Assalamualaikum,
Tahiyat Awal dan Akhir
Kita membaca Tahiyat Awal selepas selesai dua rakaat solat, dan Tahiyat Akhir selepas rakaat kedua (solat Subuh) dan pada rakaat ketiga (solat Maghrib) dan pada rakaat keempat (solat Zohor, ‘Asar dan Isya’) dan rakaat akhir solat-solat sunat, kecuali solat Jenazah. Mengikut as-Sunnah, tiada Tahiyat Awal bagi solat-solat sunnah, hanyalah Tahiyat Akhir sahaja.
· Menggerak-gerakan Jari Telunjuk
Apabila kita teliti perlaku semasa duduk Tahiyat, akan kita dapati begitu banyak pula kelainan dari segi perlakuan (rukun fe’li). Semasa pada rakaat kedua hendaklah duduk ‘iftirasy’ (iaitu meletakkan ponggong sebelah kiri di atas tumit kaki kiri, yang dilipat tapak kaki sebelah atas manakala hujung jari-jari kaki kanan ditegakkan sebelah kanan ponggong. Rasulallah (s.a.w) melarang duduk cara lain semasa Tahiyat Awal itu. Pada Tahiyat Akhir pula cara duduknya kaki kiri dilipatkan supaya tapak kaki keluar ke kanan dari bawah peha kanan, sementara ponggong sebelah kiri terletak di bumi (yakni, tikar solat) dan tumit kaki kanan ditegakkan di atas hujung jari-jari kaki.
Nas dan dalil perlakuan Tahiyat berpandukan as-Sunnah itu dijelaskan di dalam sepotong hadith yang panjang seperti berikut:
1. Diriwayatkan hadith daripada seorang daripada para tabi’in yang dipercayai riwayatnya namanya Abbas bin Sail al Sai’di katanya: ‘Telah berkumpul Abu Hamid (Abdul Rahman bin Said bin Munzar), Abu Said (Malik bin Rabi’at), Sahil bin Saad dan Muhammad bin Musalmat, di dalam mereka itu bermuzakarah mereka (yakni mengingatkan masa mereka bersama Nabi (s.a.w) solat berjemaah) sebagaimana kata Abbas: ‘Maka mengingat-ingatkan mereka itu akan solat Rasulallah (s.a.w), [yakni masing-masing berkata solatnya begini-begini dan kata seorang demikian pula menyungguhkan atau menambah tahkiknya]. Maka didalam hal demikian berkatalah Abu Hamid Abdul Rahman bin Saad bin Munzar as-Saadi as-Syaari (r.a): ‘Aku lebih ingat daripada kamu sekelian dengan solat Rasulallah (s.a.w).’ [Mengikut tambahan pada riwayat Abu Daud (r.a) katanya: ‘Kata mereka itu kerana apa kamu lebih ingat daripada kami? Maka demi Allah (a.w)! Tiada ada engkau lebih daripada kami mengikutinya, dan tiada pula engkau lebih dahulu daripada kami menjadi sahabatnya dan bertambah bagi tahari pula.’ ‘Kata seorang dari mereka: ‘Dari mana kamu lebih ingat daripada kami?’ Jawabnya (Abu Hamid): ‘Aku perhatikan sungguh-sungguh akan solat Nabi (s.a.w) itu hingga aku hafaz akan dia.’Kata Abu Hamid: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) telah aku lihat duduknya, yakni duduk bagi tahiyat maka menghampar dia (yakni melipat dia) akan kakinya yang kiri, dan memperhadap ia dengan hadapan kaki kanannya (yakni belakang kakinya) dihalakannya ke qiblat dengan didirikannya, dan ia meletakkan duduknya atas lipat kaki kiri, dan meletak ia akan tapak tangan kirinya atas lutut kirinya, dan menghantar ia (yakni, meletakkan) akan tangannya yang kanan itu atas lututnya yang kanan dengan menggenggamkan segala jarinya yang kanan melainkan jari telunjuk’, [sebagaimana kata Abu Hamid], dan mengisyarat ia dengan jarinya, yakni dengan telunjuknya.’ [Hadith Hassan lagi sahih, at-Termidzi]
Kita telah temui sepotong hadith bagaimana Rasulallah (s.a.w) duduk pada Tahiyat dan menggerakkan jari telunjuknya.
[Nota: Jika kita belajar ilmu al-Hadith daripada guru bermusnad, kita akan diberitahu dua hadith yang menyebut bahawa jari telunjuk tersebut membuat ‘isyarat’ (yakni digerak-gerakkan): satu cara atas ke bawah dari mula hingga tamat Tahiyat, atau satu cara lagi melurukan jari telunjuk tetapi tidaklah lurus betul tetapi bengkok sedikit, dari mula sampai berakhirat Tahiyat tersebut.]

Di dalam as-Sunnah terdapat beberapa versi bacaan/Kalimah Tahiyat. Mengikut hadith-hadith at-Termidzi, ada dua bacaan utama bacaan Tahiyat itu. Bacaan mengikut riwayat Abdullah bin Mas’ud (yakni, Ibnu Mas’ud (r.a)) dan bacaan mengikut riwayat Ibnu Abbas (r.a). Kedua-duanya boleh diguna pakai oleh kita untuk mengikuti sunnah Nabi (s.a.w). Cara bacaan riwayat Abdullah bin Mas’ud (r.a), adalah seperti hadith berikut:
2. Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a) katanya: ‘Telah mengajar akan kami oleh Rasulallah (s.a.w) apabila duduk kami kemudian daripada sempurna mengerjakan dua rakaat solat, yakni disuruhnya membaca Tahiyat yang diajarnya itu akan kami kemudian daripada telah sempurna dua rakaat didalam solat, demikian ini bunyinya, iaitu bahawasanya kami berkata: 'At-tahiyatu lillahi wasolatu watoibatu. Assalamu-alaika aiyuhan nabiyu wa-rahmatullahi wabarakatuhu. Was-salamu ‘alaina wa’ala ‘ibadillahi-solihin na’ Asyhadu-an la ilaha-illah, wa-asyhaduanna Muhammadan ‘abduhu wa-rasuluhu.' [Hadith sahih Bukhari & Muslim]
Sepotong hadith lain riwayat ibnu Abbas (r.a) memberikan kalimah-kalimah Tahiyat tersebut seperti hadith Qatadah (r.a) juga meriwayatkan bacaan yang serupa dengan hadith di atas itu. Riwayat Abi Musa as-Sya’ari (r.a) memberikan satu bacaan cara lain sedikit daripada cara bacaan Ibnu Abbas (r.a) tersebut. Kalimah Tahiyat Rasulallah (s.a.w) mengikut riwayat Ibnu Abbas (r.a.):
3. Diriwayatkan daripada Ibn Abbas (r.a) katanya, ‘Adalah Rasulallah (s.a.w) mengajar ia akan kami akan tasyhad (yakni tahiyat), sebagaimana mengajar ia akan kami akan surah-surah al-Quran) yakni, dengan tajuidnya dan tartilnya dan waqafnya, yakni, diajarkan secara perlahan).’ [Kata Ibn Abbas (r.a)] ‘Maka adalah berkata didalam ajarannya begini: 'Attahiyatul mubarakatus-solawatat-toyibatu lillahi. Assalamu-alaika aiyuhan-nabiyu wa-rahmatullahi wa-barakatuhu. Assalamu ‘alaina wa-ala ‘ibadillahis-solihina. Asyhadu alla-ilaha-illallah, wa-asyahadu anna Muhmmadan ‘abduhu wa-rasuluhu.' [Hadith hasan, gharib dan sahih as Shafiie & Muslim]
Diriwayatkan juga hadith daripada Jabir bin Abdullah (r.a) dengan bacaan Tahiyat yang berbeza dan panjang sedikit. Justeru terdapat lima cara bacaan mengikut riwayat mengenai bacaan Tahiyat itu, tetapi kesemuanya diamalkan oleh Nabi (s.a). Justeru itu, kita bolehlah membuat pilihan yang mana satu hendak diambil pakai dan diamalkan.

4. Diriwayatkan hadith daripada Syaqiq, daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a), bahawa Abdullah mendengar Nabi (s.a.w) mengajarkan bahawa ketika duduk Tahiyat Awal menyuruh seorang lelaki (yang tersalah bacaannya) membaca dengan kalimat-kalimat tertentu. Begitu jugalah dua hadith lain daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a) juga. Mengikut cara bacaan riwayat Abi Musa asy-Syaari (r.a) pula: 'Attahiyatut-toyibatus-salawatu lillahi. As-salamualaika aiyuhan-nabiyu warahmatullahi wabarakatuhu. As-salamu alaina wa-‘ala ‘ibadillahis-solihiin. Asyahadu-alla-ilaha-illah, wa-asyhadu-anna Muhammadan ‘abduhu wa-rasuluhu.' ‘(Kata Abi Musa) Tahiyat solat itu tujuh (7) kalimat’ [Hadith sahih Ibnu Majah]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment