiapa yang memenuhi syarat-syarat yang disebutkan dalam hadith di atas mendapat pahala sepuluh kali ganda pahala solat Jum’atnya, selain menghapuskan dosa-dosa kecilnya antara dua Jum’at. Ini disebutkan juga dalam hadith yang sama yang diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunan Abu Daud pula:
3. Diriwayatkan hadith dari Amir bin Syua’ib hadith dari ayahnya hadith dari Abdullah bin Amru (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Tiga golongan orang yang hadhir Jum’at, iaitu: (golongan pertama) seorang menghadhiri Jum’at sedangkan dia bercakap-cakap. Cakap-cakap itulah yang didapatinya dari Jum’at itu. (Golongan kedua) Seorang menghadhiri Jum’at sedang dia sebok berdoa (semasa khutbah). Maka dia orang yang berdoa (semasa khutbah) itu, kalau Allah (a.w) suka dikabulkanNya doanya atau ditolaknya. (Golongan ketiga) Dan seorang menghadhiri Jum’at dengan diam dan tenang (yakni, mendengar khutbah), tidak melangkahi orang lain dan tidak mengganggu seseorang (yakni, jemaah), maka Jum’atnya adalah penebus dosanya sampai ke Jum’at berikutnya ditambah tiga hari. Itulah berdasarkan firman Allah (a.w): 'Man ja-a bil hasanati falahu ‘asyru amthaliha.' [Ayat 160, Surah al-Maidah] [Maksud: Barangsiapa mendatangkan kebaikan maka baginya sepuluh kebaikan seumpamanya].’ [Hadith Abu Daud]
Mereka yang berjaya mendapat pahala seperti yang disebutkan di dalam hadith-hadith di atas itu adalah mereka yang hadhir Jum’at dan mendengar khutbah tanpa bercakap-cakap dengan orang, khusyu’ mendengar khutbah ketika dibacakan khutbah, dan tidak pula melakukan amalan lain selain mendengar khutbah dengan sepenuh knsentrasi. Bercakap-cakap itu menghakis pahala berjum’at. Ada hadith menyatakan kosong pahala Jum’atnya walaupun dia bercakap hanya menegur orang bercakap dan disuruhnya diam semasa khutbah dibacakan.

Hari ini kita akan lihat pelbagai perlakuan orang Islam yg hadhir untuk bersolat Jum'at. Yg berniaga menumpukan perhatian mereka kepada barang yg digangkan, sehingga tidak hadhir di masjid untuk mendengar khutbah, kemudian apabila Solat Jum'at hendak diqamatkan barulah mereka tergesa-gesa dan terburu-buru masuk masjid untuk berolat. Ada yg berada di masjid tapi bersembang kosong atau bercerita pasal dunia walhal khatib sedang membaca khutbah. Ada yg sengaja melambat-lambatkan kehadhiran mereka di masjid, melepak dahulu di warung-warung atau gerai makan, minum dan bersembang dan bila diqamatkan solat barulah masuk masjid! Justeru itulah, Rasulallah (s.a.w) memberitahu erangai manusia pada hari Jum'at dan ketika Solat Jum'at hendak didirikan.
Semoga kita yg telah tau ketetapan Islam mengenainya tidak melakukan sebagaimana yg dilakukan oleh majoriti umat Islam sekarang. Semoga kita dapat pengampunan Allah (a.w) dosa untuk seminggu yg lalu dan akan datang, insya Allah. Amin.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment