Assalamualaikum,
menyambung lagi adab dan tatatertib berdoa itu, kita teliti tatacara dan adab berdoa itu dengan melihat sabda Rasulallah (s.a.w) mengikut as-Sunnah:
(iii) Berdoa Dengan Suara Lembut
Dalam post yg lalu, kita telah maklum perintah Allah (a.w), yang merupakan nas dan dalil al-Quran, bagaimana hendak berdoa . Di dalam empat hadith berikut pula, kita teliti ketetapan Rasulallah (s.a.w), yakni ketetapan as-Sunnah, yang juga memberikan prinsip yang sama dengan perintah Allah (a.w) tersebut. Ketetapan Rasulallah (s.a.w) tentang cara dan kaedah serta perlakuan berdoa itu di dapati dalam as-Sunnah, antaranya empat potongan hadith berikut:
1. Diriwayatkan hadith daripada Abi Musa as-Syaari (r.a) berkata: ‘Kami beserta Nabi (s.a.w) dalam perjalanan (yakni, musafir), kedapatan (oleh kami, atau kami temui) orang ramai memekik-mekik takbirnya, maka Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya kamu tidak berseru (yakni, memohon atau berdoa) kepada zat yang pekak dan yang tiada (yakni, bersama-samamu), sesungguhnya kamu memohon (yakni, meminta) kepada zat yang Maha Mendengar dan Maha Dekat dan Dia (Allah (a.w)) itu berada bersama-sama kamu.’ [Hadith Bukhari dan Muslim]
Hadith ini menyebutkan bahawa Allah (a.w) itu sentiasa hampir kepada hambaNya. Dia mendengar segala sesuatu, sama ada yang dicetuskan oleh qalbu ataupun dibisikkan dalam hati, yakni tidak diketahui oleh orang lain. Dia tahu yang disebutkan atau dilafazkan dan yang tidak dizahirkan. Justeru itu, kita dilarang Rasulallah (s.a.w) berdoa meninggikan suara, lebih-lebih lagi memekik-mekik atau menjerit-jerit.
2. Diriwayatkan hadith daripada Abi Musa al-Ansori (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya kamu tidak menyeru (yakni, berdoa atau meminta) kepada Tuhan yang pekak dan yang tiada (bersamamu), bahawasanya apa-apa yang kamu serukan (yakni, doakan adalah) kepada Tuhan yang maha mendengar, amat dekat (atau amat hampir dengan kamu) dan lagi zat yang memperkenankan (yakni, mengkabulkan) doa.’ [Hadith Bukhari dan Muslim]
Hadith ini memberikan prinsip yang sama: jangan mengeraskan suara, lebih-lebih lagi jangan memekik-mekik atau meninggikan suara, kerana Allah (a.w) adalah zat yang Maha Mendengar segala sesuatu walaupun tidak disebutkan dengan lafaz atau dizahirkan sekalipun dengan lisan.
3. Diriwayatkan hadith bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Berdoalah (yakni, memintalah) di dalam suara yang perlahan samalah timbangannya (pahalanya atau kefadhalannya) dengan tujuh puluh kali ganda berdoa di dalam suara yang keras (yakni, kuat atau lantang).’ [Hadith Bukhari dan Muslim]
Panduan hadith ini amat penting kita berikan perhatian. Kerana berdoa dengan suara lembut dan rendah serta penuh harapan itu lebih tinggi nilainya pada Allah (a.w), dan kemungkinan dimakbulkan tujuh puluh kali ganda berbanding doa yang disebutkan dengan suara lantang. Malangnya, dalam masyarakat Melayu, jarang sekali kita lihat orang Melayu berdoa dalam senyap. Malah banyak masyarakat umat Islam di negara-negara lain, termasuk di Arab Saudi sendiri, berdoa dengan suara lantang seolah-olah memaksa Tuhan dengar dan kabulkan doa mereka. Malah semakin ramai umat dan masyarakat Islam, yang meninggikan suara atau menguatkan suara ketika berdoa.
4. Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sebaik-baik zikir (yakni, mengingati Allah (a.w) dan berdoa) itu ialah (dengan suara) yang tersembunyi (yakni, tidak diketahui oleh orang lain) dan sebaik-baik rezki itu (adalah) apa-apa yang memadai (yakni, mencukupi dan tidak berlebihan).’ [Hadith Bukhari dan Muslim]
Hadith di atas itu menegaskan sekali lagi bahawa adalah paling baik serta tertib jika kita berdoa dengan tanpa diketahui orang apa yang kita minta dalam doa kita. Begitu jugalah dalam berzikir. Tetapi, di kalangan masyarakat Melayu, seperti yang telah kita komen, lebih ramai dalam jemaah maka lebih lantang pula zikir dan doa mereka. Tambahan pula, terkadang berlagu pula, seolah-olah Islam menyuruh kita meminta dengan menyanyi. Meminta secara menyanyi adalah amalan orang Kristian, Yahudi dan ugama-ugama lain yang beramal dan beribadah disertai oleh musik pula. Islam tidak mengajarkan umatnya berzikir dan berdoa dengan menyauarakan dengan kuat, lebih-lebih pula melagukan pula doa dan zikir seumpama nyanyian.

Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment